Wednesday, February 24, 2010

kau berubah sekelip mata

Dengan tabiat mengamalkan cara makan membabi buta, tak kira siang malam, selagi mata terbuka mulut dengan secara tidak langsung pun akan terbuka tertutup dengan kadar selang beberapa saat mengunyah segala macam tanpa menghirau pandangan sekeliling.

Akibatnya dulu 45kg sekarang 5 plak kat depan, rase nya baru last 3 weeks aku timbang. Magik kan, tak sampai sebulan naik 5kg. Celah mane magik, aku dah gemok la wei. Huwaaaa. Baru last week beli cermin besar letak kat dalam bilik, tapi sekarang nak tengok cermin pun dah segan. Jangan terkejut ok, fida sekarang tak lagi macam dulu.

Dulu fida pegi keje suke pakai slack n kemeja tuck in, sekarang fida banyak memperagakan koleksi baju baju kurung. Kalau pakai slack n kemeja pun, dah tak tuck in. Nampak sopan ckit ye tak?

Dulu fida suka pakai jeans n baby t bila hang out, sekarang fida lebih suka memakai long sleeve melebihi paras punggung ngan seluar longgar. Tibe2 jeans saiz 26 sangkut kat peha. Air mata gadis comel jatuh lagi.

Dulu fida memang ada tali yang dok ukur lilit pinggang tu (sebat mak punye), hari2 senyum bangge bile ukur pinggang, tapi semalam tibe2 tengok ada dalam bakul sampah. Tindakan luar kawalan.

Dulu fida berjalan laju 120km/sejam pun steady lagi, sekarang berjalan 60km/sejam macam berlari 100meter sekali nafas. Mengah.

Dulu jari2 fida runcing2 jer sekarang ntah kenapa tanpa ada sebab2 yang kukuh, jari2 macam membengkak. Part ni paling tak boleh terima.

Dulu fida suka memakai seluar dan baju yang ala2 tak cukup kain apabila bersantai sambil tengok tv di rumah, sekarang fida lebih selesa memakai baju ala2 jubah (ni aku tipu, hehehe!gila tebiat pakai baju2 cm tuh!) yang labuh dan yang agak2 tidak menampakkan sangat susuk tubuh yang dah berketul2 di merata2 tempat terutama di lengan dan peha. Sekarang kawan2 bila nampak jer lengan aku, mesti suruh aku buat gaya malik nor tunjuk lengan, derang cakap sejibik. Cilakak.

And last but not least, dulu fida selalu memberi semangat yang padu kepada sabrina dan naela menghantar SMS ke Mayfirst untuk tujuan pelansingan, sekarang fida same2 bersemangat menghantar SMS ke Mayfirst pada setiap hari Jumaat. Macam gampang.


Macam mane aku nak pakai kebaya wedding roomate weekend ni???? Sumpah kali betul2 aku rase nak nangis. Buat sit up 3x sebelum tido, agak2 bley pakai kebaya x weekend nih??

Forgive me if i smile, it's to hide my tears

sesekali jadi lah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita
ambil lah masa untuk
memahami hati dan perasaan
kawan,
kerana dia juga seorang
manusia,
dia juga ada rasa takut,
ada rasa..bimbang,
sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan,
dan dia juga perlukan kawan,
sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia
ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang
kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan,
disebalik ketenangannya itu,
mungkin tersimpan seribu
kekalutan,
kita tak tahu...tetapi
jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu...