Thursday, February 25, 2010

Gerak geri serupa tak ubah kekasihku dulu...

Kejadian berlaku kira2 pukul 6ptg waktu malaysia.
5.31ptg aku terus bergegas ke monorail sebab pukul 6.30 aku ada interview kat Jalan Raja Chulan.
Dalam panas yang membakar kulit aku berjalan dengan kelajuan yang mengakibatkan bendalir asing keluar dari celah2 ketiak, aku terus melangkah gagah menuju ke monorail.
Dengan membuntuti seorang amoi, aku terus mengorak langkah.
Dusshhhh!!! Tibe2 amoi tu, ditumbuk oleh seorang lelaki 'bahagia' yang berjalan menentang arus ketika itu. Lelaki 'bahagia' terus berlalu sambil2 menunjukan simbol Menara Berkembar Petronas dengan menggunakan jari tengah kiri kanan kat amoi tu.
Gile 'bahagia' lelaki tu.
Terjelepuk amoi tu sambil menangis. Sian die tak pasal2 kena tumbuk. Aku time tu?? Aku berdiri selang 2 depa dari amoi tu, hanya melihat dalam ketakutan. Bukan taknak tolong, tapi aku nampak dah ade 2org lelaki cina pergi menghulurkan tangan dan memberi bantuan.
Aku syak mesti muke amoi tu macam bekas teman wanita yang pernah tinggalkan dia sewaktu ketika dahulu.

Wednesday, February 24, 2010

kau berubah sekelip mata

Dengan tabiat mengamalkan cara makan membabi buta, tak kira siang malam, selagi mata terbuka mulut dengan secara tidak langsung pun akan terbuka tertutup dengan kadar selang beberapa saat mengunyah segala macam tanpa menghirau pandangan sekeliling.

Akibatnya dulu 45kg sekarang 5 plak kat depan, rase nya baru last 3 weeks aku timbang. Magik kan, tak sampai sebulan naik 5kg. Celah mane magik, aku dah gemok la wei. Huwaaaa. Baru last week beli cermin besar letak kat dalam bilik, tapi sekarang nak tengok cermin pun dah segan. Jangan terkejut ok, fida sekarang tak lagi macam dulu.

Dulu fida pegi keje suke pakai slack n kemeja tuck in, sekarang fida banyak memperagakan koleksi baju baju kurung. Kalau pakai slack n kemeja pun, dah tak tuck in. Nampak sopan ckit ye tak?

Dulu fida suka pakai jeans n baby t bila hang out, sekarang fida lebih suka memakai long sleeve melebihi paras punggung ngan seluar longgar. Tibe2 jeans saiz 26 sangkut kat peha. Air mata gadis comel jatuh lagi.

Dulu fida memang ada tali yang dok ukur lilit pinggang tu (sebat mak punye), hari2 senyum bangge bile ukur pinggang, tapi semalam tibe2 tengok ada dalam bakul sampah. Tindakan luar kawalan.

Dulu fida berjalan laju 120km/sejam pun steady lagi, sekarang berjalan 60km/sejam macam berlari 100meter sekali nafas. Mengah.

Dulu jari2 fida runcing2 jer sekarang ntah kenapa tanpa ada sebab2 yang kukuh, jari2 macam membengkak. Part ni paling tak boleh terima.

Dulu fida suka memakai seluar dan baju yang ala2 tak cukup kain apabila bersantai sambil tengok tv di rumah, sekarang fida lebih selesa memakai baju ala2 jubah (ni aku tipu, hehehe!gila tebiat pakai baju2 cm tuh!) yang labuh dan yang agak2 tidak menampakkan sangat susuk tubuh yang dah berketul2 di merata2 tempat terutama di lengan dan peha. Sekarang kawan2 bila nampak jer lengan aku, mesti suruh aku buat gaya malik nor tunjuk lengan, derang cakap sejibik. Cilakak.

And last but not least, dulu fida selalu memberi semangat yang padu kepada sabrina dan naela menghantar SMS ke Mayfirst untuk tujuan pelansingan, sekarang fida same2 bersemangat menghantar SMS ke Mayfirst pada setiap hari Jumaat. Macam gampang.


Macam mane aku nak pakai kebaya wedding roomate weekend ni???? Sumpah kali betul2 aku rase nak nangis. Buat sit up 3x sebelum tido, agak2 bley pakai kebaya x weekend nih??

