Sunday, June 27, 2010

Sampai bila bila

Saya rindu kamu....

Thursday, June 24, 2010

gila babi punya lemau...

Hari hari rase taknak pergi keje...
kan best kalau hari hari tak payah pergi keje..
ni tak hari hari payah jer nak pergi keje...
kan best kalau hari hari duit turun dari langit tanpa perlu bekerja...
hari hari tak payah penat pikir nak pergi keje ke tak..nak pegi amik mc ke tak...
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
SUMPAH takder nafsu langsung nak pergi keje sekarang ni!
pls pls pls..pls motivate me..

Saturday, June 19, 2010

~Selamat Hari Bapa ~

Sejak bertemu semula dengan 'sepupu jauh2' melalui laman sosial fesbuk, sejak dari itu agak kerap jugak lah kami melepak bersama sama. Banyak perihal keluarga nak dibincangkan katenye. Konon.
Aku rasa hampir 5 tahun kami tidak pernah cuba menggunakan teknologi untuk berhubung antara satu sama lain. Alih alih jumpa kat fesbuk. Jodoh pertemuan kan di tangan tuhan, nak kalut apa kan? Keh keh keh...keh..keh..
Sejak rabu lagi, abang zul (sepupu jauh2), dah mesej aku ajak lepak tengok bola jumaat malam. Cadangan ini tidak lah menjadi satu keberatan bagi aku memandangkan sekarang kepala otak ni berselirat dengan macam macam masalah.
Duduk di rumah melayan cerita melayu di tv bukan lah penyelesaian. Minum2 gelak2 dengan kawan2, habis air balik sedikit sebanyak menjadi 'short term therapy' bagi aku ketika kepala semak dengan macam macam.
Alamak, sebenarnya entry ni bukan aku nak cerita pasal jejak kasihan antara aku dan sepupu jauh2 ni dan bukan juga aku nak cerita pasal masalah aku. Sebenarnya tak der ape2 pon aku nak cerita dalam entry ni, hahahahaha!
Semalam sebenarnya merupakan hari paling bermakna bagi sepupu aku sorang ni. Hehehe! Mana tak nya, punya la excited nak melepak dengan kawan kawan alih alih anak manje nak ikut. Nak cancel xtvt lepak, takut kena black list setahun ngan kawan2. Disebabkan semangat kelepakan itu sangat tinggi, abang zul tak patah semangat walaupun terpaksa menjadi 'baby sitter', owh..so sweet melepak bersama anak kesayangan. :D


Lihat lah aksi papa contoh 2010, anak tu sebenarnya dah terkehel leher, papa masih rancak bergebang.




Jangan terpedaya dengan senyum manis si bapa tu, sebenarnya... tuhan jer yang tau..rase kan..hahaha!

Sapa kate bila dah kawin, segala activiti ketika bujang terpaksa dilupakan. Boley jer kot nak melepak, tapi kena contohi sikap bapa di atas la. Melepak without wife tapi dengan syarat bawak anak. Sempoi kan. :P

Ni lah di kata kan '' tiga..lapar dan dahaga, rela berpayahan..setianya ayah.." "ayah..menemani ku melepak, berguna lah ilmu bila dewasa"...hahaha!

" SELAMAT HARI BAPA"

Tuesday, June 15, 2010

Tibe2 rasa nk jadi composer

Sekarang ni bila jumpa kawan kawan jer mesti benda di luar kotak otak a.k.a. ala benda yang jarang jarang sangat di bincangkan. Selalu jumpa jer ko kutuk aku, aku kutuk ko. Orang tu tak betul la, bos tak bagus la, claim lambat la, macam macam, masuk kerja lambat tak nak pulak ko kupas dalam dalam. Kesimpulannya rakyat malaysia memang dilahirkan untuk mengutuk dan dikutuk.

Berbalik kepada perangai kawan kawan ni, memang dah lain sikit la. Ada yang dah start cakap pasal bisnes,bagus. Ada yang dah start nak kumpul duit pergi umrah,sangat mulia. Sekarang dah takder tajuk tajuk berbangkit macam 'aku suka sangat kat minah ni' , 'aku benci gila kat mamat ni', 'aku tengah kumpul duit nak kawin ni'. Isu isu macam ni dah kurang sangat terkeluar dari mulut, jangan tanya kenapa, aku pun tak tau. :P

Tak kurang jugak yang dah pandai menonjolkan bakat bakat terpendam, hebat!Dulu 5kilo besi pun tak larat angkat sekarang katanya setakat 40kilo besi, sap sap soi jer! Tak lama lagi, bila semua otot2 menonjol, pergi jalan jalan pakai singlet jer. Bagus jugak kan, pergi angkat besi dari kutuk orang tak tentu hala. Badan sihat otot mantap.

