Monday, January 11, 2010

Promosi Ikhas dari hati nurani

Buat pertama kali nya saya dengan keikhlasan yang sangat mendalam, ingin mengeksploitasikan blog saya sendiri bagi memberi laluan kepada seorang kawan saya cum housemate saya untuk mempromosikan perniagaan nye di sini.

Naela telah memulakan perniagaan nyer ni secara kecil-kecilan sejak setahun yang lepas, tapi sejak kebelakangan ini dia merasakan bakat nya dalam jahitan manik semakin menyerlah dan semakin mendapat sambutan ramai.

Jadi sebagai langkah pertama untuk meluaskan empayar jahitan manik manik nye, Nae telah melantik saya sebagai Kuliketif Pemasaran yang katanya tak akan dapat gaji sehingga perniagaan nya terkenal di peringkat antarabangsa. Dengan 1 ungkapan "bermulanya aku di sini" maka dengan rasmi nya Naela ingin memperagakan jahitan manik manik yang telah berjaya disiapkan dalam masa beberapa jam jer, hebat kan kawan saya ni.




Gambar di atas adalah antara jahitan manik yang berjaya disiapkan tanpa ada sebarang rusuhan di malam hari atau pun dengan erti kata lain tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Alhamdulillah, berkat rezeki Naela.


Di kesempatan ini juga saya selaku Kulikutif Pemasaran cum pembakar semangat Naela, dalam keadaan suci dalam debu saya ingin memperkenalkan bakal usahawan wanita yang bakal merubah nasib semua penghuni Apartment Melur tidak lama lagi, Insyaallah.

Naelah nama panjangku,
Nae pula panggilan manjaku,
Utara Korea tanah tumpah darahku,
Berjaya menjadi penduduk tetap di malaysia beberapa tahun yang lalu,
Manik-manik cinta lagu kegemaranku,
Manik-manik juga menjadi makanan kegemaranku,
Sepah-sepahkan manik di atas carpet jugak salah satu kegemaranku,
Akhir kata 'segala-galanya bermula dengan manik adalah moto hidupku...




Dipaksa letak gambar ni sebabnye die cakap nampak kurus. Aah la Nae, u nampak kurus, tapi kurus kat tangan jer.. Hahahahahahaha!




Nota ringkas : Kepada sesiapa ingin menempah jahitan manik boleh lah menghubungi saya sendiri atau boleh terus slowtalk dengan Naela . Harga tempahan amatlah berpatutan tapi memandangkan gula dah naik 20 sen kemungkinan besar Naela pun akan menaikkan sedikit harga tempahan manik, ala sikit jer kot kalau naik pun buat duit minum air aku jer. Kah..kah..kah...kah...kah..