Tuesday, March 13, 2012

Pesan Mak

'oghang buat jahat kat kita seribu kali pun, kita mesti balaih dengan baik jugak, kalau kita balaih jahat jugak, apa beza kita dengan depa, apa baiknya kita dari depa, ingat Allah Maha Melihat, Dia yang akan nilai, bukan manusia macam kita ni'.  


Kalau kita balas jahat jugak, apa beza kita dengan depa?apa baiknya kita dari depa?mak tanya lagi.  Pertama kali mak tarbiah dengan serius di depan anak anak perempuannya semasa dia warded tempoh hari.   Selalu mak bagi nasihat biasa2 jer, kami pun kadang kadang dengar biasa2 jer. Tskkk. 


Tapi kali ni, kami 3 beradik terkedu.  Aku tengok kakcik, kakcik tengok kakak, kakak tengok aku. 
(ayat mak diolah sedikit, xkan mak nak cakap bahasa dewan puaka macam ni pulak kan)


Dannn mak sambung lagi, hidup ni selalu kena maafkan orang, biar orang buat jahat macam mana pun kat kita, maafkan derang dan sambil berdoa moga tuhan bagi hidayah kat orang tu untuk berubah.  Tu sebenarnya salah satu rahsia untuk buat hidup kita jadi tenang.  


Dan mak tambah, yang paling penting dalam hidup ni, kita kena banyak banyak bersabar.  Sabar sebenarnya tak ada batas.  Sabar dengan segala ujian yang baik dan ujian yang tak baik.


Mak tanya kakak ' tau tak sapa bagi semua ujian ni kat kita'.  Kakak macam biasa, diam sejuta bahasa.  Aku macam biasa lah tunduk tak tengok mak, takut kena tanya.  hehehe.


Tambah mak lagi, mesti lah dari Allah kan, sebab Dia bagi ujian kat kita supaya kita selalu ingat dia, selalu cari Dia, selalu mengadu kat Dia, selalu mintak pertolongan dari Dia, supaya kita selalu dekat dengan Dia.  Tak kira time senang ka, susah ka mesti selalu ingat Dia.  Jangan time susah ja ingat Dia.


Dan sekarang ni, dah akhir2 zaman banyakkan istighfar, dok kat mana2 pun, istighfar, istighfar. Mintak ampun kat Allah.  Kita nak mati, tak kira masa, tak kira bila bila pun boleh mati.  Mak pun boleh mati sekarang ni, kalau tuhan nak mak mati sekarang ni.  Banyak kali mak ulang benda ni. Huhuhuhu.


Serius kali ni, memang aku dah takleh tahan, terus ke toilet.  Huhuhuhu.  *Teriak*





Friday, March 9, 2012

Selamat Bertunang Kawan

Alhamdulillah.  Selamat satu proses.  Moga moga Allah permudahkan perjalanan untuk melangkah ke satu lagi fasa. SELAMAT MENJADI TUNANGAN ORANG!


                                                             
                                                       saya dah bertunang :P






p/s : serius, tak tau nak tulis apa.  Nanti mau kata idea dah mai, sambung balik pon xpa dakk???hehehe..

Friday, March 2, 2012

On time

Masa zaman sekolah dulu, sudah dilatih supaya sampai ke kelas wajib awal, kalau taknak awal pun kena on time.  Kita ikut. Boleh jer kan ikut tanpa banyak persoalan.  Kecik kecik nak bantah apa sangat lah kan.hehe..

Zaman kolej, masuk kuliah kena awal atau on time, tapi zaman ni aku banyak ikut kepala aku, boleh kira dengan jari berapa kali jer aku datang kuliah on time.  :D

Bila dah bekerja, memang  dah ada dalam offer letter pasal puntuality ni.  Mesti datang kerja on time.  Kalau datang lambat, kena ganti balik berapa minit yang lambat tu, maknanya kena balik lambat la, kalau tak dianggap tidak jujur dalam bekerja.  

Tak pun kalau tak ganti, hujung tahun tengok la berapa bulan bonus kau dapat atau silap2 tak merasa langsung.  Sekali lagi kita ikut peraturan manusia tanpa banyak alasan, sebab takut tak dapat ganjaran di hujung tahun.

Sama la jugak bila berjanji dengan gurlfriend ka boifriend ka kawan kawan ka.  Mesti nak on time kan? Tak pun mesti awal nya lah sampai or tunggu.  Dengan alasan tak suka orang tersayang menunggu lama2 or takut nanti si dia sakit hati atau marah.  Sekali kita akur dengan perjanjian sesama manusia tanpa banyak karenah.

Tapi bila sampai tang penjanjian dengan tuhan? Contohnya solat.  Selalu sangat melengah lengahkan kan?  Selalu tak on time kan? bila zohor tu, nak dekat dekat asar baru kelam kabut nak solat.  Bizi lah katakan, tender nak kena hantar.   Magrib tu bila dah habis cerita melayu baru nak solat.  Sayang, taknak terlepas adegan2 sweet hero dan heroin.  

Astaghfirullah, rapuhnya iman bila dimomokkan dengan keseronokan duniawi semata.  Tskkk... Bila perjanjian dengan sesama manusia, terlalu takut dan malu untuk dimungkiri, takut dipandang busuk oleh cikgu cikgu, bos bos dan kawan kawan.  


Tapi bila meringankan perjanjian dengan Sang Pencipta kita itu sendiri kenapa TIDAK TAKUT  dipandang hina olehNya? Kenapa Norafidah Binti Baharom?? Kenapa??Sedangkan Dia lah yang Maha Besar.  Sedangkan ganjaran Allah lagi besar dari ganjaran cikgu2 dan bos2 kita.  Astaghfirulullahalazim. :(

Dan bila kita meminta sesuatu dari Allah, mesti nak semua doa2 kita dimakbulkan, semua nak doa2 kita cepat dimakbulkan kan? Tapi apa yang kita bagi kat Dia ??Tsskk...(telan ayaq liuq x lepaihh rasa)

How can u expect Allah to remember you when u do not make  Solat a priority!!!! That statement betul betul buat aku tersentap, really impression on me!!Seriously!  Mungkin kita tak tinggalkan solat kecuali (hari ABC ) but we did not pray immediately when it is time.  

Sharing a post by friend from FB :

" Rasululullah S.A.W. pernah menjelaskan bahawa siapa yang ingin mengetahui kedudukan dirinya di sisi Allah maka hendaklah ia memperhatikan bagaimana kedudukan Allah dalam hatinya sendiri.  Sebab sesungguhnya Allah menempatkan hamba sebagaimana hamba itu menempatkan Allah dalam hatinya"





p/s : kita sekarang lebih takutkan tak kahwin or tak kaya sebelum mati daripada takut tak sempat solat atau bertaubat sebelum mati.  Nauzubillah.

Hari ABC : Hari Allah Bagi Cuti ( untuk pompuan jer ok) :)