Tuesday, June 15, 2010

Tibe2 rasa nk jadi composer

Sekarang ni bila jumpa kawan kawan jer mesti benda di luar kotak otak a.k.a. ala benda yang jarang jarang sangat di bincangkan. Selalu jumpa jer ko kutuk aku, aku kutuk ko. Orang tu tak betul la, bos tak bagus la, claim lambat la, macam macam, masuk kerja lambat tak nak pulak ko kupas dalam dalam. Kesimpulannya rakyat malaysia memang dilahirkan untuk mengutuk dan dikutuk.

Berbalik kepada perangai kawan kawan ni, memang dah lain sikit la. Ada yang dah start cakap pasal bisnes,bagus. Ada yang dah start nak kumpul duit pergi umrah,sangat mulia. Sekarang dah takder tajuk tajuk berbangkit macam 'aku suka sangat kat minah ni' , 'aku benci gila kat mamat ni', 'aku tengah kumpul duit nak kawin ni'. Isu isu macam ni dah kurang sangat terkeluar dari mulut, jangan tanya kenapa, aku pun tak tau. :P

Tak kurang jugak yang dah pandai menonjolkan bakat bakat terpendam, hebat!Dulu 5kilo besi pun tak larat angkat sekarang katanya setakat 40kilo besi, sap sap soi jer! Tak lama lagi, bila semua otot2 menonjol, pergi jalan jalan pakai singlet jer. Bagus jugak kan, pergi angkat besi dari kutuk orang tak tentu hala. Badan sihat otot mantap.

Yang sorang ni pulak tak habis habis dok ' saya cinta gitar saya 'tulis lirik lagu, melodi nya tak siap siap lagi. Tak sangka aku pun ada kawan, yang darah seni mengalir suam suam kuku di dalam badan. Gempak! Hari ni die tulis lirik lagu lagi, pastu macam biase ayat dia 'esok r wey, aku kena cari melodi dia dulu, nanti aku kasi ko dengar'....tapi ok lah kan, asah bakat macam tu dari dok cakap aku tak suka cara ko, aku benci tengok ko macam tu, ko macam ni, bla bla bla...


Kisah aku yg kau simpan
Mengapa tak kau akhirkan
Akan cinta ku yg tak terbalas
Akan rinduku yg tak kau ingat....
Biarla tersiksa, aku kan tetap begini
Biar kau dtg & pergi
Aku masik tetap ada disini... Hanya kernamuuu
Malam yg panjang, tiada yg mendengar
Tangisan aku diperbaringan ini
Tiada henti, sakitnya hati
Tak pernah engkau memperduli
Ku dongak ke langit
Adakah ini sememangnya takdir
Berapa lama harus ku begini
Menagih cinta yg ntah mungkin sejati
Kenapa bkn dicipta kau utkku
Ingin merasai sisa idup, saat indah bersamamu
Tp apala kudratku
Berdiri djendela, dan kau diluar
Masih tiada kata, wlu kau tahu semuanya
Aku masih tertunggu
Dan trus menunggu
oooooo...ooooooo...

Tajuk lagu ni 'kisah aku yang kau simpan' by Juju la Coco.