Yang sorang ni pulak tak habis habis dok ' saya cinta gitar saya 'tulis lirik lagu, melodi nya tak siap siap lagi. Tak sangka aku pun ada kawan, yang darah seni mengalir suam suam kuku di dalam badan. Gempak! Hari ni die tulis lirik lagu lagi, pastu macam biase ayat dia 'esok r wey, aku kena cari melodi dia dulu, nanti aku kasi ko dengar'....tapi ok lah kan, asah bakat macam tu dari dok cakap aku tak suka cara ko, aku benci tengok ko macam tu, ko macam ni, bla bla bla...


Kisah aku yg kau simpan
Mengapa tak kau akhirkan
Akan cinta ku yg tak terbalas
Akan rinduku yg tak kau ingat....
Biarla tersiksa, aku kan tetap begini
Biar kau dtg & pergi
Aku masik tetap ada disini... Hanya kernamuuu
Malam yg panjang, tiada yg mendengar
Tangisan aku diperbaringan ini
Tiada henti, sakitnya hati
Tak pernah engkau memperduli
Ku dongak ke langit
Adakah ini sememangnya takdir
Berapa lama harus ku begini
Menagih cinta yg ntah mungkin sejati
Kenapa bkn dicipta kau utkku
Ingin merasai sisa idup, saat indah bersamamu
Tp apala kudratku
Berdiri djendela, dan kau diluar
Masih tiada kata, wlu kau tahu semuanya
Aku masih tertunggu
Dan trus menunggu
oooooo...ooooooo...

Tajuk lagu ni 'kisah aku yang kau simpan' by Juju la Coco.

Sunday, June 13, 2010

Semoga roh nya dicucuri rahmat..amin.

Aku dah berubah sekarang. Masuk kerja dah tak lambat lagi. Hehehe. (Bos garang sebenarnya, tu yang takut nk masuk lambat).

Khamis, 10 June 7.30am, baru jer aku melabuhkan punggung di kerusi Lrt Star, telefon aku berdering2 minta dijawap.

Bile tengok jer skrin tertera nombor unsaved aku malas nak jawap. Aku biarkan jer menjadi 'panggilan rindu'.

Selang sesaat dua, telefon aku berdering dering lagi, nombor yang sama sekali lagi tertera di skrin telefon aku.

Siape lah pagi pagi buta call aku ni, isk malas betul nak jawap.

" Assalamualaikum kak fida, ni Yana ni adik Yie, ingat lagi tak??

'' Er, er..er ingat, nape Yana pagi pagi dah call akak?

"Yana cuma nak bagitau, Yie dah takder, die meninggal semalam, kemalangan kat KL" suara sayu Yana kedengaran di talian.

"Datang la kak fida, lagi pun dah lama sangat kak fida tak datang kuantan, tak dapat jumpa arwah pun xper, datang la tengok mak'' sambung Yana lagi.

Aku pun tak tau, apa yang aku rasa ketika itu. Sedih pun ada, terkejut pun ada. Macam mimpi pun ada. Ntah la aku pun tak tau ape yang aku rase sebenarnya. Dah lama sangat hubungan aku dan arwah terputus, agak tak sangka family arwah masih ingat lagi bakal menantu tak jadi yang sangat jahat ini.

Dan dari saat itu, bertalu talu nombor telefon unsaved menelefon aku. Semua berkabarkan benda yang sama kepada ku.

"Yie dah takder, fida tak nak datang ziarah family arwah ker, datang la tengok anak anak die, yang sulong tu saling tak tumpah macam arwah, datang la, nanti kitorang amik kat terminal. Panggilan dari salah seorang kawan baik arwah.

Panggilan ni betul betul buat aku tersentuh. Buat aku tiba tiba jadi sebak.

" Ya Allah, ampunilah Mohd Fitri Ishak, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. Amin.

Machine Gun

'Arif, anak nak kek tak for ur besday nanti?'
'Nak, Arif nak kek ada gambar machine gun, ada x?' Arif jawap dengan muka penuh harapan sambil tersenyum senyum malu.

Ha fida, cepat tanya kawan hang tu, boley buat tak kek machine gun.
Belum tanya lagi aku dah tau, sah japgi mesti kena maki lagi dengan abang kek tu!Dah la abang kek tu garang tak tentu hala kadang kadang.

Tanpa banyak berpikir aku terus mendail no telefon abang kek tu.

