Tuesday, April 6, 2010

Perihal Cupcakes

Pertemuan ini bukan lah dipinta. Bermula dengan lepak2 makan char keow teow sambil layan syisya, maka tanpa disedari dengan tibe2 terjalin sebuah ikatan hati yang sukar ditafsir. Seorang gadis berbibir munggil (haikk tuihh) terberkenan dengan pemain drum kumpulan popular suam2 kuku suatu masa dahulu. Bermula dari saat itu, si Miah akan menjadi tak keruan bila tak berjumpa 1 hari dengan si Jamil, begitu juga dengan si Jamil.

Pada mulanya, si Jamil hanya lah seorang pendengar setia kepada segala masalah si Miah, Jamil jugak lah yang sering menjadi tempat si Miah meluahkan segala kesedihan nya di ketika itu. Pada ketika itu, pada mata Miah, Jamil lah hero malaya, yang datang bila mana Miah betul2 memerlukan seorang kawan untuk bercerita.

Untuk pengetahuan semua, Si Miah ni bukannya tidak mempunyai kawan kawan perempuan, tapi kebanyakan kawan2 perempuan miah, bile nak citer masalah jer ajak pegi karaoke, nak luah perasaan jer ajak pegi disko, mereka beranggapan semua masalah akan hilang bila pergi ke tempat macam tu. Miah pun kadang2 menggunakan kepala lutut menurut jer kata2 kawan2 die, katenye otak dah tak boleh nak pikir. Ikut jer lah. Alasan yang mintak diludah2.

So berbalik kepada kisah Miah dan Jamil. Boleh dikatakan hari-hari, Miah dan Jamil bertemu. Masing2 seperti ingin mengupdate aktiviti seharian, padahal bukannya hari2 mereka mempunyai aktiviti yang terlalu istimewa pun untuk diceritakan, yang pasti pada ketika itu, dah ada 1 perasaan istimewa antara mereka yang kadang2 Joyah ( kawan agak baik Miah) sendiri keliru dan sering merusuh bilamana Miah beriye2 menceritakan detik2 manis bersama2 Jamil. Tapi bak kata karam singh walia 'terbakar hutan nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tahu'....

bangang!idea tibe2 lenyap dek keroncongan perut yang minta diisi...hehehe!

bersambung....