Wednesday, August 18, 2010

Lelaki oh Lelaki

Sumpah, aku tak bohong, 2 3 hari memang emosi agak terganggu dengan berita2 kat tv berita2 kat paper. Macam macam. Kelmarin, husband tetak bini sampai mati, anak terputus dua jari, ni ampun lagi la, sebab laki tu memang gila, tak boleh nak buat apa2 la kan. Berita semalam, disebabkan tak dapat RM30 dari bini, simbah asid kat muka bini dan anak!Apa punya bangsat la dapat husband macam ni???bodo!

Hari ini, husband memijak perut isteri yang sedang mengandung 6 bulan. Menyirap tak korang baca, menyirap kan?yang lagi menyirapnya puncanya hanya kerana si isteri menguatkan volume televisyen. Hantu babi apa ntah yang masuk dalam badan laki tu tak tau lah!Huh!Bodoh punya laki, tu la otak letak kat kepala lutut!!!perangai macam gampang!

Ya Allah, macam sia sia jer aku puase harini, mencarut tak tentuhala. *sigh*

Kepada lelaki2 yang terbaca entry aku yang ni, sori kalau mulut puaka aku ni mengganggu hati lelaki korang. Mintak maap jugak lah, kalau korang terasa aku tak peduli pon sebenarnya. Hahahaha..Dan kepada kepada gadis gadis single yang terbaca entry aku ni, jangan takut nak kawin pulak. Best kawin ni, kawan aku cakap la, cuma yang tak best nya kalau dapat laki yang hobi pijak memijak ni. Memang azab lah!!

Ok2, aku dah lega sikit bile boleh tulis macam ni kat blog. Hehehe. Masa untuk memasak. Wiwiwiwi...masak air jer. :)