Friday, September 14, 2012

Rindu

T_T

SERIUS SEDEH...PERUT LAPAR PUN TAK SESEDEH MACAM NI.....T_T

Saturday, June 30, 2012

Semoga Allah Redha

Bismillahirrahmanirrahim...

Di suatu malam di sebuah restoren tomyam....

aku : aku mengangkat tangan memanggil waiter,tetapi dia macam tak nampak.

kawan : hang pasaipa?

aku : ayaq ni aku rasa depa tak boh gula, tawaq hebiaq!

kawan : cuba belajaq redha. Belajaq redha.

aku : terdiam sambil menghirup air dengan senyuman kelat. *Betui ka menghirup air*

kawan : aku tau apa hang rasa lani, jangan lah frust. Anggap ja ni 1 proses pelajaran dan pengalaman hidup.(Adala benda yg kami borakkan,hgpa xpayah la tau,hahaha). Redha dengan rezeki yang sedikit yg Allah bagi, Allah akan redha dengan rezeki itu dan Dia akan mencukupinya, tambah dia lagi.

Aku jumpa dia malam tu, sebab nak pas tasbih digital dr Mekah yang kawan aku belikan. Dia tanya aku, apa yang selalu aku zikirkan. Dan dia pun start cerita pasal zikir. Dia menceritakan tentang kepoweran zikir2 ini. Dia menceritakan powernya zikir Subhanallah.

Di mana Allah memerintahkan para malaikat untuk mengangkat Arsy, tapi para melaikat merasakan terlalu berat untuk mengangkatnya, lalu Allah menyuruh membaca Subhanallah. Sebaik sahaja para malaikat membaca Subhanallah, Arsy menjadi ringan. Lantas para malaikat menzikirkan Subhanallah untuk selama-lamanya.

Dia menyambung lagi satu cerita pasal Imam Hambali kalau tak silap (alamak macam mana aku leh lupa lak nama imam tu,klu silap nama maap yer n tlg betulkan). Satu malam Imam Hambali pergi ke sebuah masjid, tetapi malangnya ianya dah ditutup lalu dia tertido di pagar, lalu datang seorang pembuat roti mengajaknya ke rumahnya untuk bermalam.

Semasa membuat roti, Imam Hambali terdengar pembuat roti itu berzikir dengan Subhanallah. Imam Hambali terus bertanya.
"apa yang kamu dapat dengan berzikir ni?"
Lalu pembuat roti itu menjawap "semua aku dah dapat, semua Allah dah makbulkan permintaan aku kecuali 1 jer Allah tak makbulkan"
"Apa yang Allah belum makbulkan itu?" tanya Imam Hambali lagi.
"Aku ingin berjumpa dengan Imam Hambali".
Kemudian Imam Hambali berkata "sebenarnya segala apa yang kamu minta, semuanya Allah dah makbulkan, aku lah Imam Hambali yang kamu ingin berjumpa itu". Subhanallah.

Power tak zikir Subhanallah? Satu amalan yang terlalu senang tapi sukar untuk diamalkan. Allahuakbar.

Sambil-sambil kami kusyuk berborak dan mendengar, tiba2 air kawan aku tertumpah. Habis terkena wallet, tasbih, henpon dia semua. Kawan aku meneruskan perbualan kami tanpa berkata apa2 pasal air tumpah tu cumanya tangannya jer yg dok lap air tumpah tu.

Banyak yang aku belajaq dan aku dapat pengajaran malam tu dari kawan aku ni. Sebenarnya dia ni trainer/speaker di company dia sendiri. Golan Al-Fateh (training company). Nak buat training kt company hangpa, boleh la call dia baguih geng2 depa ni habaq hang! *iklan sat* :)

Kawan aku pun ada bercerita kenapa dia menamakan company dia dengan nama Golan Al-Fateh ni. Sesiapa yang selalu membaca sejarah Islam pasti tau apa itu Golan dan siapa itu Al-Fateh. Sungguh aku tak tau apa2 sehinggalah kawan aku cerita baru aku tau.
Cuma yang aku boleh sebut di sini, hebatnya Al-Fateh sebelum dia belum dilahirkan lagi sudah disebutkan tentangnya oleh Rasulullah. Kenapa dia hebat? Sejak dari baligh hingga meninggal dunia, dia tidak pernah meninggalkan solat wajib, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajjud. Hebat kan dia? MasyaAllah. Nak tau lebih sila lah baca kisahnya. :)

