Thursday, January 28, 2010

Kisah Geng Nakal 1998 - Memancing-

Berehat sambil baring silang kaki di atas katil sudah menjadi kebiasaan aku& geng kalau berjaya memboloskan diri masuk ke asrama time rehat. Heaven sangat kalau dapat buat macam tu, paling best kalau warden dan cikgu sekolah tak dapat kesan ketiadaan aku&geng di dalam kelas, memang sampai ke petang kami akan bersantai di dalam dorm.

Duduk di atas kerusi kayu panjang depan asrama dengan menikmati keindahan kolam ikan yang hijau penuh dengan lumut diselikkan pula sedikit gurau2 kasar dan lawak bangang memang adalah saat yang paling best bagi kami bila waktu rehat.

Anak baharom mai sini! panggil Cikgu Lah guru displin cum warden asrama. Cis nape aku jer yang asyik kena panggil, ade cop ke kt dahi aku ni 'Budak Jahat'? macam haram. Sumpah aku dalam hati. ni bukan sumpah cikgu ok, ni maki diri sendiri.Jangan kutuk2 cikgu nt ilmu ssh masuk.

Awat cikgu, saya ada buat salah ka? tanya aku tanpa rasa bersalah.

Setakat ni xdak lagi la, sat lagi mungkin ada. Aku datang ni nak cari kesalahan lah ni. Jawapan Cikgu Lah yang agak berpuitis.

Poooommm...air merecik2 bilamana kasut aku dah selamat di dalam kolam lumut tuh.

Lain kali kalau taknak pakai stokin, kasut pun jangan pakai. Pesan Cikgu Lah dan terus berlalu tanpa ada sedikit perasaan sayang terhadap anak2 yg perlu banyak bimbingan ni. Hahahaha.

Aku& geng sambil tergelak terkangkang2 memancing kasut sekolah aku di dalam kolam yang berlumut tu tanpa disedari gelagat kami ditontoni ramai jejaka bajet bagus di dalam kelas.


Banyak dapat ikan tadi pidah?? Jejaka2 bajet bagus mula bermain api dengan aku sambil berdekah2 gelakkan aku. Macam setan.

Aku& geng memulakan kelas dengan tergelak2 di sebalik buku sampai ke petang.