Wednesday, April 7, 2010

Perihal Cupcakes 2

Bila hati semakin dekat, kimia semakin menunjukkan tindak balasnya, Miah dan Jamil mula la bercerita pasal masing2 punya pelamin anganku musnah. Masing masing gusar dengan hati dan perasaan sendiri, takut banana fruit two times, maka Miah dan Jamil mengambil keputusan untuk tidak mengisytiharkan hubungan mereka di khalayak ramai. Nak buat biase2 jer kata mereka, kalau ada jodoh, ada lah tu.

Namun, hubungan mereka dapat dihidu oleh Joyah, dan bilamana rahsia ini sudah diketahui Joyah maka 1 pelusuk Keramat akan mengetahui akan perkara ini. Penangan mulut Joyah. Dengar dengar Joyah akan menggantikan Kak Rockiah Propa untuk Rancangan Serkah musim baru.

Dari saat itu lah, dimana ada Jamil dan Miah, Joyah mesti ada. Joyah sanggup melantik diri sendiri sebagai doktor cinta untuk pasangan kekasih yang satu ni. Miah pun selalu la bercerita apa jua masalah kepada Joyah termasuk hal-hal yang berkaitan dengan gusi dan gigi. Kadang-kadang Miah ni, kesengalannya sukar diduga, selalu jugak dirinya minta disepak sepak.

Ok berbalik kisah cinta rahsia Jamil dan Miah ( sekarang 1 dunia dah tau), perhubungan mereka agak lancar dan terancang dengan ada nya Joyah, tapi tu la ( intonasi tibe2 sayu), tak semua yang kita nak kita akan dapat. Rupe rupenye, tujuan asal Joyah menjadi doktor cinta mempunyai maksud tersirat. Dalam diam Joyah jatuh cinta.

Tak salahkan Joyah la, sebab dah lama sangat dia keseorangan, kesunyian dan kekurangan kasih sayang. Dan disebabkan itulah nafsu songsang Joyah minta dibelai. Celaka, Joyah syok kat Miah sebenarnya. Hubungan Miah dan Joyah kini menjadi semakin renggang akibat Miah tidak tahan dengan aksi aksi songsang Joyah yang kadang kadang terasa mahu terkeluar isi perut bila memandang. Macam setan.

Walaupun Miah masih terkejut dengan nafsu songsang Joyah, tetapi jauh di sudut hati, Miah bertepuk gembira kerana katanya pasarannya meluas sekarang, muka komersial citarasa lelaki dan perempuan Asia. Haram jadah gembira tak tentu hala jugak si Miah ni kadang kadang.

Ketiadaan Joyah di tempat melepak kadang kala tercuit jugak rasa rindu di hati Jamil dan Miah, namun apa boleh buat kan. Jamil dan Miah semakin rancak dan kadangkala merancang juga untuk menamatkan hubungan haram ini kepada halal.

Tinggal tak sampai seminggu jer lagi, hari lahir si Jamil. Bermacam macam agenda diaturkan oleh Miah untuk Jamil. Miah jadi kalut. Dari bab beli hadiah, cupcakes sampai la ke suprise party untuk Jamil. Dan tidak ketinggalan si Temah ( kawan baik kadang2) jugak termasuk dalam kumpulan 'jiwa tak tenang' ketika ini. Habis semua kelam kabut. Dari supplier cupcakes letak la nama Abang Don, husband pembuat cupcakes dan kakak cupcakes dah macam menyesal dapat customer macam Temah (mangsa keaadaan).

Miah punya penangan, nak order cupcakes jer amik masa sampai 2 minggu untuk kompomkan. Nak ade bola la, nak suruh lukis baju la, nak krim kek color lelaki la. Yang rosak otak nak memikir ialah si Temah. Mana lah Temah tau color2 lelaki, kawan lelaki pun takder, tetapi disebabkan semangat setiakawan terlalu tinggi dalam diri Temah sedaya upaya dia cuba membantu Miah untuk menghasilkan yang terbaik untuk hari lahir Jamil tersayang tak lama lagi.

Biar lah dikutuk belakang oleh abang Don oleh kerana permintaan yang macam haram, biarlah disenyum sinis oleh kakak cupcakes, namun Temah tetap menjalankan tugas dengan hati yang ikhlas dan kadang kadang menghantukkan kepala sendiri ke dinding kerana terlalu pasrah dengan sikap Miah yang kelam kabut melantun lantun. Order cupcakes macam order Kek Kawin Warna Pelangi 40 tingkat. Bengong.

Temah niat dalam dalam, harini hari terakhir dia akan berurusan dengan Abang Don pasal cupcakes Miah ni, nak jadi ape pun jadi lah, dia pasrah. Die dah terlalu kusut untuk melayan karenah Miah yang serupa gampang, die dah tak lalu nak memikir apa jenis corak yang nak dilukis kat cupcakes tu. Lantak lah. Esok Temah akan bertolak ke Jay Bee untuk merehatkan pikiran yang dah macam ape sejak 2 3 minggu ni.

Dengan kepalatan dan kekalutan Miah Temah dan kawan2 yang lain menguruskan pasal suprise party untuk Jamil ni, ia sebenarnya terlalu sukar untuk diceritakan kat sini. Bile tengok muka Miah berseri seri muke yang terlalu ghairah untuk menyambut hari lahir Jamil tersayang, semua jenis kegampangan terasa lenyap macam tu jer. Owh sweeeeeeetnye cinta. Sesuci embun pagi cinta Miah kepada Jamil. Yuckksss..hahahaha!

Sedutan, sembang2 manje antara Miah dan Jamil.

Miah : u sayang i tak ?

Jamil : tak.

Miah : kalau i sayang u, u sayang i tak?

Jamil : u kene ikhlas sayang, u tak boleh harap ape2 dari i untuk itu.

Jamil dan Miah sambung menikmati char keow teow.

No.. no..jangan salah sangka, Temah bukan nk promot cupcakes ni, tapi kalau nak order, tanya la Abang Don.