Tuesday, March 13, 2012

Pesan Mak

'oghang buat jahat kat kita seribu kali pun, kita mesti balaih dengan baik jugak, kalau kita balaih jahat jugak, apa beza kita dengan depa, apa baiknya kita dari depa, ingat Allah Maha Melihat, Dia yang akan nilai, bukan manusia macam kita ni'.  


Kalau kita balas jahat jugak, apa beza kita dengan depa?apa baiknya kita dari depa?mak tanya lagi.  Pertama kali mak tarbiah dengan serius di depan anak anak perempuannya semasa dia warded tempoh hari.   Selalu mak bagi nasihat biasa2 jer, kami pun kadang kadang dengar biasa2 jer. Tskkk. 


Tapi kali ni, kami 3 beradik terkedu.  Aku tengok kakcik, kakcik tengok kakak, kakak tengok aku. 
(ayat mak diolah sedikit, xkan mak nak cakap bahasa dewan puaka macam ni pulak kan)


Dannn mak sambung lagi, hidup ni selalu kena maafkan orang, biar orang buat jahat macam mana pun kat kita, maafkan derang dan sambil berdoa moga tuhan bagi hidayah kat orang tu untuk berubah.  Tu sebenarnya salah satu rahsia untuk buat hidup kita jadi tenang.  


Dan mak tambah, yang paling penting dalam hidup ni, kita kena banyak banyak bersabar.  Sabar sebenarnya tak ada batas.  Sabar dengan segala ujian yang baik dan ujian yang tak baik.


Mak tanya kakak ' tau tak sapa bagi semua ujian ni kat kita'.  Kakak macam biasa, diam sejuta bahasa.  Aku macam biasa lah tunduk tak tengok mak, takut kena tanya.  hehehe.


Tambah mak lagi, mesti lah dari Allah kan, sebab Dia bagi ujian kat kita supaya kita selalu ingat dia, selalu cari Dia, selalu mengadu kat Dia, selalu mintak pertolongan dari Dia, supaya kita selalu dekat dengan Dia.  Tak kira time senang ka, susah ka mesti selalu ingat Dia.  Jangan time susah ja ingat Dia.


Dan sekarang ni, dah akhir2 zaman banyakkan istighfar, dok kat mana2 pun, istighfar, istighfar. Mintak ampun kat Allah.  Kita nak mati, tak kira masa, tak kira bila bila pun boleh mati.  Mak pun boleh mati sekarang ni, kalau tuhan nak mak mati sekarang ni.  Banyak kali mak ulang benda ni. Huhuhuhu.


Serius kali ni, memang aku dah takleh tahan, terus ke toilet.  Huhuhuhu.  *Teriak*