Thursday, December 31, 2009

Bicara kosong di hari terakhir 2009

Hampir pukul 3 pagi aku masih tidak mampu melelapkan mata. Sejak kebelakangan ini memang susah sangat nak tidur, aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Walhal selama ini aku lah raja tidur, letak jer kepala selamat, letak jer kepala ke negeri China, hampir terjadi roomate aku memecahkan pintu bilik sendiri, gara-gara aku tidur tak bangun-bangun dari malam hingga magrib keesokannya. Tapi sekarang terbalik pulak jadi nya, bimbang jugak aku dengan berlarutan nya masalah ini akan menyebabkan terjadinya lingkaran gelap bawah mata bak kata Oyah.

Ermm sedar tak sedar, 2009 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. Bagi aku tahun 2009 adalah tahun airmata dan tahun yang paling 'memenatkan' aku. Bermacam masalah dan dugaan melanda. Kalau difikirkan balik tak perlu dan tak berbaloi baloi pun sebenarnya untuk menangis. Tapi bagi aku, aku menangis bukan untuk menyelesaikan masalah, aku menangis hanya untuk melapangkan sedikit ketegangan perasaan dan melegakan sedikit berat di otak yang tengah berkecamuk di ketika itu.

Tipu lah kalau ada yang cakap hidup dia tak pernah dirundung masalah, kalau takder masalah bukan lah hidup namanya, betul tak?? Pendek kata, selagi hidup, masalah tak akan habis, yang penting sekarang bukan masalah yang perlu dihitung tapi yang paling penting bagaimana cara kita menghadapi dan menyelesaikan sesuatu masalah itu. Itulah 'harta' paling berharga sekali yang boleh kita bawa untuk menghadapi hari hari mendatang.

Walaupun 2009 banyak meninggalkan kesan kesan kotoran dalam hidup aku, aku tetap berterima kasih dan bersyukur kerana ianya banyak mengajar aku lebih mendalam lagi tentang sebuah KEHIDUPAN. Aku berharap 2009 yang akan pergi ini menjadi satu iktibar dan sumber kekuatan untuk aku meneruskan perjalanan aku di masa akan datang. Dan aku juga berharap dengan apa yang aku lalui sepanjang 2009 ini akan menjadi kekuatan dan keberanian untuk memastikan 2010 yang bakal ditempuhi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Amin.
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang sementara aku akan terus mengejar impian yang aku nak dalam hidup ini.


* Kecelakaan hidup bukanlah disebabkan impian seseorang tidak tercapai, tapi kecelakaan hidup seseorang adalah disebabkan tidak mempunyai impian langsung.



pesanan : kepada kawan kawan yang cuba menghubungi aku semalam, maaf dipinta sebab tak dapat jawap dan membalas segala SMS, ni adalah disebabkan terlalu fokus untuk menghasilkan entry sesastera ini. Hahahaha..sori Uncle H, saya cilok sikit ayat2 uncle..

Wednesday, December 30, 2009

aku cun ok!

Aku tak pernah dengar pun lagu ni sebenarnya sebelum ni, tapi masa aku balik kampung last week, aku ada terdengar dalam kereta abah, aku cuba bertanya pada kakcik, biasa lah kakcik penyokong muzik tanahair, tapi malangnya dia pun tak pernah dengar. Tadi aku baca blog ni dia ada letak lagu ni, apa lagi cargas aku copy n paste kat blog aku pulak. Sharing is caring. Walaupun liriknya agak merapu meraban tapi aku suka muzik lagu ni, pendek kata 'lalu' la jugak kalau nak dengar sekali sekala. Cuba korang dengar lagu ni, bila dengar balik macam haram pun ada gak..hahahahaha!

Cun Saja - Sleeq

Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja

Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja

Duduk di rumah seorang saja
Menulis lagu cinta
Menggunakan kisah ini tuk ceritakan

-Chorus-

Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak

Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu

Duduk di rumah seorang saja
Mengarang lagu cinta
Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan
Ohh..

Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
Kerna ku takut

Lagu ini,
Tandanya kamu masih sayangkan ku
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Tandanya ku masih rindukanmu
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
Aku okay

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh

p/s : ape? owh mmg takder video ape2 pun, korang download sendiri lah , aku letak lirik jer..hehehe!

Tuesday, December 29, 2009

Aku bukan superwoman aku juga bisa nangis...

Aku rasa aku adalah antara orang yang paling simple kat dunia, bukan nak up2 diri sendiri tapi itu lah yang aku rasa pasal diri aku. Pendek kata aku memang susah nak amik port sangat pasal kisah 'rumahtangga' orang lain..as long as tak mengganggu perjalanan hidup aku, peduli apa aku!ada gak kawan aku cakap aku ni takder perasaan langsung, nak buat macam mana aku memang macam ni.

