Sunday, June 13, 2010

Semoga roh nya dicucuri rahmat..amin.

Aku dah berubah sekarang. Masuk kerja dah tak lambat lagi. Hehehe. (Bos garang sebenarnya, tu yang takut nk masuk lambat).

Khamis, 10 June 7.30am, baru jer aku melabuhkan punggung di kerusi Lrt Star, telefon aku berdering2 minta dijawap.

Bile tengok jer skrin tertera nombor unsaved aku malas nak jawap. Aku biarkan jer menjadi 'panggilan rindu'.

Selang sesaat dua, telefon aku berdering dering lagi, nombor yang sama sekali lagi tertera di skrin telefon aku.

Siape lah pagi pagi buta call aku ni, isk malas betul nak jawap.

" Assalamualaikum kak fida, ni Yana ni adik Yie, ingat lagi tak??

'' Er, er..er ingat, nape Yana pagi pagi dah call akak?

"Yana cuma nak bagitau, Yie dah takder, die meninggal semalam, kemalangan kat KL" suara sayu Yana kedengaran di talian.

"Datang la kak fida, lagi pun dah lama sangat kak fida tak datang kuantan, tak dapat jumpa arwah pun xper, datang la tengok mak'' sambung Yana lagi.

Aku pun tak tau, apa yang aku rasa ketika itu. Sedih pun ada, terkejut pun ada. Macam mimpi pun ada. Ntah la aku pun tak tau ape yang aku rase sebenarnya. Dah lama sangat hubungan aku dan arwah terputus, agak tak sangka family arwah masih ingat lagi bakal menantu tak jadi yang sangat jahat ini.

Dan dari saat itu, bertalu talu nombor telefon unsaved menelefon aku. Semua berkabarkan benda yang sama kepada ku.

"Yie dah takder, fida tak nak datang ziarah family arwah ker, datang la tengok anak anak die, yang sulong tu saling tak tumpah macam arwah, datang la, nanti kitorang amik kat terminal. Panggilan dari salah seorang kawan baik arwah.

Panggilan ni betul betul buat aku tersentuh. Buat aku tiba tiba jadi sebak.

" Ya Allah, ampunilah Mohd Fitri Ishak, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. Amin.

2 comments: