Tuesday, March 2, 2010

Selamat Pengantin Baru Part 1

Jumaat 26 Februari 2010 tepat 3ptg, dengan hanya berbekalkan sekeping kad jemputan klasik keemasan dan sebuah keyakinan yang agak tinggi, kami berempat memulakan perjalanan ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan teman sebilik aku Lyn.

Perjalanan kami agak mencabar minda dan emosi masing-masing. Mana tak nya semua bukan nya pernah pergi Melaka, ni adalah kali pertama kami ke sana. Tapi alhamdulillah perjalanan agak lancar sehingga tol Ayer Keroh.

Setibanya di Ayer Keroh dalam pukul 5 lebih macam tu, kami semua mula tak tentu arah. Lyn memang mempelawa supaya kami semua tidur di rumah nya, tapi atas persetujuan ramai kami menolak baik pelawaan Lyn. Tak nak la nanti berebut2 lak ngn mak ayah Lyn nak tidur dalam bilik derang. Haru biru tu.

Dengan semangat dan darah Tun Teja yang mengalir dalam badan tanpa ada sebesar kuman pun pengetahuan pasal jalan kat melaka kami terus mencari tempat untuk tumpang bermalam.
Time ni lah berguna nya teknologi tanpa sempadan.
D'village Resort, Ayer Keroh. Nampak macam care jer. "Sorry, 25, 26, 27feb 2010 is fully booked'' lebih kurang macam tu la tulisan yang tertera kat laman web resort ni. Dengar gabungan gerak hati kami berempat, kami langsung tak mempedulikan notification tu.

"Hello D'village Resort, boleh saya tahu macam mana nak pegi ke resort tu kalau dari Penjara Agro? aku call reception resort tu. Actually time ni kami dah kelam kabut hilang punca.
''Ok, bla..bla..bla..lepas trafic light adik masuk kanan, nampak replika tapak sirih, kat situ lah resort kami"
Terang akak reception panjang lebar.

Dalam 15 minit jer kami dah sampai di D'village Resort. Gerak hati kami berempat memang tepat dan mantap, masih ada kekosongan chalet. Kami tersenyum lega.
Dalam keaadaan senyum tercuit jugak rasa cuak dihati, sebab malam nanti ada lagi cabaran yang terpaksa kami tempuh. Mencari rumah Lyn di Jasin. Celah mana pulak la Jasin terletak. Haish.

'Takpa2, ada pelan rumah Lyn kat dalam kad jemputan''. kata Nae ringkas untuk sedapkan hati semua.

Rest ala kadar, kami terus bersiap2 pulak ke rumah Lyn untuk Majlis Ijabkabul. Masing masing diingatkan supaya make up suam2 kuku jer supaya tidak akan menimbulkan sebarang kekeliruan dan kekecohan orang ramai dan tok iman untuk mengenalpasti yang mana satu pengantin perempuan.




Lebih kurang pukul 8 malam kami memulakan perjalanan ke rumah lyn untuk menghadiri majlis akad nikah. Esoknya baru majlis persandingan. Selepas mendapat petunjuk arah dari pakcik jaga resort itu untuk ke Jasin.

Nina bersiap drive ala2 bawak F1, Nae selaku co-pilot dengan sebelah tangan memegang menatang kat atas kepala tu sebelah tangan lagi memegang pelan rumah Lyn (kad jemputan) dan kaki standby kat break. Bila Nina laju sikit jer, Nae pun turut membantu menekan break. Makcik2 sangat naik kereta macam nak pergi makan angin petang2 dengan cucu cicik.

Aku dan Adah kat belakang lebih terjurus menikmati keindahan malam yang hanya dikelilingi pokok2 getah di kiri kanan. Sangat mengasyikkan. Asyik waklu, seram ade la. Dengan pengalaman Nae 2 3 tahun menjadi penterjemah pelan rumah dalam kad jemputan, kami berjaya sampai ke Kg Ulu Duyung, Bemban Jasin dengan riangnya. Hebat kan kami.

Paluan kompang mengiringi ketibaan kami. Dah macam menteri buat2 tunjuk muka bila nak bagi derma kat rumah anak yatim lak aku rasa time tu. Tak sampai lagi kat pintu rumah, paluan kompang tidak kedengaran lagi. Owh paluan kompang tu bukan sambut kami sebenarnya, on training rupenya budak budak tu. Cilakak, baru nak cakap orang Jasin 'walawei gempak siot', terus tak jadi. Hehehe.

Sampai jer di rumah Lyn, kami salam dengan 2 3orang makcik kat situ dan terus melulu masuk tanpa dijemput ke bilik Lyn. Tak nak la buat friendly pegi salam ngn semua orang kat situ, risau ada yang makcik terberkenan nak jadikan menantu lak nanti. Tapi kalau ada pun apa salahnya kan dah jodoh, benda dah ditentukan, buat ape nak pening2 lagi yer tak? Hikhikhik.