Orang nak kutuk aku, kutuk la, orang nak cakap aku gila, cakap la, nak gelak2 kan aku, gelak la, nak cakap aku sombong, memang aku sombong!so what?nak cakap aku macam mana pun dimana2 pun, bila2 masa aku tak pernah kesah langsung, aku boleh jer nak bertepuk tampar dengan orang yang benci aku, serius aku boleh buat macam tu, dalam keadaan sedih airmata menitik2 pun aku boleh buat orang gelak2, tu kalau aku chat la, kalau depan2 memang tak boleh cakap apa dah kalau nangis.

Aku tulis ni bukan nak gtau yang aku ni terlalu hebat yang boleh buat semua orang happy tapi jauh disudut hati memang aku nak semua orang yang dekat dengan aku happy jer bila dengan aku. Dan aku tulis ni jugak bukan nak bagitau yang aku ni tak penah kesah apa yang berlaku kat depan mata aku.

Tapi entah la sejak akhir-akhir ni, aku rasa ada pihak (ayat bt suspen sikit) yang tak paham apa maksud ' tak kesah' aku tuh. Yes!!memang aku tak kisah, kalau nak main depan aku pun tak kesah sebenarnya, sapa lah aku untuk menghukum sesama manusia, dont do this dont do that.. aku hanya manusia biasa yang kadang2 benda aku tak suka, aku hanya mampu 'benci di dalam hati', yang penting tuhan tau apa yang aku rasa.

Aku tak pernah mintak pun untuk semua orang paham aku, tapi jangan lah disebabkan 'tak kesah' aku tu semua nak amik kesempatan, memang aku tak kesah sangat pun tapi bila ada yang buat hidup aku jadi tak tenang, buat hidup aku rasa macam palat hari-hari, memang aku tersangat kesah!!Nak happy, aku happy kan, nak benda complicated jadi simple, aku simple kan. Aku bukan nak mengungkit apa yang aku dah buat, sumpah selama apa yang aku buat ni memang sebenarnya ikhlas dari hati aku, memang aku macam ni, jangan lah disebabkan aku tak mampu nak puaskan hati semua orang, aku dipersalahkan.

Sekali lagi bila jadi macam ni siapa lah aku untuk bercakap yang aku sebenarnya tak suka dengan apa yang terjadi, siapa aku untuk cakap macam tu, sedangkan dari kecik lagi aku memang diajar untuk ' belajar menerima' dan percaya setiap apa yang berlaku kat dunia memang dah tertulis dan ada hikmah di sebaliknya.

Agak keterlaluan kalau aku cakap dengan perangai ' tak kesah' aku ni, aku tak pernah rasa marah, tak pernah rasa bengang, tak pernah rasa sedih aku pun manusia jugak yang ada perasaan, tapi ada yang kesah ker dengan apa yang aku rasa sekarang, ada yang peduli ker apa masalah aku sekarang, ada yang perasan ker aku tengah sedih sekarang?????

Terlalu perit untuk aku meneruskan entry aku kali ni, tapi aku rasa kat sini lah tempat yang paling best untuk aku luahkan segala-segalanya. Andaikata inilah harga yang perlu dibayar untuk aku happy 1000 tahun lagi, aku rela walaupun terlalu pahit untuk ditelan sebenarnya.







Monday, December 28, 2009

Perjalanan yang paling mendebarkan sepanjang berada di perantauan (tajuk panjang xmau kalah dgn humaira n una,hehehe) bahagian akhir...

''An, nanti kol 12 balik tau, hantar kak pida kat gurun, abah takdan kot'' pesan mak awal2, memandangkan aku naik bas agak awal harini 1.45pm, selalu pukul 3.30pm tapi tiket bas ekspress semua dah habis, terpaksa la aku nak bas tambahan. Lepas jer lunch, An dah siap2, dan call 2 3 orang kawan untuk menghantar aku, pejadahnya ajak kawan ramai2 wei?? Lupa lak aku, An takde lesen so kena sediakan payung sebelum hujan..Gembira bukan main An dapat pakai kete abah, dengar2 lepas hantar aku, dia nak pegi sungai petani, siap pesan ''hang jangan gtau mak plak'' silap banyak la An pesan kat aku, hahahahahaha!An, nanti hantar kak pida terus balik tau, jangan melencong ke mana2" pesan mak. An memandang aku tak puas hati ''hang memang dengki"...

"biar abah jer yang hantar kak pida'', An sekali lagi hampa! so bila abah yang hantar pengiring terhormat mesti lah mak dan kakcik. Kucar kacir mak dan kakcik siap2 nak ikut abah hantar aku.

Tepat 1.30pm kami sampai ke Gurun, macam biasa la cakap jer 1.45pm hampir 2.30pm asap bas pun tak bau lagi. Kejadian 10 maut di Ipoh masih segar di ingatan kami, mak mula memberikan pesanan2 ringkas yang sekali lagi buat aku tak tentu arah, time2 tu lah aku rasa macam nak pitam, nak terkencing nak terberak semua ada. Bas pun lambat pulak lagi buat hatiku gundah gulana. Panggggggggggggggggg!!!!!!Allahuakbar tiba2 mak menjerit, Ya Allah, Ya Allah kak pida. Dah tergolek seorang penunggang motorsikal dilanggar sebuah lori, mukanya tersembam kat atas jalan.

Tibe2 aku mula rasa pening, kebas2 satu badan bila melihat kejadian itu berlaku betul-betul kat depan mata aku. Mak mula mengucap2 panjang, nak tolong takut, kang tiba2 mak lak pengsan kat situ, selang beberapa minit orang ramai mengangkat mangsa ke tepi jalan dengan kepalanya berlumuran darah. Setelah hampir 30minit mangsa tersadai kat tepi jalan, kelibat polis langsung tak kelihatan padahal balai polis hanya 500meter jer dari situ, betul cepat dan mesra pejadahnya macam ni!!!Ambulans pun xdatang2 lagi..Bas aku pun xsampai2 lagi dah nak dekat pukul 3pm!

Kakcik dari tadi mengajakku untuk melihat lebih dekat mangsa kemalangan tadi, aku dengan membaca doa kuat semangat memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat, kepala nya berlumuran darah, kaki tangan semua berdarah, tapi matanya masih berkelip2, Alhamdullillah. ''aik, kepala berdarah2 boleh dok tulis mesej lagi'' bisik kakcik kat telinga aku..Apa2pun keadaan dia, hati aku ni tetap tak tenang.

Orang ramai masih mengerumi mangsa sementara menunggu ambulans dan polis sampai, mak melahirkan kerisauannya lagi. AKU??lagi lah cuak!!bas plak lambat sampai, tentu2 sampai KL malam, adehhhhhsss!Pesanan mak yang ke 43 kali membuatkan aku betul2 seram sejuk, betul2 berdebar2, betul2 aku ingat nak mati, time2 ni lah aku teringat banyak nya dosa kat mak abah, aku takut tak sempat nak balas jasa mak abah, teringat gurau2 kasar kat kawan2, hutang 30ribu kat MARA sapa nak tolong bayar??? Ya Allah, serius aku tak nak balik KL time tuh.

Bas sampai, aku terus memeluk mak dan kakcik, mak pesan lagi, baca doa banyak2 kak pida!Abah pulak takder kat situ, tak sempat aku nak cium tangan abah. Dalam bas mula lah aku pikir yang bukan2, penyesalan yang amat sangat kerana tak sempat jumpa abah sebelum naik bas, kalau la ini yang terakhir...arghhhh macam2 bermain di fikiran masa ni, debaran ini lagi teruk aku rasa nak dibandingkan dengan masa aku dari KL haritu.

Sumpah tak tipu kali ni aku tak tidur langsung! tangan aku sekali lagi, aku menghantar pesanan ringkas kat Julia ''wei, aku cuak r, aku rasa tak sedap hati dari tadi lagi aku rasa mcm ni, mak plak dok pesan2 bnyk kali, accident depan plak tadi, nak baca doa apa lagi ni wei??? apa2 pun julia, aku mntak maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, kim salam kat semua kawan2 ok''....''bengong r ko ni..xper2 aku dah halalkan semua nye" jawapan julia..lagi buat aku cuak!! Aku try jugak untuk mengingkari pesanan mak supaya jangan tidur semasa perjalanan, nak lelap jer mata, bas tiba2 brek mengejut, memang kalau macam ni lah gayanya, aku memang aku tak akan tidur!!

Setiap 30 minit sekali, nurul akan mesej aku ''u dah kat mane"... perjalanan kali ni betul2 mencabar tahap keimanan aku..dah habis doa aku baca, tapi kepala aku dok buat slideshow pasal kemalangan motor tadi, telinga aku masih terngiyang2 pembaca berita melaporkan kejadian Xpress Sani terbalik, "paling menyedihkan ada seorang mangsa putus kepalanya" pehal sampai aku ingat apa yang pembaca berita tu cakap!!ni semua gara2 banyak sangat dosa2 silam lah ni!huhuhuhu...

Selalu nampak jer Kuala Lumpur 80KM, hatiku dah best sebab dalam perkiraan aku, tak sampai 1 jam akan sampai KL, tapi kali ni selagi tak sampai rumah, selagi tu aku tak tenang. Belum pun sempat aku berfikir benda2 positif tiba2 bas sekali lagi brek mengejut. Ya Allah, accident lagi, yang aku nampak time tu seorang remaja perempuan dengan kepala nya berlumuran darah, merangkak2 ke tepi jalan dan ada 2 3 orang lagi yang tersadai di tepi pembahagi jalan. Sekali lagi kebas2 kaki tangan aku, time tu apa yang aku fikir, kalau lah ini yang terakhir, aku redha, ampunkan lah dosa hambamu ni Ya Allah!!

Sampai hari ini, peristiwa2 semalam masih segar dalam ingatan aku. Pertama kali seumur hidup aku rasa macam ni. Semalam betul-betul buat aku rasa dah sampai masa aku. Alhamdulillah hari ini aku masih berpeluang menulis sesuatu kat blog ni.