Sebelum kami beredar, kawan aku sekali lagi berpesan. Belajar lah redha. Contohnya macam air tumpah tadi, sikit pun dia tak kata apa2 walaupun sekadar 'isk'.
Dia tanya aku lagi, siapa yang izinkan air tu tumpah, siapa yang bagi air tu tumpah? Aku jawap Allah la. Ha, kalau aku kata 'isk' tadi, bermakna aku kata kata sapa? Kalau bawak kereta tiba2 orang lain terlanggar, perkataan pertama bodoh atau mencarut2, bermakna kita kata kat sapa? Jadi kita kena belajar redha dengan apa sekalipun. Jangan marah2, jangan maki2, jangan mencarut2 kerana setiap apa yang jadi dan terjadi semuanya atas izinNya. :)

Kalau marah2, kalau maki2, kalau mencarut2 bermakna kita hamburkan semua itu kepada siapa??Haaaaaaaa....bermakna kita tak redha dengan ketentuanNya. Belajar lah redha walaupun dengan perkara-perkara yang kecik. *rasa terpukul*

Semoga Allah Redha.

Sekadar berkongsi. Jika ada tersalah info kat mana2, sila lah komen atau perbetulkan.












Thursday, June 28, 2012

Hanya Memberi Sisa

Mengapa kita sering habis habisan mengerahkan tenaga, pikiran, waktu, biaya, hati untuk mencari cinta manusia; makhluk tak berdaya, yang tak bisa menguasai hatinya sendiri dan pasti akan tiada.

Tapi kita tidak habis-habisan memburu cinta Allah. Penguasa semesta alam, Yang nyata-nyata sudah Menciptakan, Menghidupkan, Menjamin, Mengurus diri kita setiap saat walau DIA Menyaksikan kita lupa, lalai dan bahkan mengkhianati-Nya

Mengapa kepada DIA hanya memberi sisa ?

Sholat hanya sisa waktu kesibukan
Zikir hanya sisa ngobrol
Menyebut namanya hanya sisa menyebut-nyebut harta / manusia.
Baca alquran hanya sisa baca koran/ sms/bbm, internet

Sedekah hanya sisa belanja/jajan
Memikirkan akhirat sisa memikirkan duniawi
Hati untuk-Nya hanya sisa dari hati yang dipenuhi cinta kepada manusia/ duniawi.

Akankah hanya sisa sisa untuk Rabb yang amat Mengasihimu ? Manaa bukti cintamu ? Hanya sisa-sisa itukah. Bukti cintamu. kepada Penciptamu ?


#KH. Abdullah Gymnastiar#
-Dipetik terus dari status fb beliau.

Kasih SayangMU.....

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi pagi tadi bila dok tengok-tengok gambar fb yang mana nak delete, terjumpa 1 gambar ni. Hati tiba-tiba jadi sayu. Tiba-tiba rasa sebak. Aku rasa sangat2 bersyukur, dengan aku yang dulu tersangat banyak melakukan dosa, tersangat lalai dengan perintahNya, tersangat selalu menzalimi diri sendiri masih dipandang olehNya dengan penuh kasih sayang.

Subhanallah, benarlah. Sesungguhnya keampunan dan rahmat Allah itu lebih besar dan luas dari kemurkaanNya. Mengapa kita masih degil untuk bertaubat. Mengapa kita masih ingin berputus asa.

Bila nak dibandingkan dengan aku yang dulu dan sekarang, aku betul2 rasa bersyukur sebab masih diberi peluang olehNya untuk bertaubat. Aku sendiri tak pasti detik bilakah aku tergerak hati untuk berubah menjadi yang lebih baik, tapi yang aku pasti bila sampai saat itu, aku betul betul memohon kepadaNya semoga dipanjangkan umur untuk bertaubat dan kembali ke jalanNya.