Sementara menunggu Lyn bersiap2 dan menunggu tok imam datang, macam biasa lah kami telah menggunakan ruang yang dihias cantik sebaik mungkin untuk bergambar. Camera tuju jer kat Nina, dia tersenyum manja. tuju jer kat Adah, tersenyum anggun, tuju jer kat aku mcm biasa lah, tersenyum manis, tuju jer kat Nae tersengeh kelat. Pelik.

*malam tu sempat jugak la aku perform 2 3 lagu untuk orang2 Jasin.

* Lyn berdebar menanti saat disatukan, kami pun merasa debaran itu pehal? :P

Bila tengok balik gambar2 yang di snap, muka Nae masam jer tak bermaya macam kucing mati anak. Kami semua kehairanan kenape Nae berubah laku. Selesai jer majlis akad nikah Lyn, mak Lyn mempelawa kami semua makan.

Nae terus berubah wajah, ada sedikit senyuman di bibirnya. Lapar rupenye. Setelah melahap tak kira orang, kami masuk ke dalam untuk meminta diri untuk pulang. Boley tak perangai tak semenggah, lepas makan terus nak balik. Hehehe. Masa ni muka Nae berseri2 dah, dan mampu memberikan pose2 menarik dan senyuman yang menawan bila camera dituju ke arahnya.

Bila disoal selidik , rupa2nya Nae ada pantang. Menurut Nae, aura seri muka nya tak akan naik bila tak makan atau terlambat ambik dinner, sebab tu lah masa bergambar tadi Nae agak bermuram durja. Al kisahnya. Apa punya pantang tak tau la, macam haram. Hahahaha!

Ni lah kesannya, melanggar 'pantang' , muka terus tak boleh nak senyum..kahkahkah...

* to be continue..

Niat yang murni

Bila ada niat dihati nak masuk keje awal mesti ada jer yang menghalang. Contohnya bangun dah awal, lepak tengok am krew hot fm, pastu tibe2 terlelap (kes selalu sangat terjadi).
Baju dah iron siap2 waktu malam, esok pulak alarm tak berfungsi ( rupe2nye terturn off tanpa sedar). :P


Kadang2 tu siap bukan main awal, gedik2 lak nak breakfast kat rumah, borak punya borak tak sedar dah lambat. Pernah jugak terjadi, bangun dah awal, siap pun dah awal, tren pulak buat hal.

Hari ini sekali lagi, memang aku niat nak masuk kerje awal, sebab semalam dah lambat. Bersiap ala kadar, memakai baju dan selendang yang tak perlu di iron, 7.50am aku dan nae dah tunggu lif.
Agak berangin jugak la, bila tengok hanya 1 lif jer yang berfungsi. Sah lambat lagi.


Aku dan nae masih setia menunggu lif walaupun pada ketika itu, dah 2 kali lif naik tapi kami tak berjaya memboloskan diri, penuh. Setelah berbincang, aku dan nae sepakat untuk turun menggunakan tangga. Pada mula nya, usul yang diutarakan oleh nae ditentang keras oleh aku.
Gila apa nak turun menggunakan tangga. Hampir2 terjadi tadi kes masuk rumah balik, sambung tidur.


Aku dan nae, akur dengan kehendak keadaan. Turun menggunakan tangga. Sesekali aku dan nae mengesat peluh di dahi. Agak mencabar perjalanan ke tempat kerja pagi ni. Ada gak niat nak gelongsor guna besi tangga tu jer, cepat sikit sampai G ye x? ukur2 balik, macam tak ngam jer ngan peha yang aku yang gedabak ni. Tibe2 moral down.

Aku dan nae menuruni tangga tanpa berkata2 lagi, hanya terdengar dengusan2 kecil sahaja dan sesekali agak jelas dan nyaring bunyi dengusan itu. Nasib baik aku dan nae berpegang teguh dengan prinsip usaha tangga kejayaan, takder lif guna tangga, akhirnya kami sampai ke G dengan selamatnya, cuma terjadinya sedikit proses pemecahan lemak2 di seluruh badan dan gigilan di kaki . Penat macam haram.

Korang mesti ingat rumah aku tingkat 5 kan?? Bukan kami turun dari tingkat 5 ok, dari tingkat 23, sekali lagi aku gtau, tingkat 23 ok. Sayang kolestrol aku bazir macam tu jer.

Sekali lagi dan tak tau yang ke berapa kali aku masuk kerja lambat lagi. The moral of the story aku tak mau niat nak pergi kerja awal lagi. Ngeh.. ngeh.. ngeh...