Forgive me if i smile, it's to hide my tears

sesekali jadi lah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita
ambil lah masa untuk
memahami hati dan perasaan
kawan,
kerana dia juga seorang
manusia,
dia juga ada rasa takut,
ada rasa..bimbang,
sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan,
dan dia juga perlukan kawan,
sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia
ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang
kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan,
disebalik ketenangannya itu,
mungkin tersimpan seribu
kekalutan,
kita tak tahu...tetapi
jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu...




Tuesday, February 23, 2010

Ini satu kesilapan.

Aku : Erene, someone looking for u?

Erene : Who? tanye erene ringkas.

Aku : Handsome boy erene, he's waiting outside.

sambil gelak2 n jalan menuju ke luar erene tanya lagi "mane handsome boy tu fida". Belum sempat aku memuncungkan mulut nak tunjuk mamat tu, mamat tu dah ada kat depan aku.

handsome boy tu tersenyum2 nipis tengok aku. Tibe2 aku dah kat dalam boardroom buat2 lap meja. Mesti die rase aku dah lame dok usha die. Adehhssss.





nasib baik aku black2 sweet, blushing kabur dipandangan :P

Aku benar2 menyintai kamu..

Macam sweet jer note ni, aku bace kt fb td ade kwn aku tag kt aku..(tibe2 jiwa lembut ala2 gadis melayu mcm wujud dalam diri ni dengan tidak semena mena. Ngeh ngeh ngeh..

1- Aku yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa aku mencintai kamu. Aku juga tidak mengharap cinta ku di balas. Yang Aku tahu di hati dan mata ku hanya ada kamu satu-satunya.

2- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, Aku tidak peduli! Bagi aku yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya walaupun aku terluka pada mula nya.

3- Aku yang mencintai kamu selalu menerima keadaan fizikal kamu seadanya, di hati dan mata ku kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah, pipi kamu sudah tembam, atau kulit kamu sudah gelap.

4 -Aku yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, aku ingin tahu kegiatan kamu bukan bererti aku mengawal mu tetapi aku sentiasa risau kan kamu.

5- Aku yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti morning, have a nice day, good nite, sweet dream, take care, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS ku, kerana dengan kiriman SMS itu lah Aku menyatakan cinta ku, menyatakan dalam cara yang berbeza, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6- Jika kamu menyambut hari lahir, ulang tahun atau apa – apa saja majlis dan kamu tidak mengundang ku ke majlis yang kamu adakan atau aku tidak dapat dating kerana kesibukan kerja ku, setidak-tidaknya aku akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7 -Aku yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kenangan yang Aku lalui bersama kamu, bahkan mungkin kenangan yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuk ku. Dan saat itu, mata ku pasti bercahaya, kerana saat bersamamu itu tidak sering berulang lagi.


p/s : sekarang aku akan lebih kerap copy n paste note2 or artikel yg best2 jer utk blog aku. Serius babe, malas nak nak berpikir n menulis.

Monday, February 22, 2010

Bunga api


Aku, Nae & Siti, agak terganggu dengan bunyi bunyi dan kilauan warna warni bunga api yang agak jelas kalau dilihat melalui sliding door apart kami. "macam cantik jer bunga api tu, jom tengok'' ajak nae. Aku dan siti masih melayan Bang Bang Boom.

Dengan bunyi2 bising macam tu memang agak susah untuk kami melelapkan mata. Giler best, giler banyak bunga api yang cantik2. Aku sangat suka tengok bunga api. Selama 7 tahun aku tinggal di Kuala Berlumpur ni, belum pernah aku tengok bunga api live macam ni. Wahhhh best giler semalam. Kesian kan. Terpegun sambil ternganga2 kami menikmati keindahan bunga api semalam. Dan dijangkakan ternganga2 menguap jugak la bila kerja hari ni.


Aku pulak 'terMC' arini gara2 bunga api semalam. Kepala tibe2 berat bila aku terjaga pagi tadi. Sangkaan aku berat kepala ni cuma sekejap jer sebab tak cukup tidur, rupa2nya berlanjutan sampai mate aku tibe2 tercelik tengok handphone jam dah pukul 9.45pagi. Ngeh..ngeh..ngeh..sori bos tersalah langkah la.


Apa2 pon lepas ni kawasan KL dah tak banyak hantu. Sebab semalam hampir berjuta2 hantu berjaya dibunuh dengan bunga api. Ah Chai baru mesej aku gtau bende ni.