* Bak kata farah jangan terkejut kalau entry kali ni agak serius!aku pun tengah pening2 lalat lagi nih..

sembang pagi sabtu di kampung....

26 December 2009 - Seawal pagi lagi terdengar suara abah seperti menceritakan sesuatu kepada mak dengan gaya tak ubah karam sigh walia melaporkan kisah pembuangan sisa2 toksid ke dalam sungai, cuma apa yang bezanya di akhir perbualan abah cakap nanti tengok buletin 1.30 mesti ada pasai ni, nasib baik bukan '' ku tanam padi rapat-rapat''....

Abah hilang jer, aku yang masih pening-pening lalat terus pergi mendapatkan mak untuk mengetahui cerita selanjutnya disebalik tangan karam sigh walia tadi. "Anak Chan kawan abah, accident malam tadi, kat Ipoh dia driver, 10 orang mati, bas 2 tingkat, isk takut nya mak dengaq'' tibe2 mata aku terus celik seluas2 nya. Ya Allah, musim orang mati ker sekarang ni, patut la aku rasa macam tak sedap hati jer, rasa2 ada kaitan tak???Tiba-tiba aku rasa nak hantar SMS kat bos aku kat KL, nak resign 24jam, nak tanam padi jer kat kg. Mak mula memberikan tips2 mengelakkan kemalangan jalanraya...

* kak pida jangan balik naik bas malam-malam dah lepas ni, amik siang jer sebab kebanyakan kemalangan berlaku di malam hari.

* lepas tu jangan gatai2 nak naik bas 2 tingkat, setingkat pun dah memadai, kalau teringin jugak nak naik 2 tingkat, duduk bahagian atas. Mak mengucap panjang sambil mengimbas kembali kisah2 kemalangan jalanraya yang kebanyakan bas 2 tingkat.

* kalau boleh mati2 kak pida kena dapatkan seat yang belah driver sebab semua 'jalan cerita' kecelakaan jalanraya driver sangat jarang yang mati.

* lepas tu jangan tidur semasa dalam perjalanan, agak2 macam laju sikit, bas macam terhoyong hayang cepat2 tengking kuat2 driver bas!!agak keras pesanan mak yang 1 ni..

* baca doa banyak2.

* paling penting pakai tali penggang keledar, tiba2 mak buat lawak dalam keseriusan. Terasa kelat untuk aku mengukirkan senyuman pada waktu itu memandangkan esok aku akan kembali ke kuala lumpur dengan menaiki bas. Serius aku cuak!!


kalau Allah cakap jadi, maka jadilah ia..hang naik la bas xdak tingkat pun, naik la siang malam pun, driver bawak 40km sejam pun mati jugak kak pida, ajal maut kan kat tangan tuhan..tiba2 An (adik aku br abis SPM) bersuara yang datang dari mana pun aku tak tau... betul x mak??eh..eh..buat2 tanya plak, mesti la betul bahlol, aku tengah cuak ni hang xtau!!...betul tu An, yang paling penting time hidup ni jangan tinggal solat, dusshh2 aku rasa macam kena tumbuk bertubi kat muka aku nih!!!mak berlalu pergi ke arah dapur, aku mencapai tuala untuk mandi dan An senyum2 sinis mintak penyepak.


p/s : memang ajal maut bukan kita yang tentukan tapi manusia disuruh berusaha dan
berikhtiar.

Perjalanan yang paling mendebarkan sepanjang berada di perantauan (tajuk panjang xmau kalah dgn humaira n una,hehehe)

Ntah kenapa, sejak dari malam krismas lagi aku rasa tak sedap hati untuk pulang ke kampung pada keesokaan hari nya, kakcik 30kali call tanya aku naik bas pukul berapa dari KL. Disebabkan terlalu rindu pada mak abah dan adik2 aku mati2 mempositifkan otak aku pada masa tu, insyaallah takde ape2, biasa lah tu dah lama tak balik, neves tu memang lain macam sikit, pujuk hati sendiri.

Tanggal 25 December 2009, pukul 8.30pg aku bertolak dari Puduraya ke negeri kelahiranku, jelapang padi, perlu ker cakap cam tu?? Dok kira-kira dengan jari pukul 1pm sampai lah aku, paling lambat pun pukul 2pm, memandangkan public holiday Lebuhraya Utara Selatan dijangkakan mengalami kesesakan yang amat dahsyat, memang tak syak lagi!!!Dapat jer tempat duduk dalam bas, kecuakan aku menjelma lagi!!otak aku mula memikirkan sesuatu yang selama ni pun aku tak penah pikir, haishh!!!Aku dah berikrar dengan diri sendiri, kali ni aku balik kampung, aku tak akan tidur sampai ke kedah. Dengan kecelaruan otak aku tu, sepantas kilat jari-jari aku menulis beberapa potong ayat wasiat kepada 2 3 orang kawan aku, pertama kali seumur hidup aku buat macam tuh!!
'' nurul, i otw blk kedah ni, dr smlm lagi i rase xsedap hati, bdebar2 jer, i xtau nape..huhu!kalau jadi ape2 kat i, tolong sampaikan salam kt mak abah i, semua kawan2 ok, especially kat fikri, maria, dan jgn lupa kat 'dia' sama ok!tolong halalkan makan minum i eks..huhuhu''
''nt sampai, msg i''..ringkas dan padat nurul membalas, tanpa menghiraukan perasaan aku masa tuh.

Selang beberapa minit bas bergerak aku dah hilang entah kemana, sedar-sedar aku dah sampai butterworth!Alhamdulilah, Allah masih memanjangkan umurku. Kakcik, lagi 30 minit aku sampai, standby ok!


Tepat 2.30pm aku selamat sampai ke Sungai Petani, kami terus menuju ke Hospital Zainal untuk tengok cucu sulong abah & mak, anak buah pertama aku jugak. Nama baby akan diberitahu kemudian sebab berlakunya pertelingkahan kecil-kecilan 1 family tentang pemilihan nama baby sulung ni.

Aku ada cadang 1 nama ni, tapi abang cakap susah nak sebut pulak, akak soh letak nama ade Anis kat depan, mak cakap nama tu tak unik plak, dah ramai sangat nama Anis, suka2 hati je cakap nama kawan aku tak unik ( sori anis, bukan aku yang ckp mak aku, tapi kadang2 aku rasa mcm mak aku jugak!hahaha!), senang-senang letak jer nama Nur Kasih. Macam biasa kakcik menjadi penyokong terhebat aku, ''ok..ok..ok jugak nama tu abang, senang pun senang, masing2 gelak terkangkang2 sambil kakcik menambah2 cerita, apa yang lawak nya aku xtau, tapi yang pasti aku dengan kakcik jer yang gelak masa tu, mak buat2 tak tau abang pula tengok tv tanpa sebarang respon.

Pemilihan nama masih dalam perbincangan. Di sini aku hanya berjaya snap 3 pic baby yang comel gile macam aku, cuma bezanya aku terlalu terdedah kepada cahaya matahari jer sekarang ni, tu yang warna kulit agak macam Beyonce, kalau tak memang sejibik lah, sama macam baby putih gebu. hahahahahahaha!





Baby masih shy shy cat nak tengok auntie dia yang cute ni..

Buka jer mata, fuyooooo cute nye auntie aku!sampai ternganga mulut sebab terkejut dan
tak sangka baby ade auntie cute macam aku..hahahahahaha!

alalalala..kuchi..kuchi..come to mama, come to mama...kakcik cuba mengalihkan pandangan baby terhadap aku!!tiba2 baby terus mengecilkan matanya bila melihat wajah kakcik yang kurang cute terpacak di depannya....hahahahahahaha!



Wednesday, December 23, 2009

Di suatu pagi yang hening...

mat gam : Boleh saya bercakap dengan Saleh (bukan nama sebenar, tp nama kawan aku)

Aku : Encik nak bercakap dengan Saleh dari bahagian finance ker?

mat gam : kenape ada ramai Saleh ker kat situ, saya xtau la Saleh dari bahagian mana..(mat gampang mula meninggikan suara)..aku nak kepastian jer khinzir, tak kisah la ada 40ribu orang pun nama Saleh kat sini.

Aku : Owh. xpe, saya rasa Saleh bahagian kewangan, kalau Saleh bahagian kewangan, dia cuti hari ini, berkenaan apa tu encik, boleh saya tahu?


mat gam : Ada siapa-siapa kat bahagian tu yang boleh tolong saya? (tadi aku tanya atas urusan apa, tak nak jawap, macam mana aku nak tolong????pandai!)

Aku : Boleh saya tahu atas urusan apa yer? kebanyakan staff kat bahagian Saleh cuti encik, biasa lah kan hujung-hujung tahun ni kan. Aku masih mampu tersenyum ditalian padahal dalam hati dah 40x kali ulang2 cakap benda haram.

mat gam : boleh tak awak transfer ke mana2 staff yang boley tolong saya, tak kan semua cuti kot, awak jangan la menipu( suara nya makin gampang aku rasa). Aku dapat ape wei kalau aku tipu ko!!!!!! telinga aku dah berasap2 aku rasa.


Aku : Kalau encik call atas urusan pembayaran atau nak collect cek, Saleh jer yang uruskan, tapi dia cuti hari ni, boleh tak encik call esok jer?


mat gam : boley tak awak transfer kat sape2 jer!( bangang, aku tanya atas urusan apa, tak nak jawap, tapi soh aku transfer call, macam mana aku nk transfer, bengap bertingkat2!!)


Aku : Aku terus memindahkan panggilan ke bahagian finance dengan mengeluarkan dengusan2 kecil ke telinga mat gampang, walaupun aku tau ext tu xder orang ( aku cakap xnk percaya, ko tunggu la sampai esok)


Selang beberapa minit aku nampak nombor yang sama (mat gam punye nombor) tertera di skrin PC aku..huh!!tak puas hati lagi tuh..rela dalam terpaksa aku menjawap panggilan itu.


