Friday, January 27, 2012

Selamat bertunang kamu!

Alhamdulillah segala doa saya dah dimakbulkan tuhan. Dan saya rasa sangat lega dan sangat gembira, bila tengok orang yang paling saya sayang selepas mak abah saya, bahagia sekarang. Bahagia kamu sebenarnya bahagia saya jugak. SELAMAT BERTUNANG KAMU! Dan saya akan terus berdoa semoga perjalanan kamu dengan dia untuk melangkah ke satu lagi fasa kehidupan akan dipermudahkan. InsyaAllah.

Ok ini pesanan untuk kamu :

1) Jangan lupa kita datang dari mana tau. Nak lupa saya terus xper, tapi jangan sesekali lupa Dia. (peringatan utk saya jugak)

2) Apa2 pun jangan lupa buat solat taubat tau kamu. hehehe. (gelak2 gak, tapi ini serius tau!!)

3) Tolong la berhenti mengambil atau menghisap benda2 haram, x elok untuk kesihatan kamu, bakal isteri n bakal baby2 kamu nanti. Sebagai contoh rokok ker, ganja ker, ais batu ker...ni contoh jer ok! :), kalau x ambik sila abaikan perkara no 3 ini. :P

4) Sebenarnya ada lagi yang nak pesan, tapi tetiba bos call tanya tengah buat apa, terus lupa nak pesan apa tadi kat kamu. Hehehe! Bila ingat saya akan tambah.

5) Apa pun, tak lama lagi dah nak jadi suami orang, kurangkan lah kenakalan anda bila bertemu dengan gurls ok! Cukup2 lah tu yer, dah berjanggut pun, xpayah nak nakal sangat lah!

6) Akhir sekali, jaga kesihatan kamu dan jaga hati bakal isteri dan JANGAN LUPA SOLAT OK. Ingat, kalau relationship kita dengan Allah baik, insyaAllah relationship dengan orang lain pun akan baik jugak. :) (ni pun peringatan untuk diri saya jugak)

7) Eh, tertinggal lak. Saya doakan semoga kamu dan dia akan bahagia sehingga ke Jannah. Amin.



" Jodoh itu rahsia Allah...SEKUAT mana saya sayang kamu.....SEKUAT mana saya setia...SEHEBAT mana kita merancang...SELAMA mana saya menunggu kamu...SEKERAS mana saya bersabar....SEJUJUR & SEIKHLAS mana saya menerima kamu.......JIKA ALLAH tidak menulis jodoh saya bersama kamu...Kita tetap tidak akan bersama.....''


.....Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan hanya akan bertemu pada saat yang TEPAT menurut ilmuNYA......InsyaAllah...Amin....