Saturday, January 2, 2010

ingatkan citer cipmunk rupa2nya bodyguards&assasins


lenlui u jadi tak harini? pagi pagi lagi si apek sorang ni dah mesej aku tanya jadi ke tak tengok movie together gather harini. Jadi la lencai!jawap aku dan sambung tido balik. 1.30pm meet up at pavi, siapa sampai dulu, tolong belikan tiket, sambung Ian lagi. Ok, i sampai lambat sikit,hehehe! ZZZzzzzzz, sepantas kilat ian membalas, celaka.

Tepat 1.30 ian call, die dah sampai pavilion, macam biasa lah aku, dah menjadi amalan kawan2 aku untuk menunggu aku yg selalu datang lambat. Lagi 15 minit i sampai, aku menjawap dengan keyakinan yang amat tinggi padahal masa tu aku baru tunggu lif rumah aku, celah mana 15minit boleh sampai. Hahahahahaha!

Tiket untuk bodyguard dah habis mesej Ian lagi. Beli la tiket ape2 pun, Alvin&Chipmunk pun ok gak, jawap aku. Last 4 seats kite dapat!but dont forget to bring along massage oil, hahahaha! Pejadahnya si apek ni cuba sampaikan, bebel aku dalam hati tanpa membalas mesej Ian.

Sebenarnya masing-masing terlalu excited utk berjumpa. Aku Ian Tracy & Shaz adalah kawan baik, dulu pergi mana-mana pun mesti 3 or 4 orang. Makan gelak nangis sedey hepy mesti sama-sama tapi disebabkan masing terlalu sibuk dengan rutin harian, bila dikira2 balik hampir 3 4 bulan jugak la ktorang tak jumpa.

Kita dapat 1st row tau fida, sebab tu i ask u to bring along massage oil, tiket semua dah habis. Giler ar seat depan sekali, mau patah leher aku nanti, suka tak suka terpaksa lah. Apa lagi, masuk jer panggung kami semua membaringkan badan sambil kaki melunjur ke depan, nampak mcm gempak kan tengok movie kat pavilion dapat baring baring sambil lunjur kaki tapi sakit leher ni siapa nak tolong urutkan???

Kak, kite nak tengok ape ni? Ala lambat siang la ko ni dik, Alvin&Chipmunk la, sekali lagi aku menjawap dengan tanpa ada curiga di hati.

Tibe2 18PL tontonan ini untuk yang berumur 18 tahun ke atas kerana mengandungi unsur2 ganas, bla bla.. Eh, apa serius lak iklan ni, tak kan cerita chipmunk pun 18PL kak, shaz tanya aku lagi. Tanpa menjawap soalan shaz, 'Tracy, kite nak tengok cerite ape nih'. Bodyguard&Assasins la, jawap Tracy tanpa menyedari aku dan Shaz dah huru hura sekejap bila ada iklan 18PL biasa la, remaja lepas sekolah macam kitaorang ni tak boleh tengok cerita ganas-ganas takut emosi terganggu nanti.

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang ada niat nak tengok citer ni nak masuk hall lambat pun takper nak tido pada 30 minit terawal pun ok jugak, sebab aku berani jamin korang takkan paham punye, buat pening kepala lagi ader lah. Cuma minit terakhir jer yang best, ada la unsur sedih diselit dengan jenaka2 bangang sikit, aksi tetak menetak, aksi baling orang guna 1 jari dan yang paling best ada sorang 'wira' yang aku rasa dia lah penyelamat cerita ni, sampai aku & kawan2 memutar belitkan cerita aksi ini menjadi sebuah cerita komedi gara-gara si 'wira' tu. Hahahahaha!




Nota ringkas : Ian nak sngt citer bodyguard ni, sbb tu dari Chipmunk jadi 18PL, so terpaksa amik jugak tiket yang hanya tinggal 4 seats 1st row!! Sayangkan awek tinggal2kan, sayangkan kawan ku sanggup sakit leher, macam haram.