Ingat lagi, masa mula2 nak berubah nak menutup aurat dengan sempurna, bila pergi shopping dengan budak-budak rumah, bilamana aku lebih tertumpu dengan blouse or baju yang labuh2. 'soooo not u fida' kata osmet aku. That time i just smiled. :)

Tidak dapat aku gambarkan dengan perkataan, bilamana aku mengemas dan membuang semua skinny pants dan jeans untuk jadikan alas kaki. Baju yang xberapa nak longgar semua dibuang. Perasaan masa tu hanya Dia yang tahu. Sebak bila memikirkan terlalu banyak dosa yang dilakukan dulu. Aku sedar ini adalah kekuatan dariNya. If nak ikutkan kuatnya aku, sungguh aku tak kuat macam tu. Tak sanggup rasanya nak buang semua fav pants aku tu. Tapi dengan kekuatanNya, Alhamdulillah semua dah jadi alas kaki.

Sungguh aku dah taknak pandang pakaian2 aku yang dulu, yang boleh mengheret aku ke nerakaNya. Nauzubillah. Di saat itu, aku hanya mampu berdoa moga diampunkanNya segala dosa2 aku yang dulu. Astaghfirullah.

Dan dari saat itu aku selalu berdoa, agar aku didekatkan dengan orang-orang yang dekat dengan Allah, agar mereka dapat membimbing aku yang jahil ini ke jalanNya. Dan betul, bila kita mempunyai niat dan bertekad untuk berubah ke arah yang lebih baik, percaya lah Allah akan dekatkan dengan orang-orang yang baik.

Jangan salah paham, bukan orang/kawan2 yang dekat dengan aku selama ni semuanya jahat, bukan! Cuma mungkin masing-masing belum betul2 mengikuti jalan-jalanNya dengan sempurna, termasuklah aku.

Dan aku terlalu bersyukur, Allah temukan aku dengan mereka mereka ini. Mereka yang selalu aku mengajak aku ke kuliah2 agama, mereka yang selalu mendekatkan aku dengan rumah Allah. Mereka yang selalu mengejutkan aku untuk bertahajjud. Allahuakbar. Mereka yang selalu mengingatkan aku tentang mati, mereka ini lah juga bila berjumpa dengan mereka aku akan sentiasa ingat Allah.

Terima kasih Ya Allah dengan rahmatMu ini. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ya Allah dengan kehidupan baru yang Kau berikan kepada hambaMu yang hina ini. Terima kasih Ya Allah.

Ya Allah, andai mereka ini dapat membuat aku terus mencintaiMu, terus mengikuti jalan-jalanMu, andai mereka dapat membuat hatiku sentiasa dekat denganMu, janganlah Kau hilangkan mereka dari hidupku, jangan lah Kau jauhkan mereka dari aku Ya Allah.



Sesungguhnya demi Allah, entry ini bukan lah untuk riak mengatakan pada 1 dunia aku dah betul2 berubah menjadi seorang perempuan yang baik, tidak akan melakukan dosa lagi, bukan! Bukan lah jugak untuk bagitau semua orang aku dah tak macam dulu lagi, bukan!

Ini sekadar berkongsi dan mengingatkan diri sendiri untuk istiqomah, berubah dan terus berubah menjadi yang lebih baik. Aku pun masih mencari-cari petunjukNya, masih bertatih mencari ilmuNya, masih mencari dan mengejar cintaNya . Semoga Allah bagi kekuatan untuk terus mengikut jalan-jalanNya. InsyaAllah.

"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu..Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu..Ampunkan dosaku, terimalah taubatku..Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa2 besar"







Tuesday, May 22, 2012

antara momen yang agak syahdu

Bila dok bujang ni, kadang2 bajet tak kena gaya, awal2 bulan dah 'kering'.  Haaaaa...antara momen paling syahdu saya rasa bila hujung2 macam sekarang ni, dah terpaksa bekfes, lunch n dinner dengan hanya celup roti n air teh kosong.  


Rasa bila roti kosong tu masuk dalam mulut secara serentak rasa nak menangis.  Sebak datang tak pasal pasal.  Tapi bila dipikir2kan balik kat luar sana ntah berapa ramai yang kebuluran takdak makanan langsung.  Makanan terpaksa dicatu.  Kadang kadang tu derang terpaksa makan sisa sisa makanan.  Allah.  Tiba2 rasa macam kena tampar!