Aku : Malakop, good morning..


mat gam : saya nak tanya pasal payment la, tadi ada Saleh ada call suruh saya ambil cek hari ini. Kenapa awak susah sangat nak bekerjasama hah??? (sah ko menipu gampang!!)


Aku : macam ni lah encik, boleh tak encik tinggalkan nombor telefon, saya akan check dulu dengan bahagian kewangan, apa2 saya akan call encik balik, setahu saya kalau bab2 cek ni Saleh yang uruskan.

mat gam : Ok, suruh dia call saya sekarang, urgent!awak bukan nya tahu apa2!!!

Aku : Ok encik. Aku terus call Saleh..bla..bla..bla.."kepala otak dia, aku call dia harini, aku call dia semalam lah fida suruh datang ambil cek, main petik jer kata aku suruh datang harini, ko cakap kat dia, datang ambil esok jer, aku cuti" jawap Saleh tak puas hati.

Aku : Assalamualaikum Encik Mat Gam, saya bla..bla..bla..aku menerangkan yang Saleh mengarahkan dia untuk ambik cek esok.


mat gam : sape name ko??

Aku : Nama saya fida. Aku cakap fida, die cakap shida, aku cakap fida sekali lagi die cakap frida, siap ejakan lg nama aku, nama saya fida atau dalam facebook Norafidah Binti Baharom, pekak!(memang pakej, dah la kuajar, tak paham bahasa, penipu , pekak lak tuh!)

mat gam : Kan aku cakap tadi suruh Saleh call aku, tapi nape ko yang call aku?ko bukan nye tau ape2, banyak benda aku nak tanya dia!nape ko susah sangat nak bekerjasama hah?? kerjasama abah ko. Kalau macam ni lah, aku akan report kat ko punya bos yang ko taknak bekerjasama dengan aku!!!ko nak ker aku report macam tuh??
report la wei, mau kena gelak jer dengan bos aku, bicaraku dalam hati. hahahaha!

Aku : Maaf yer encik, saya hanya ikut arahan, tibe2 aku tengok skrin PC aku dah xder ape2 nombor, dah letak rupanya si gampang tuh!!terus aku nyanyi2 lagu ''izinkan selamanya namamu dihatiku''...


Nota ringkas : Aku ingat cek setengah juta, rupe2nye 5k!menggelabah ko mcm haram kan!Jangan la ingat kerja kerajaan boleh berlagak dan kuajar, bukan kena bayar pun kalau cakap elok2...

p/s : Maaf, tajuk dan nama pelakon terpaksa di edit semula demi menjaga sensitiviti masing-masing.














Thursday, December 17, 2009

~Cinta Macam Tunggu Bas~

Serius aku cakap, aku takder idea nak tulis ape kat dalam blog aku nih, tapi tadi bila aku lalu lalang kat facebook aku terbaca 1 note yang aku rasa agak menarik, note di tulis oleh aku nye junior sekolah menengah dulu dan aku juga terlalu percaya dia pun copy & paste jugak note ni..hahahaha!
Jangan harap etong aku nak percaya hang dah berjaya menghasilkan penulisan yang macam ni..wakakkakaakakkaka!

Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awaktunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.

Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

... .Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Tuesday, December 15, 2009

Kisahku yg masih pnjang part 2..bahagian 'secret admire'

