Tuesday, March 2, 2010

Niat yang murni

Bila ada niat dihati nak masuk keje awal mesti ada jer yang menghalang. Contohnya bangun dah awal, lepak tengok am krew hot fm, pastu tibe2 terlelap (kes selalu sangat terjadi).
Baju dah iron siap2 waktu malam, esok pulak alarm tak berfungsi ( rupe2nye terturn off tanpa sedar). :P


Kadang2 tu siap bukan main awal, gedik2 lak nak breakfast kat rumah, borak punya borak tak sedar dah lambat. Pernah jugak terjadi, bangun dah awal, siap pun dah awal, tren pulak buat hal.

Hari ini sekali lagi, memang aku niat nak masuk kerje awal, sebab semalam dah lambat. Bersiap ala kadar, memakai baju dan selendang yang tak perlu di iron, 7.50am aku dan nae dah tunggu lif.
Agak berangin jugak la, bila tengok hanya 1 lif jer yang berfungsi. Sah lambat lagi.


Aku dan nae masih setia menunggu lif walaupun pada ketika itu, dah 2 kali lif naik tapi kami tak berjaya memboloskan diri, penuh. Setelah berbincang, aku dan nae sepakat untuk turun menggunakan tangga. Pada mula nya, usul yang diutarakan oleh nae ditentang keras oleh aku.
Gila apa nak turun menggunakan tangga. Hampir2 terjadi tadi kes masuk rumah balik, sambung tidur.


Aku dan nae, akur dengan kehendak keadaan. Turun menggunakan tangga. Sesekali aku dan nae mengesat peluh di dahi. Agak mencabar perjalanan ke tempat kerja pagi ni. Ada gak niat nak gelongsor guna besi tangga tu jer, cepat sikit sampai G ye x? ukur2 balik, macam tak ngam jer ngan peha yang aku yang gedabak ni. Tibe2 moral down.

Aku dan nae menuruni tangga tanpa berkata2 lagi, hanya terdengar dengusan2 kecil sahaja dan sesekali agak jelas dan nyaring bunyi dengusan itu. Nasib baik aku dan nae berpegang teguh dengan prinsip usaha tangga kejayaan, takder lif guna tangga, akhirnya kami sampai ke G dengan selamatnya, cuma terjadinya sedikit proses pemecahan lemak2 di seluruh badan dan gigilan di kaki . Penat macam haram.

Korang mesti ingat rumah aku tingkat 5 kan?? Bukan kami turun dari tingkat 5 ok, dari tingkat 23, sekali lagi aku gtau, tingkat 23 ok. Sayang kolestrol aku bazir macam tu jer.

Sekali lagi dan tak tau yang ke berapa kali aku masuk kerja lambat lagi. The moral of the story aku tak mau niat nak pergi kerja awal lagi. Ngeh.. ngeh.. ngeh...

2 comments:

  1. gila la tingkat 23 turun guna tangga!
    mau terketar2 lutut bila sampai bawah.. haha

    ReplyDelete
  2. una : bukan stkt kepala lutut jer ketaq2 wei, kejang jap kaki aku tadi..

    ReplyDelete