Sunday, June 13, 2010

Semoga roh nya dicucuri rahmat..amin.

Aku dah berubah sekarang. Masuk kerja dah tak lambat lagi. Hehehe. (Bos garang sebenarnya, tu yang takut nk masuk lambat).

Khamis, 10 June 7.30am, baru jer aku melabuhkan punggung di kerusi Lrt Star, telefon aku berdering2 minta dijawap.

Bile tengok jer skrin tertera nombor unsaved aku malas nak jawap. Aku biarkan jer menjadi 'panggilan rindu'.

Selang sesaat dua, telefon aku berdering dering lagi, nombor yang sama sekali lagi tertera di skrin telefon aku.

Siape lah pagi pagi buta call aku ni, isk malas betul nak jawap.

" Assalamualaikum kak fida, ni Yana ni adik Yie, ingat lagi tak??

'' Er, er..er ingat, nape Yana pagi pagi dah call akak?

"Yana cuma nak bagitau, Yie dah takder, die meninggal semalam, kemalangan kat KL" suara sayu Yana kedengaran di talian.

"Datang la kak fida, lagi pun dah lama sangat kak fida tak datang kuantan, tak dapat jumpa arwah pun xper, datang la tengok mak'' sambung Yana lagi.

Aku pun tak tau, apa yang aku rasa ketika itu. Sedih pun ada, terkejut pun ada. Macam mimpi pun ada. Ntah la aku pun tak tau ape yang aku rase sebenarnya. Dah lama sangat hubungan aku dan arwah terputus, agak tak sangka family arwah masih ingat lagi bakal menantu tak jadi yang sangat jahat ini.

Dan dari saat itu, bertalu talu nombor telefon unsaved menelefon aku. Semua berkabarkan benda yang sama kepada ku.

"Yie dah takder, fida tak nak datang ziarah family arwah ker, datang la tengok anak anak die, yang sulong tu saling tak tumpah macam arwah, datang la, nanti kitorang amik kat terminal. Panggilan dari salah seorang kawan baik arwah.

Panggilan ni betul betul buat aku tersentuh. Buat aku tiba tiba jadi sebak.

" Ya Allah, ampunilah Mohd Fitri Ishak, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. Amin.

Machine Gun

'Arif, anak nak kek tak for ur besday nanti?'
'Nak, Arif nak kek ada gambar machine gun, ada x?' Arif jawap dengan muka penuh harapan sambil tersenyum senyum malu.

Ha fida, cepat tanya kawan hang tu, boley buat tak kek machine gun.
Belum tanya lagi aku dah tau, sah japgi mesti kena maki lagi dengan abang kek tu!Dah la abang kek tu garang tak tentu hala kadang kadang.

Tanpa banyak berpikir aku terus mendail no telefon abang kek tu.

"meet me the hotel room, forget bout ur boyfren n meet me at da hotel room" kedengaran nyaring di telinga caller ringtone abang kek ni. Lagu tak hengat, muke macam brad pitt xper la jugak, ni muke macam brad terkepit ada la!bajet la u ni abang kek!hahahahaha!
Ooops terkutuk lak abang kek ni, tak pasal pasal. Kah kah kah kah..

'Ape? Kek bentuk machine gun? Kek bentuk kaki aku ko tak nak order ke?'

'Hahaha, boley ke tak boley buat kek machine gun tu, tanya aku lagi untuk kepastian.

'Boleh, kakak aku kreatif, semua dia boley buat, tapi mahal sikit la, sebab agak susah', jawap abang kek lagi.

*****************

Hari yang ditunggu tunggu. Semua budak pejabat aku excited nak tengok macam mana rupanya kek machine gun tu.

'Arif, kamu excited tak nak tengok besday kek machine gun tu' tanya bos aku.

'Tak sangat' jawap arif ringkas.

Aku dan bos memandang sesama sendiri. Kami yang syok sendiri sebenarnya. Siot jer. Kecik kecik lagi dah pandai bersarkastik. Hahaaha!


Arif malu malu bile kami dok snap pic die. Malu sampai besar panjang yer arif, jangan jadi macam abang kek ni, kecik kecik bukan main malu, bile besar malu pun tak tau ape maksud, ngeh ngeh ngeh..

* tadaaa..ni lah kek machine gun tu..Cantik tak??


p/s : sesape yang ingin mengorder cupcakes atau segala jenis kek atau ape2 yang dihujung pangkal ade perkataan kek, boleh la menghubungi terus saya atau pun abang kek. Delivery boy disediakan percuma bergantung kepada 'kefreean masanya'. Sekian harap maklum.