Wednesday, October 27, 2010

Almari baru dan berkemas di malam rabu bukanlah satu kombinasi yang bagus untuk diet seimbang!

Mogok untuk tidak mengemas bilik hampir 2 minggu gara gara almari dah ala ala 'retak menanti belah' dan sekali gus membiarkan baju2 bergantungan di ampaian 'standby' diluar bilik adalah alasan yang cukup kukuh di kala kawan2 aku tanye ' baju sape ni yang banyak2 kat ampaian 'standby' ni ??Ini adalah salah satu ciri ciri gadis yang sangat jarang dijumpai di zaman yang serba moden ini, macam selalu orang kampung aku sebut, memang 'rare' lah gadis macam ni. :)

Tapi disebabkan terlalu semak mate serabut perut bile balik kerja tengok baju sendiri yang bergantung2 minta dilipat dan disusunrapi di dalam almari maka dengan membuat satu panggillan, memesan dan memasukkan duit maka lagi (pehal banyak lak perkataan maka ni), tepat jer 8 lebih2 sikit sampai 1 almari di depan pintu apartment kami. Bertempiaran Nae dan Adah lari masuk ke bilik macam awek china nak kena tangkap di rumah tumpangan, hahahaha! Sori wey, lupe nak bagitau ada orang nak datang hantar almari. :)

Dalam keadaan paksa rela, dengan demam pun baru nak elok, aku gagahkan jugak kemas baju2 semua. Keluarkan segala mak nenek dari almari 'retak menanti belah' dan dilemparkan ke atas tilam berjalan begitu lancar sekali. Bile nak buka almari lame untuk diceraikan satu satu bahagian bagi menyenangkan proses pembuangan dan memasukkan semula baju2 tadi di dalam almari baru dalam keadaan kemas sebenarnya adalah part yang paling gampang aku rasa. Penat macam haramjadah.


Melemparkan baju keluar dari almari memang satu proses yang amat mudah sekali.


Tengok tangan tu, memang susah nak dapat dah tangan macam ni sekarang ni. Cayo lah cakap den. :P Jangan disangka tangan yang boleh menghayun buaian tidak mampu membuka skru2 di almari.


Sila abaikan 2 patung bernyawa di tepi tepi longgokan baju baju tu semua. Punca lambat aku mengemas ni lah die, walaupun sekadar melihat dan membuat ulasan tentang baju2 aku semua atleast takder la aku boring sangat mengemas sorang2 tadi, anyway tq wey teman aku tadi.


Baju dan hanger memang kombinasi yang mantap sebenarnya. Baju letak kat hanger pastu terus masuk dalam almari, tak payah lipat2 bagai, kan senang. So kepada teman lelaki kalau kahwin nanti sila asah skill lipat baju kamu ok, saye bukan malas nak lipat2 bagai tapi saye memang takder bakat untuk yang 1(lipat baju) ni, keh keh keh..

ok, im done!fuhhhh..penat gila babi.

Ni lah dikatakan almari baru dan berkemas di malam rabu bukanlah satu kombinasi yang bagus untuk diet yang seimbang. Isk. Gemok!