If u guys have noticed (sape sngt yang nk pasan pun..), i was kind of silent and i was not really replying comment for the previous 5 days. I only do hopping blog kawan2 jer, i was totally 'out of reach'..ayat nak gempak..hahaha!tapi tibe2 harini aku rasa nak tulis sumthing pasal 'secret admire' aku masa zaman gila-gila remaja dulu. Masa aku darjah 6 dulu, kawan-kawan aku semua tengah rancak mencari pasangan hidup, gila pandang ke depan kawan2 aku masa tuh. Aku masa tu lebih cenderong kepada dunia perniaagaan, orang lain sibuk berdating celah2 pokok, aku sibuk menjual roti canai & nasi lemak kat sekolah, kalau aku tak meniaga 1 hari, mau mati kebulur kawan-kawan aku yang dok sibuk bercinta tuh!sampai sekarang mau tergelak terkangkang2 aku kalau ingat balik, hidung berhingus2 lagi ada hati nak bercinta, pergi sekolah pun pakai anak tudung jer, seluar pakai atas buku lali, ada gak orang admire, macam haram!macam best plak kutuk kawan2 aku nih, dulu masa darjah 6 kalau kutuk pun bukan amik pot sangat pun, kalau sekarang kawan2 aku baca, mesti ada kes kebakaran terbuka kat kampung aku, ingatlah wahai kawan2 ku sekalian, sesungguhnya ada 3 benda yang paling nikmat kat dunia ni 1) Mengadakan hubungan seks ( adik aku yang xsunat lagi pun tau) 2) Menggaru di tempat yang gatal, bekas2 kurap atau kudis 3) Mengata@Mengutuk orang ( sampai kena ada orang azan kt telinga baru stop). Ok2, iklan jap tadi, so berbalik pada cerita tadi, pada usia 12 tahun ni memang kecenderungan pada pelajaran tersangatlah tidak memuaskan, aku bukan lah seorang yang suka belajar, tapi disebabkan harapan mak abah terlalu tinggi aku gagahkan jugak untuk bercampur dengan kumpulan yang cemerlang, so secara automatik aku juga tergolong dalam pelajar-pelajar yang selalu menjadi perhatian cikgu-cikgu masa tuh. Popular jugak r masa tuh, wpun masa tu aku bukanlah syape-syape. Alhamdulilah dengan berkat kesabaran aku memboloskan diri dalam golongan cemerlang, aku berjaya mendapat keputusan yang 'quite ok' aku rasa klu nak dibandingkan dengan kawan2 aku yang baca buku sampai xpanggung kepala tapi result lebih kurang aku jer..hahahaha!sori kutuk lagi..
So macam biasa aku terlalu low profile sejak azali lagi, kawan-kawan sibuk mengisi borang untuk ke asrama penuh bagai, perhatian aku lebih tertumpu untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah kebangsaan kampungku!bagi aku masuk sekolah mana2 pun, kalau bangang tu tetap bangang jugak. Bila melangkah jer ke sekolah menengah, hormon aku dah mula berubah menjadi tak tentu hala, di sini lah bermula nya kisah 'aku & dia'. Aku mula admire dengan seorang mamat hingusan ni, memang bangang la aku rasa masa ni, hari-hari semangat nak pergi sekolah tu lain macam jer, yang lagi bangang aku rasa, kalau tak tengok muka dia pon xper janji aku nampak kopiah, bila dah nampak kopiah dia, berkobar2 aku belajar, bila terserempak jer punya lah shy-shy cat!kalau abah aku tau masa ni, mampus kena tetak. Episod tengok kopiah, rajin belajar, shy-shy cat berlanjutan sehingga aku form 3. Lama wooooo aku pendam rasa, sampai 1 hari mulut gampang mana ntah yang gtau dia, yang aku ni suka kt dia, maka pada saat itu jugak lah gugurnya kemachoan yang aku pertahankan selama 3 tahun!babi. Selepas kejadian 'kegampangan' mulut besfren aku tuh, im tried to avoid him, kalau boleh aku nak tukar sekolah terus masa tu, kang abah pelangkung lak kepala aku, tiba2 nak tukar sekolah, pejadahnya!!terus aku matikan niat tukar sekolah. Macho beb, mana boleh terus serah diri!Aku lebih menumpukan terhadap pelajaran (ayat ala-ala student dapat 20A), yes, i did it!tu pun sebab aku tiru!hahahah!aku berjaya menyambung form 4 ke sekolah sains daerah, dok asrama!yahooooooo, lega aku rasa sebab lepas ni aku tak perlu lagi shy-shy cat bila ke sekolah baru sebab dia tak berjaya ke sekolah tu. Dari saat itulah aku cuba melupakan terus admire aku, tapi tak pun sebenarnya, last-last aku dapat tau dia baru jer couple dengan anak buah aku, lagi macam haram kan!Ape2 pun life must go on, so aku berjaya melanjutkan pelajaran dan memasuki alam pekerjaan. Alhamdullilah. Lebih kurang 8 tahun aku tak pernah berjumpa dengan dia, walaupun kami hanya berjiran kampung jer, dengan kuasa tuhan aku berjumpa balik dengan 'admire' aku nih!Ni lah selalu orang cakap kalau jodoh tu tak kemana. FYI admire aku ni dah berjaya menjadi tunang dan ex-tunang aku. Kali ni kena tukar sikit ' nak buat mcm mana, dah xder jodoh', suka xsuka, nak xnak aku kena terima jugak apa yang dah tersurat untuk aku dan dia..cewahhhhhhh..tibe2 aku nye entry ni jadi serius, ape kes..hahahaha!Dan aku terlalu percaya every single thing yang jadi kt atas muka bumi mesti ada reason yang kuat kenapa ianya terjadi, cuma kadang-kadang kita tak sedar, kita xnampak atau saje buat2 xnampak apa yang sebenarnya tuhan nak tunjuk kat kita. Renung2kan dan selamat beramal.


p/s : sape2 yang rasa nk termuntah baca entry aku kali ni, mntak maap sngat2..(tolong baca dgn intonasi yang betul)...


