Sunday, December 26, 2010

Sepucuk surat.

Celik mata, angkat tudung salji ada 3 biji pisang. Makan pisang dengan pasrah sambil mata memandang ke arah rak tv yang kosong cuma kelihatan ada 3 tin kiwi kleen fabric starch sebagai penghias semasa. Sambung makan pisang yang ke 3 sambil angin meniup rambut ku yang kusut masai dan sesekali rambut menyucuk hidung dan aku tiba tiba terbersin.

Melangkah longlai masuk ke bilik. Mata terpana ke 1 sudut yang agak lama aku tak usik. Dengan keadaan pasrah sekali lagi, tangan tangan aku lemah mengemas buku, majalah dan dokumen yang sekali pandang agak menyemakkan mata, jadi aku selalu nya tak akan pandang pun.

Nampak buku ASB, tengok simpanan. Banyak jugak aku simpan sebenarnya. Kalau kira dividen tahun ni ada la dalam rm7.50 aku dapat. Memberangsangkan. Hebat.

Dalam keadaan mata pun macam malas nak celik luas2, aku terjumpa sepucuk surat. Tiba tiba tak semena mena aku tersenyum sendirian. Surat daripada kekasih tak jadi. Surat yang menjadi salah satu sebab aku tidak dibenarkan bekerja di kuantan.

Perkenalan dengan kekasih tak jadi ni agak membimbangkan sebenarnya. Sekarang tak boleh cerita sebab aku lapar. Bila lapar aku akan hilang fokus untuk menulis. Hahaha!


* Nanti2 aku sambung.



Sebenarnya surat ni biasa jer aku rasa, aku sendiri tak pasti kenapa abah tak bagi aku meneruskan kerjaya di kuantan, mungkin ada sebab lain kot. Macam mana la boleh sampai kat tangan abah ni.