Sunday, October 17, 2010

Semakin terdedah dengan imbuhan 'kan' tapi tak nak letak K dah sekarang, pasaipa?

Sape lah aku kan untuk cakap aku tak suka ni, aku tak suka tu bila orang sekeliling buat something yang pada kita ia agak 'menjengkelkan, padahal pada derang adalah something yang common dan best. Tapi kan kalau yang kita tak suka tu terpaksa lah telan, hadap dan belajar 'menerima' nak buat macam mane lagi kan?

Erm macam susah kot nak buat semua tu, nak nak bagi orang yang macam aku ni. Hahahaha! So sebelum telan, hadap n terima semua benda2 ni semua dan cakap kat diri sendiri, buat lah ape2 as long as korang hepi, harus lah kena kutuk dulu kan?? Hahahaha!

Ok berbalik kepada tajuk utama. Aku nak cakap suka or tak suka macam agak susah la. Tapi yang pasti bile aku baca komen2 kat fesbuk or mesej yang aku dapat, ade jer words yang ade K tapi tak nak tulis K ni aku jadi kelakar giler.

Maybe itu adalah pembelajaran or pendekatan baru dalam subjek Bahasa kita tu aku tak tau lah. Atau pun menjadi trend zaman sekarang untuk menampak kan kekiutan dalam penulisan depa tanpa meletakkan K pada imbuhan kan, itu pun aku tak dapat nak pastikan. Atau pun sekarang telefon canggih2 or laptop sekarang dah takder huruf K??

Contohnya ' ko ni an, macam2 la'...' comel an budak tu'...'sedey an cite tu' ' sedap an lauk tadi'...Mane pergi semua K?sumpah bila dok kumpul ramai2 memang jadi bahan la sape2 yang dok tulis macam ni. Hahahaaha! Memang macam setan an??macam gampang.

Yang paling tak boleh blah sekarang ni, kawan baik aku sendiri terjebak ke kancah yang telah menyebabkan dirinya dikutuk untuk 1 jangkamasa yang belum pasti bila akan berakhir.

Tolong la wey, hentikan semua ni, biar lah 'adik adik ' kite jer ghairah dengan semua ni. Jangan sampai tibe2 ade satu lagi tanda lahir berbentuk jari kaki kat muke ko. Yang tua2 tak payah dah kot nak bermesej2 macam tu dengan harapan ' u look so sweet' bile tulis macam tu. Jangan harap!!

Kalau bab2 kutuk orang memang best. Kah kah kah ( gelak jahat)

Tragedi October - Thanks All

7 october setiap tahun, macam aku cakap kat entry lepas tarikh yang sebenarnya aku nak buat2 lupa dan tarikh ini jugak lah kalau boleh aku pon taknak orang lain ingat yang tarikh keramat ni adalah tarikh kelahiranku.

Ya memang tarikh ini selalu bagi aku kejutan2 besar, sudah tentu lah kejutan2 yang tak best lah kan, so tiap kali nak sampai jer tarikh ni aku mesti takut giler. Sumpah takut, walaupun jauh di sudut hati ni aku nak rasa hepi bila sampai tarikh ni. Ok cukup cukup rasa macam dah melalut gila ni.

Ok sebenarnye aku nak upload gambar aku n budak2 opis celebrate besday aku haritu, walaupun agak keberatan untuk mendedahkan gambar gambar ni semua sebabnya kualiti pengcahayaan yang kurang bagus dan kegemukan aku yang makin terserlah dari hari ke hari. :(







Budak hitam yang gemok!

Disebabkan masalah kegemukan yang menjadi2 aku menasihatkan supaya kek pon jangan yang besar2 sangat. Huhuhu!
Hepi besday to me. Lame kot tak tiup lilin mcm ni. Hahaha!


dari kiri bawah kak min ( bos aku), aku yang kiut di hari kelahiran ke 21, kak mahsuri.
dari kiri atas afiq, kak zila. Alamak kak zah xder dalam pic ni. Sori kak zah. Hehehe!


Ni lah part paling best nak nak dengar ada orang nak belanja, lagi ghairah nak pilih makanan. :)


Part paling best dan xbest. Best sebab semua sedap2 dan yang tak best lubang belt kena ekjas lepas tu. Hahaha!

Sebenarnya time ni aku tengah tahan nafas. Penat tahan nafas tapi kegemukan aku tetap terserlah. Cilakak!

Tq kak min. Tq untuk besday celebration ni dan belanja kami semua makan. Thanks like thousand of lemon untuk semua jugak. Thanks untuk kawan kawan yang masih ingat besday aku. :)