Friday, December 11, 2009

Maweng a.k.a Mawi

Sejak akhir-akhir ini, aku seakan ketandusan idea tahap dewa dewi, buka jer blog aku tak tau nak tulis ape, aku rasa setakat ni dah 5 6 post aku tersimpan rapi kat draft dan hari ini aku delete semua, taknak pecah otak lagi fikir, walaupun niat hati nak sambung balik cite tu semua bila ilhamku bertamu..celah mana ilham ntah!menggelabah! Dari 8.30 sampai saat ni, aku kira dah 48 kali aku aku menyanyi2 lagu ni, bosan punya pasal, download MP3 pun tak boleh, nak main Fesbuk pun dah kena block, semua nak block!!dengki!!Last2 aku terpaksa minum air asam jawa banyak2..
Lagu ni memang favourite aku dulu kini dan selamanya!Aku ingat lagi dulu aku selalu paksa kawan-kawan dengar lagu ni dan paksa diorang cakap lagu ni best!hahaha!15 orang kena paksa seorang jer cakap best, yang lain semua buat muka yang mintak pelempang. Lama-lama baru aku sedar tidak semua cinta bersatu.hahahaha..sori2 aku selalu cakap benda takder mengena, yang ni pun baru aku perasan jugak. Well, to cut a ' long merapu2' aku ni short, dengan menggunakan teknologi copy & paste maka tercipta lah sebuah lagu yang betul2 buat aku tibe2 jadi minat maweng a.k.a mawi once upon a time. Cilako.

Pupus

Artist: Dewa

Aku tak mengerti ... apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah ... begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak akan pernah tahu

Aku persembahkan ... hidupku untukmu,
Telah kurelakan ... hatiku padamu,
Namun kau masih bisu ... diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara ...

Baru kusadari ...
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku ...

Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku,
Semoga akan datang keajaiban, hingga akhirnya kaupun mau

Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak kan pernah tahu

Wednesday, December 9, 2009

~Ubat Penenang Jiwa~

Disebabkan terlalu tension dengan masalah yang datang bertimpa2 sejak akhir-akhir ini, salah satu ubat penenang jiwa aku ialah coklat. Sebelum masuk kerja pagi tadi, aku singgah sekejap seven eleven untuk membeli ubat penenang jiwa, orang lain sibuk membeli nasi lemak, bihun goreng la, aku sibuk dok pilih coklat ape yang paling sedap, as usual cadburry hazelnut menjadi pilihan aku. Tak sampai 10 minit aku berjaya habiskan coklat tu. Selang jer beberapa minit, seperti pucuk dicita ulam mendatang, Haidar datang membawa sekotak coklat, wahhhhhhh, heaven sangat!Sorini, toblerone, hershey's semua aku sebat tanpa baca bismillah..
Alhamdullilah...selamat semuanya!!puas..tenang..sesungguhnya amatlah rugi sesiapa yang tidak menggemari coklat. Coklat selama ini sering diaanggap makanan yang tidak mempunyai nilai pemakanan langsung malah ada yang menganggap ia boleh memudaratkan kesihatan, so bagi sesiapa yang masih was-was dengan 'ubat penenang' ni, dengan menyahut seruan Persatuan Jantung Negara 'sharing is caring' dan dengan menggunakan kuasa hujung jari, di sini aku menyenaraikan beberapa kebaikan coklat pada kita semua..check it out!!

1) Makanan yang berkhasiat

2) Merendahkan tahap kolestrol dalam badan

3) Anti kerosakan gigi (yang gigi rongak dr azali, coklat tidak banyak membantu better pasang pendakap gigi lagi berkesan rasanye)

4) Mengurangkan risiko sakit jantung

5) Makanan Penuh Tenaga

6) Last but not least, coklat mudah cair di mulut tidak di tangan..hehehehe!

Akhir sekali, kepada kawan-kawan yang selama ini menganggap dadah mampu memberi ketenangan jiwa yang paling berkesan dan tenaga yang maksimum selain dapat merosak segala saraf2 yang membawa kepada mereng seumur hidup apa kata kita tukar selera kepada 'penenang jiwa' yang satu ni iaitu coklat, dah la sedap, mudah didapati, tak payah nak sorok-sorok tangan dalam poket, boleh dimakan dimana2 dan bila2 masa, xperlu bersusah payah nak makan bawah jambatan, yang paling penting kalau nak makan coklat hari-hari buat part time kt seven eleven, tak payah nak susah-susah nak jadi macam beruk mak ye, ragut sana ragut sini!!!!bangang!



p.s : Perubahan besar dalam hidup bermula dengan satu langkah yang paling kecil pada permulaannya.....



what da hell im waiting for???

11.55pm ~ almost 12am, senyap jer..hampes!!! i admit, i almost cried when my handphone is not ringing at all tonite!damn!

Friday, December 4, 2009

im sorry..

Setelah 3 hari berada di Desaru, terasa terlalu sukar untuk aku bangun pagi ini, tapi terpaksa aku gagahkan jugak mata aku ni untuk buka dan pergi mandi sebab semalam kawan aku telah menghantar 1 pesanan ringkas berbaur ugutan supaya aku datang kerja hari ini, dah pandai main api kawan aku ni sekarang..
tolongggggggggggggggggggggggggggggggg...dengan muka yang cuak ( aku agak la), seorang housemate aku mengetuk pintu bilik air .." nape wei? jatuh ker? '' "xlah, air sejuk sangat" ...
"setan ko pida!!!". Tu lah aku, kalau pagi-pagi tak buat kecoh memang tak sah. hahahahaha..