Sunday, May 23, 2010

Aku nak pegi korea!!!

Hohohoho...done!..setelah bertungkus lumus dari jumaat sehingga hari ahad tepat jam 10.30malam tadi, akhirnya selesai jugak aku menghabiskan 3 cerita korea untuk minggu ini. 1st, 'changing partner', lepas tu sambung citer ' overspeed scandal' lak, baru sekejap tadi selesai mengkatam full house. Isk, apa nak jadi tak tau la, kalau cerita korea, tak tido 2hari 2malam pun takpa, cuba suruh mengaji tengok, sanggup tak buat macam tu???Isk sungguh teruk aku ini!

Layan cerita korea sambil memasang impian, bahawa 1 hari nanti insyaallah aku akan menjejakkan kaki ke sana. Amin. Aku nak sangat ke sana, nak sangat sangat!! Kadang2 bila otak semak dan berselirat dengan macam macam masalah, masalah kerja la, masalah hati berulam jantung la, masalah tembak menembak la, masalah anak siapa lah, nak jer aku pergi tanya kt wisma putra putri macam mane nak tukar warganegara..rasa macam nak jadi warganegara korea jer...hehehe!

Ok jugak aku ada tabiat baru ni atleast bile hujung minggu takder la aku nak melepak mengutuk orang tak tentu hala sangat. Dengan tabiat macam ni jugak takder la kawan2 jadi mangsa kena pau soh belanja makan, hahahaha!so kawan2 yang aku dah jarang hubungi untuk info lokasi lepak, dont get me wrong ok, bukan aku dah kembali ke pangkal jalan atau dah berubah laku menjadi kampung gurl baik budi pekerti kembali, tetapi aku sebenarnya sedang mencari identiti diri dengan berkurung didalam bilik menonton cerita2 korea di hujung minggu. Boleh ker cam tu?..hahahaha!