Friday, January 15, 2010

sebab musabab

Kalau dikira2 dengan jari tidak termasuk harini aku berjaya tidak mengambil lunch selama 4 hari berturut2, ini adalah disebabkan ada mulut mulut longkang yang irihati dengan my tummy yang dah agak ke depan. Ada juga sesetengah pihak beranggapan itu adalah 'simbol kekayaan' bagi aku.

Apa2 pun anggapan orang terhadap 'simbol kekayaan' aku tu, aku nekad, aku dah tak berdaya lagi untuk berlapar dalam kedinginan tahap cipan kat office ni yang selalu menggigit2 tulang membuatkan perut aku lapar sentiasa. Berbekalkan hati yang gembira dengan keputusan yang dibuat, aku terus menuju ke food court untuk membeli makanan.

Chicken sandwich with blackpepper sos 1 dik, tapau!

Memandangkan tidak lama lagi aku akan ditugaskan bekerja ke luar negara, aku tepaksa belajar melupakan seketika makanan rutin nasi campur sambal belacan. Mulai sekarang juga aku terpaksa makan makanan western seperti chicken golden bleu, double chees, coney dog, hot dog, forrego spageti, salvator faregamo ni semua untuk membiasakan lidah aku menyebut dan menelan semua fatamorgana faregamo alfonso ni bila kat sana kelak.


Ni lah rupanya chicken sandwich, walaupun luaran tampak buruk, tapi sedapnya terasa sehingga menjilat buku lali sendiri, pendek kata memang akan terpahat di hati muka adik jual western food ni. Ngeh..ngeh..ngeh..


sambil menikmati chicken sandwich aku juga terpaksa membaca magazine baboon kat sebelah tu, ni pun salah 1 aktiviti aku selepas ni, terpaksa belajar mendalami selok belok kehidupan baboon dan budaya derang. Gile mencabar tugas aku lepas ni.


Untuk menaik kan lagi selera makan aku, aku terpaksa meletakkan gambar baboon tu kat sebelah PC aku. Kaedah ini jugak agak berkesan untuk mewujudkan 'kimia' antara aku dan golongan2 baboon ni semua bila aku terpaksa bekerja dengan derang nanti. Ya, memang macam ada 'kimia' bila tengok gambar baboon tu, 'kimia' yang hilangkan terus selera makan aku.





p/s : ader ker makanan2 ni semua kat Zimbabwe nanti?