Friday, September 23, 2011

Hepi tapi kenapa ada unsur2 sedeh!

Nanti dah takder kawan nak gelak2..
Nanti dah takder kawan nak nangis2..
Nanti dah takder kawan nak ngadu2 jari melecur..hahaha!
Nanti dah takder kawan nak ngadu2, nak cerita2 yang 'boring' pasal setan tu lagi..:(
Nanti dah takder kawan nak carut2..
Nanti dah takder kawan nak maki2..
Nanti dah takder kawan nak lepak NZ...
Nanti dah takder kawan nak lepak kat Ibrahim lagi...
Nanti dah takder kawan nak teman beli kebab...
Nanti dah takder kawan nak ajar main gitar..
Nanti dah takder kawan nak ajak pergi nyanyi2...
Nanti dah takder kawan nak joging tengah tengah malam kat taman...
Nanti semua dah takder....sob..sob..sob...

woaaaaaaaa...

Apa2 pun NANTI itu tak penting, yang penting sekarang saya rasa lega dan sangat hepi untuk kamu...

Ya Allah permudahkan segala urusan hamba2 Mu ini. Ameen!



















Monday, September 19, 2011

ok saya memang menggelabah.

SUMPAH SAYA JELES!.....:(:( :(

Saturday, September 17, 2011

Benci dan Sayang

Kalau hati dah benci, buat macam mana pun tak kan berubah menjadi sayang. Tapi kalau hati dah sayang, buat macam mana pun susah nak benci. :(

Ada siapa2 tak nak derma hati lain kat saya? Astagfirrullahalazim.









Ya Allah Ya Tuhanku jadikan lah aku seorang hambaMu yang tahu bersyukur.

Sekali sekala nak jiwang tak salah ark?

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Menbuatku terpaku
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa untuk selamanya
Kan ku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah dalam hidupku ini

Wednesday, September 14, 2011

Terima Kasih.

Terima kasih banyak banyak. Terima kasih tunjuk aku semua ni.
3 tahun berturut turut kau datang dalam situasi yang sama. 2 tahun aku buta, sumpah buta.
Terima kasih tahun ni kau betul betul buka mata buka hati. Selama ni aku buta hati. Buta mata.
Datang bukan untuk apa apa. Datang sekadar kena datang.
Tolong lepas ni jangan datang lagi. Tolong la kesian kan aku. Tolong.
Kalau datang pun, tolong la datang dengan situasi yang boleh buat aku senyum sampai bila bila.


p/s : nothing hurts more than realizing he meant everything to you and you meant nothing to him.

Tuesday, September 13, 2011

lukisan hati

Rasa nak bercerita tapi tak boleh bercakap.
happy tapi tak boleh gelak
sedih tapi tak boleh nangis.
sweet tapi tak boleh nak senyum.
sakit tapi tak boleh nak ngadu.
rindu tapi tapi tak sampai.
sayang tapi BENCI!

SUMPAH RASA MACAM PALAT!


Sunday, September 11, 2011

Kau Berikanlah Petunjuk

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika dia dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu dia akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Ameen.

Kawan Baik

Kadang kadang rasa nak tekad tak nak lepak lagi dengan kawan kawan. Nak nak lepak dengan kawan yang dah kawin. Asal lepak kena taji. Asal lepak jer kena tanya soalan bertalu talu. Asal lepak jer topik utama kawin. Tambah sekarang topik ni semakin menjadi jadi aku rasa.

Meh sini cakap kat kakak siapa yang taknak kawin. Meh sini habaq sikit kat kakak ni siapa yang taknak ada family sendiri, siapa yang taknak baby macam orang lain. Semua orang nak.

Tapi tolong bersabar yer mak abah, tolong bersabar yer kakak2 adik2 abang2 kawan2 semua. Jangan selalu sangat dituju soalan2 yang sebenarnya sebelum tu dah 100 kali tanya. Nanti kakak marah. Tanya lah 150juta kali pun, kalau tuhan kata bukan masa nya lagi, bukan lah.

Kadang kadang pergi tengok kawan2 kahwin, masa salam rasa nak penampar sekali pengantin tu, jeles. Ha kat situ kita nampak yer, bukan saya taknak yer, tapi tu lah tak sampai masa nya lagi. Berapa kali nak cakap?!


Sabar itu kan separuh daripada iman. :)




Selamat Pengantin Baru Nij.
Semoga berkekalan dengan kawan baik hingga akhir hayat. Ameen.



Saturday, September 10, 2011

Sampai bila bila - 150 juta kali

aku sayang kau. Betul, sampai bila bila.

Wednesday, September 7, 2011

Belajar telan benda pahit.

Rasa lain macam. Sakit tekak dan bila orang dengar batuk macam kita buat2 batuk tapi hakikatnya perit gila tekak ni. Kepala berat. Hidung berair2. Pakej.

Badan dah seram sejuk. Kerja lepas cuti raya sampai hari ini asyik stayback jer. Belum sempat bismillah, bos dah bagitau kena stayback. Tak ker benda tu rasa macam palat untuk 1 hari.

Rasanya aku tahun ni boleh dinobatkan pekerja cemerlang gila babi. Tahan maki, tahan sakit semua kena tahan. Dah nak habis 2011, cuti tinggal 14hari lagi. Stok demam gigil2 pun terpaksa pergi kerja. Moga Allah limpah ruahkan rezeki bos aku.

Haisshhh..sampai bila nak merungut jer ni. *sigh*

BENCI!








Sunday, September 4, 2011

2011 yang cacamarba!

Sampai hari raya feel raya tak datang datang. Jangan tanya kenapa sebab aku sendiri tak tau kenapa.
Balik raya pulak semua sepupu sepapat yang sebaya cakap pasal hal rumah dan tangga. Awak lagi lah kan tekanan to the max. Ada gaya tak cakap cam orang selayang. Awak awak ark? :P
Raya. Jumpa sedara mara, soalan stended. Hang bila lagi fidah, asyik sorang jer ni, bila nak berdua bila bertiga. Sebab tu aku lebih selesa dok rumah, bila sedara mara datang buat2 bizi kat dapur.
Pinggan tinggi aku pun sanggup basuh dari aku nak jawap soalan2 yang sama tiap tiap tahun bila raya.
Kenapa nak pelik sangat kan, orang orang suwiitttt macam aku ni, masih single. Benda normal kot. Tengok Ella, rileks jer. Chill r babe, muda lagi kot. Keh keh keh * sedapkan hati sendiri* Chill pundek!
Esok dah isnin. Keje. Malas tahap cipan. Sumpah. Rasa kosong gila. 2011 dah nak habis, 1 ape pun takder. Grrrrr..
Apa2 pun saya sayang kamu tau walau apa pun terjadi. Missing you. :(
Benda takder kena mengena. Kahkahkahkahkahkah.
p/s : dah dok bujang tu behave ok. Kalau tak saya report polis!ini seyes, bukan main2!