Friday, February 19, 2010

kepala bahagian

Boleh saya tahu siapa kepala bahagian untuk Bisnes Development?

tibe2 jer kepala aku pening.

Dibelasah selepas minta bekas kekasih pulangkan teddy bear

Macam-macam. Internet hari ni macam palat. Hari ini jugak ada jebon gila buat aku terancam dengan tahap kesabaran aku sendiri. Alhamdulilah so far tiada lagi pertumpahan darah dilaporkan.

Dengan sakit2 kepala aku ni, aku menggagahkan diri menyelak helaian demi helaian paper kat atas meja ni. Dari paper Star, Nan Yan Siang Pau, Berita harian dan akhir sekali Metro, tiba2 tercuit buah pinggang aku dengan kisah ni.

Bf dibelasah gara-gara mintak balik teddy bear yang dia bagi dulu kt xgf dia. Ape ke bangang nye mintak balik teddy bear tu. Kalau dulu lu bagi BMW 3 series, mintak balik berbaloi baloi la jugak lu kena belasah pun bro. Hahahaha! Bengong.

Kesian, selepas berpisah baru tau xgf ahli kongsi gelap. Hahaha! Ok2 yg ni tipu :P




p/s : kepada couple2 diluar sane, bile dah bg sumthing kat orang tersayang tu, biar la ikhlas, bile break xpyh la mntk balik, halalkan jer. Kan tu lagi manis..ngeh ngeh ngeh..

Thursday, February 18, 2010

Janda meletop 2010

Baru nak lelap mate.
Tahniah anda baru memenangi peraduan Janda Meletop 2010. Ingin mengetahui hadiah utama sila REPLY mesej ini.
Bangun pagi2 handphone aku dah kemek! Tabiat mulia ini sering terjadi bila mana mata tidak dapat dibuka dengan begitu besar dan mulut tidak dapat mencarut2 di ketika itu.





p/s : Bila baca balik mesej ni, tergelak terkangkang2 lak aku!bengong sape yg sent ni, idea yang sangat inovatif dan berteknologi tinggi.

feeling is a gift, .mane boleh pakse2...

"u, parent i suruh i kawin dengan calon pilihan derang, pening la i..huhu!!" ( buat2 pening padahal ko suke kan???sudah lah, dasar jantan!!)

ko tak payah nak buat2 masalah ni macam masalah besar yang boleh pecahkan kepala otak ko ok!! Padahal masalah ni takder lah besar sangat pun. Kalau nak cakap jer lah nak, kalau tak nak cakap tak nak, explain elok2 kat parent!

Mana ada parent kat dunia ni yang tak nak tengok anak2 derang bahagia. Tolong jangan nak serabut2 kan lagi dengan mesej2 aku bertalu2 buat2 serabut ko tuh! Aku dah tak nak dengar. Macam mana nak lead family kalau masalah macam ni pon ko dah tak tentu arah. isk.

Im pretty sure, im understanding what u feel rite now, macam ni lah u, sekarang jangan pikir pasal i lagi, cukup! jangan kusut kepala otak u lagi, bincang elok2 ngn parent u. Kalau u tak pilih gurl tu pun, i tak akan kawin ngn u. Serius. Anggap jer kita memang tak der jodoh. :)




p/s : i harap u paham n bace ape yang i tulis kat sini. Lain kali tak payah buat2 alasan murahan macam ni untuk i blah dr u, terus terang kan lagi senang. isk.

pernah tak?

have u ever feel like ur life is going no where?
Yup i do, i do, i do!
aku rase 2010 ni mcm terlalu cepat bagi aku. Pejam celik pejam celik dah nk masuk bulan Mac. Aku?? Macam ni jugak, azam baru tak terbuat2..Kerja dah tak tentu hala sekarang ni, lain yang diharapkan, lain pulak jadinya. Bisnes ntah ke mana2! Niat nak sambung study, macam ada banyak halangan jer. Hidup dah makin kucar kacir aku rasa. Macam tak ke mana jer life aku ni. Pi mai pi mai tang tu jugak :(

Tuesday, February 16, 2010

Chiangmai atau Clubmed???

Akhirnya dengan persetujuan ketua kampung dan ahli jawatankuasa PIBG, aku terpaksa akur dengan keputusan majoriti, Clubmed.


~ aku dilahirkan bukan untuk menjadi seorang penulis ~

Friday, February 12, 2010

sekali lagi..

