Saturday, June 19, 2010

~Selamat Hari Bapa ~

Sejak bertemu semula dengan 'sepupu jauh2' melalui laman sosial fesbuk, sejak dari itu agak kerap jugak lah kami melepak bersama sama. Banyak perihal keluarga nak dibincangkan katenye. Konon.
Aku rasa hampir 5 tahun kami tidak pernah cuba menggunakan teknologi untuk berhubung antara satu sama lain. Alih alih jumpa kat fesbuk. Jodoh pertemuan kan di tangan tuhan, nak kalut apa kan? Keh keh keh...keh..keh..
Sejak rabu lagi, abang zul (sepupu jauh2), dah mesej aku ajak lepak tengok bola jumaat malam. Cadangan ini tidak lah menjadi satu keberatan bagi aku memandangkan sekarang kepala otak ni berselirat dengan macam macam masalah.
Duduk di rumah melayan cerita melayu di tv bukan lah penyelesaian. Minum2 gelak2 dengan kawan2, habis air balik sedikit sebanyak menjadi 'short term therapy' bagi aku ketika kepala semak dengan macam macam.
Alamak, sebenarnya entry ni bukan aku nak cerita pasal jejak kasihan antara aku dan sepupu jauh2 ni dan bukan juga aku nak cerita pasal masalah aku. Sebenarnya tak der ape2 pon aku nak cerita dalam entry ni, hahahahaha!
Semalam sebenarnya merupakan hari paling bermakna bagi sepupu aku sorang ni. Hehehe! Mana tak nya, punya la excited nak melepak dengan kawan kawan alih alih anak manje nak ikut. Nak cancel xtvt lepak, takut kena black list setahun ngan kawan2. Disebabkan semangat kelepakan itu sangat tinggi, abang zul tak patah semangat walaupun terpaksa menjadi 'baby sitter', owh..so sweet melepak bersama anak kesayangan. :D


Lihat lah aksi papa contoh 2010, anak tu sebenarnya dah terkehel leher, papa masih rancak bergebang.




Jangan terpedaya dengan senyum manis si bapa tu, sebenarnya... tuhan jer yang tau..rase kan..hahaha!

Sapa kate bila dah kawin, segala activiti ketika bujang terpaksa dilupakan. Boley jer kot nak melepak, tapi kena contohi sikap bapa di atas la. Melepak without wife tapi dengan syarat bawak anak. Sempoi kan. :P

Ni lah di kata kan '' tiga..lapar dan dahaga, rela berpayahan..setianya ayah.." "ayah..menemani ku melepak, berguna lah ilmu bila dewasa"...hahaha!

" SELAMAT HARI BAPA"