Thursday, January 21, 2010

Geng Nakal 1998 - Part 1

Tiba2 teringat zaman2 sekolah dulu, zaman asrama dulu. Agak nakal aku time tu. Serius bile teringat time2 tu mesti tergelak sorang2.

Malam Jumaat adalah malam yang ditunggu2 oleh geng aku. Setiap minggu kalau tak balik kampung mesti ada jer activiti2 yang boleh menyebabkan amukan besar besaran semua warden asrama. Malam jumaat kali ni aku & geng merancang satu pesta. Bukan pesta apa pun cuma ktorang time tu teringin sangat nak makan betik segar dari ladang dicicah dengan ala2 kuah rojak.

Petang khamis aku, ainun, pah dan cikma dilantik menjadi leader dalam pesta kali ni. Tanpa membuang masa kami semua membahagi2kan tugas kepada anak buah masing2.

Aku Cikma & Geng - Bahagian Cover Line kat surau. Kami diarah pergi 'tunjuk muka' kat surau sementara yang lain akan menyiapkan apa yang patut kat dorm.

Ainun& geng - Bahagian Curi Buah Betik dan Cili kat kebun sekolah

Pah & Angah - Bahagian Pencicah Buah & Peralatan Memotong ( dia kamcing ngn Bibi anak tokey dewan makan asrama )

Tiba jer waktu magrib, kami semua bertindak mengikut apa yang dirancang, aku cikma pergi ke surau untuk solat magrib dan baca yasin. Bila mana semua putera puteri asrama khusyuk membaca yasin, aku & geng memboloskan diri pulang ke dorm untuk berpesta. Bila sampai jer dorm, bukan main berbunga dihati, tengok ainun dan kawan2 yang lain sibuk memotong 2 baldi buah betik . Giler banyak, curi 1 pokok gamaknya.

Dengan skill mengupas kulit dan memotong buah yang ada pada ainun, dalam beberapa minit lagi boleyla menjamu selera secara besar besaran dalam dorm sementara penghuni2 lain sedang mendengar ceramah di surau.

Sedang asyik kami semua tergelak terkangkang kangkang, seperti terdengar suara yang sangat digeruni di asrama di ketika itu.

Dah takde orang lain ke nak buat jahat kat asrama ni? asyik muka korang jer. Jerkah ketua warden. Entah bila masa pintu dorm terbuka seluas2 nya aku pun xtau. Yang pasti time tu bertempiaran kawan2 menyorokkan diri dengan harapan akan terselamat dari segala hukuman tatatertib . Jangan harap. hahaha! Ada yang masuk dalam loker, nyorok di celah2 baju, nyorok bawah katil, macam Mat Khir (ketua warden) takleh nampak jer kan nyorok bawah katil. Bangang.

Sebenarnya aku pun nak lari jugak, malangnya aku xsempat berbuat apa apa disebabkan laluan aku terhalang dengan baldi2 buah betik. Cilakak.

Hah, anak baharom, hang pun ada jugak? Memang susah kalau warden2 dah start kenal dengan abah aku. Aku hanya mampu memberikan senyuman yang manis kepada semua warden2 yang menyerbu masa tu. Nak tak nak aku lah yang kena paranawei dulu dengan singa2 jadian masa tu.

Dengan melihat gelagat tak tentu hala kawan2 yang cuba menyorokkan diri tadi, aku dan 2 3 orang lagi yang tak berjaya memboloskan diri terpaksa mendengar dulu bahasa puisi2 dari Ustaz Pit yang ku kira masa tu memang ' paling lembut ' yang pernah aku dan kawan2 dengar. Tibe rase sakit perut.

Bila semua geng2 nakal berjaya dikumpulkan, Mat Khir dan Ustaz Pit memulakan tazkirah yang kami tak sempat dengar masa kat surau tadi. Memang agak 'bernas dan bermutu' jugak la sehinggakan tiba2 aku rasa macam nak buat tiger show jer kat tengah2 dom sebab tak sanggup lagi nak dengar ucapan2 takziah yang dilemparkan oleh semua warden.

Yang paling aku tak boleh lupa, sambil2 memberi ucapan, sambil2 tangan Mat Khir membalingkan buah betik kepada kami semua. Macam penjaga zoo memberi makanan kepada harimau2 kelaparan jer aku rasa. Hahahahahaha.

Setelah selesai kami di 'sekolah' didepan semua penghuni asrama, macam biasa Geng Nakal diberikan surat cinta yang dah xtau ke berapa kali untuk tahun 1998. Dan bermula tahun 1998 dan berkuatkuasa serta merta, tahun seterusnya tiada lagi dorm 'honeymoon'. Puteri2 asrama form 4 tidak dibenarkan sama sekali tinggal 1 dorm dengan same form, semua mesti campur junior dan senior. Sori. Hehehe!

"Akum mak, nanti jangan terkejut tau ada lagi 1 surat dari asrama akan sampai kat rumah. Keesokannya aku terus call mak untuk menceritakan kejadian sedey semalam. Hehehehe. Mak macam dah terlalu biasa menerima surat2 renungan bersama dari pihak asrama.







p/s : to be continue kisah Geng Nakal 1998...