Ermmm...sekali lagi aku terpaksa mengalah untuk puaskan hati orang lain...
kali ni aku sangat sangat sedih...:(

~ My Wish ~

I hope that the days come easy and the moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,

But more than anything, more than anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

I hope you never look back, but ya never forget,
All the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more than you take.

But more than anything, yeah, and more than anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

This is my wish
I hope you know somebody loves you
May all your dreams stay big

Thursday, February 11, 2010

Ratu Hatiku...

A Song for Mama

You taught me everything
And everything you've given me
I always keep it inside
You're the driving force in my life, yeah
There isn't anything
Or anyone that I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You will always be you always will be the girl
In my life for all times

Chorus:
Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama you're the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin' you is like food to my soul
Yes it is

You're always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did
And you took up for me
When everyone was downin' me
You always did understand
You gave me strength to go on
There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
You'll always be
You will always be the girl in my life

Chorus

Never gonna go a day without you
Fills me up just thinking of you
I'll never go a day without my mama



Happy Birthday Mak,
thank you for everything you've done.
I love you
so much. Muahss!!



p/s : tunggu la orang balik dulu nak bt birtday party pon..sob..sob..sob....:(
mengalir jugak airmata ni.

Wednesday, February 10, 2010

what's all this?

Huh!!How do i say it? sob..sob..sob..kenapa tibe2 kena jadi macam ni, kenapa? Kenapa terlalu susah untuk aku dapatkan apa yang aku nak? Kenapa aku kena lalui benda2 ni semua? Kenapa tak boleh bagi aku some space n time to think all this things?? Kenapa aku kena buat keputusan dengan melukakan hati orang? I've tried not to be like this, but i can't. Sorry. :(

Deep down in my heart aku tak nak semua ni terjadi, tapi aku terpaksa. God... I hate myself right now!

Maybe this is God's way of testing me, maybe its His way of testing me before He bestow me with all that i longed for??? ~sign~ The question is AM I TOUGH ENOUGH TO GET THROUGH THIS?????


"Bila Allah cepat makbulkan doamu maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak makbulkan doamu maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan Nya"

Sunday, February 7, 2010

~ Jibam ~

Baru baru ni aku ada pergi satu pameran Ujang. Aku tertarik dengan novel ni. Sebenarnya novel ni dah lama seorang kawan mencadangkan aku membacanya, tapi aku tak pernah tertarik untuk membacanya.

Aku rasa novel dah agak lama keluarannya, seingat aku 6 7 tahun lepas pun dah keluar novel ni. Sekarang dah keluaran ke12 kata kakak yang jaga pameran Ujang tu.

Jibam tajuk novel ni. Aku sebenarnya tak suka membaca, tapi bila aku membaca novel ni, aku sangat suka, setakat dah 3 kali aku ulang membaca novel ni.

Ceritanya agak santai. Menceritakan kisah seorang budak lelaki lingkungan 15tahun yang bodoh2 alang yang selalu menjadi bahan ketawa penduduk kampung. Disebalik kisah budak bodoh2 alang ni, Ujang jugak memaparkan dunia rohani masyarakat melayu.

Adakah kita sekarang benar2 mempercayai dunia 'terselindung' sebenarnya, Ujang juga mempersoalkan sejauh mana kita betul mengerti dan memahami benda2 'terselindung' ni.

Memang bila aku tengok tajuk ni macam agak santai dan kelakar sebenarnya, tapi bila aku membacanya beberapa kali, sebenarnya novel ni betul2 bagi aku merasai 1 pengalaman hidup. Aku sebenarnya tak pandai nak buat sinopsis untuk Jibam ni, yang pasti bagi aku, novel ni sangat best. :)

" Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti"

Saturday, February 6, 2010

Nape mesti hitam?

Jom keluar makan, pastu kite pergi karaoke, ajak nina housemate aku.

Jom2, tema baju hitam ok! sambung siti lagi. Perlu ker tema?

Aku terus masuk bilik tanda protes!




ni la bahana nya pakai baju hitam! kakak nmpk gigi jer ok! isk.



pencahayaan yang agak bagus...


Gurls in black



p/s : buat2 majuk, tapi tak jadi terpaksa gak pakai color yg paling aku xsuka, bukan ape dah la kulit aku black2 sweet pakai hitam lak, nak nmpak ape wei???huwaaaaaaa...