"meet me the hotel room, forget bout ur boyfren n meet me at da hotel room" kedengaran nyaring di telinga caller ringtone abang kek ni. Lagu tak hengat, muke macam brad pitt xper la jugak, ni muke macam brad terkepit ada la!bajet la u ni abang kek!hahahahaha!
Ooops terkutuk lak abang kek ni, tak pasal pasal. Kah kah kah kah..

'Ape? Kek bentuk machine gun? Kek bentuk kaki aku ko tak nak order ke?'

'Hahaha, boley ke tak boley buat kek machine gun tu, tanya aku lagi untuk kepastian.

'Boleh, kakak aku kreatif, semua dia boley buat, tapi mahal sikit la, sebab agak susah', jawap abang kek lagi.

*****************

Hari yang ditunggu tunggu. Semua budak pejabat aku excited nak tengok macam mana rupanya kek machine gun tu.

'Arif, kamu excited tak nak tengok besday kek machine gun tu' tanya bos aku.

'Tak sangat' jawap arif ringkas.

Aku dan bos memandang sesama sendiri. Kami yang syok sendiri sebenarnya. Siot jer. Kecik kecik lagi dah pandai bersarkastik. Hahaaha!


Arif malu malu bile kami dok snap pic die. Malu sampai besar panjang yer arif, jangan jadi macam abang kek ni, kecik kecik bukan main malu, bile besar malu pun tak tau ape maksud, ngeh ngeh ngeh..

* tadaaa..ni lah kek machine gun tu..Cantik tak??


p/s : sesape yang ingin mengorder cupcakes atau segala jenis kek atau ape2 yang dihujung pangkal ade perkataan kek, boleh la menghubungi terus saya atau pun abang kek. Delivery boy disediakan percuma bergantung kepada 'kefreean masanya'. Sekian harap maklum.

Sunday, June 6, 2010

Operasi secara besar besaran

Sudah agak lama tahap kemalasan dewa dewi menguasai dalam diri penghuni block c pangsapuri melur ni. Entah kenapa bila sampai jer di rumah setelah selesai membakar kalori di tasik titiwangsa, aku dan nailah mengambil kata sepakat untuk mengemas rumah secara besar besaran.

Pada mulanya, macam malas gila babi , bukan apa dah la baru balik dari jog, nak kemas kemas rumah lak, penat. Tapi memandangkan macam agak lama kami tidak mempedulikan tentang perihal rumah, balik keje makan tido, itu jer activitinye.
Keadaan rumah tak payah cakap la, macam ada gegaran tsunami 9.7 skala richter(tadi aku boh skala hektar, pakar bahasa teguq). Tunggang terbalik. Isk sungguh tak manis kan, tapi nak buat macam mana, tuntutan kerjaya dan tuntutan menambahkan lemak di perut melebihi segalanya. hehehe!

Tanpa berpikir panjang Nai bangun persis eric leong pantas mencadangkan supaya menukar keseluruhan susunan perabut kat ruang tamu dan dapur. Giler penat kot nak ubah semua barang lepas itu nak deco semula ( wahhh, bunyi macam ada set sofa tajaan Ikea jer kat umah).

Nai terbongkok bongkok mengangkat tv. Gagah giler Nai time tu. Kerja aku hanya tolak tolak apa yang patut ke tepi. Hehehe! Bile rumah dah macam tongkang pecah dikerjakan aku dan Nai, kami buntu. Aku dan Nai berehat seketika, sementara tu Adah dan Siti bangun untuk sama sama membantu dalam operasi hari ini. Sebenarnya kami dah mati akal macam mana nak buat rumah ni betul2 nampak macam rumah yang dihuni oleh sekumpulan gadis manis.

Setelah berpadu tenaga berpeluh ketiak sampai ke petang, akhirnya kami berjaya menampak kan sikit ciri ciri rumah yang didiami oleh gadis gadis manis walaupun ianya agak ringkas dan tidak lah segempak deco from eric leong,hehehe! Penat woooh, rasa nak pengsan kemas rumah macam ni.


* sebelom di kemaskini.....


* dalam proses mengemaskini..


* adah dan nailah dengan penuh dedikasi melaksanakan tugas...

* berehat seketika..makan dulu sebelum menyambung semula 'operasi' di bahagian dapur..

* part paling gampang. Menyental kesan degil di dinding dapur. Rasa taknak makan nasi sebulan jer..

* tadaaaaaa......separuh mati kemas sampai jadi macam ni...





* ni baru lah layak di panggil rumah dihuni oleh sekumpulan gadi gadis manis...




* tak tau lah keadaan macam ni akan bertahan untuk berapa lama...:P