Sepatutnya saya ni MESTI bersyukur, ada jugak roti n teh di hujung bulan buat lapik perut.  Berat badan tak pernah pun susut kannn, yang kat luar sana takdak makanan, tinggal tulang jer.  Tskk.   Syahdu yang ni lagi buat nak nangis.  


Sebenarnya momen yang macam ni sangat bagus.  Sangat bagus untuk orang macam saya ni yang kadang kadang selalu terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Dia bagi.  Huhuhu. 


*bila nak kejar dunia, lihat lah orang yang lagi bawah/susah dari kita supaya kita selalu bersyukur dengan nikmatNya, kalau nak kejar akhirat, pandang lah orang yang lagi tinggi ilmu agama nya, supaya kita akan berlumba2 untuk sampai ke tahapnya atau lebih lagi* ~ ustaz kazim elias~






Wednesday, April 25, 2012

Kembara yang mendamaikan part 1

Bismislahirrahmanirrahim...


Dah seminggu lebih pulang dari menunaikan umrah tapi masih terngiyang2 alunan azan di Masjid An Nabawi.  Masih terbayang2 suasana orang berpusu2 ke masjid, masih teringat2 keadaan tenang berada di dalam Masjid Nabawi masjid nabi.


Melihat budaya orang sana berbondong bondong membawa anak beranak termasuk yang masih kecik ke masjid amat mendamaikan hati.  Tak timbul soal anak anak itu mengganggu jemaah masjid.


InsyaAllah anak anak itu akan terbiasa dengan suasana masjid yang tenang malah akan menjadi seorang yang cintakan solat dan sayangkan masjid.  MasyaAllah, pasti bahagia bukan bilamana anak anak yang dikandung itu dulu, kini bersama sama kita menyelami dan mendalami keajaiban dan keindahan masjid nabi ini.  Aku yang tak kahwin lagi ni pun rasa sangat bahagia dan mendamaikan bila melihat suasana itu.  Allahuakbar.


Masih teringat dan akan terpahat di hati keadaan di mana aku dan makcik hasnah beratur menunggu giliran untuk diberi laluan ziarah Raudhah.  Dalam hati masa tu, apa pun jadi walaupun terpaksa tunggu berjam jam untuk ke Raudhah, akan aku tunggu.  Ya selepas berasak2 sambil menolak wheelchair makcik selama 2 jam, akhir nya kami berjaya menghampiri Raudhah.


Allahuakbar... saat itu hanya Allah yang maha mengetahui bagaimana perasaan aku.  Sungguh tak dapat aku nak gambarkan dengan perkataan.  Satu perasaan yang sangat luar biasa.  Macam tak percaya, tempat aku pijak itu, tempat yang pernah dipijak oleh Rasulullah.  Seolah olah aku sedang beratur untuk jumpa dengan baginda.  


Ya Allah terasa dekat dengan Dia dan Rasullullah.  Betapa kerdilnya rasa, betapa malunya dengan  Rasulullah.  Teringat apa yang aku dah buat sebagai pengikutnya to make him proud of me. Terasa diri sangat hina dan lemah. Ilmu in islam.. hmmm....sebesar kuman pun belum ada.  Allah.


 Ya Allah.  Saat tu hanya airmata yang dapat merungkaikan segala perasaan di dalam hati.  Bahagia diselang seli dengan hiba sayu menyesal bila teringat dosa2 lalu. Teringat how i was and what i am now.    Ya Allah ampuni lah dosa dosa aku yang lalu, yang sekarang dan yang akan datang.  Amin!

* Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid An Nabawi.  Selain menjadi lokasi beribadat  kekasih Allah dan para sahabatnya, ia juga merupakan taman syurga.  
" Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman2 syurga, dan mimbarku di atas kolamku". Ia adalah antara tempat yang doa2 akan dimakbulkan, InsyaAllah.

Masjid Quba' ..Masjid pertama dalam islam.  Pahala solat  2 rakaat di masjid ini umpama pahala mengerjakan sekali umrah.

Kawasan bani saqifah yang diwakafkan.  Dipercayai juga ini adalah  antara tempat2 para sahabat  berdiskusi  tentang agama.   Wallahualam.

ziarah sekitar Masjid An Nabawi

Di bawah kubah hijau itu terletak nya Raudhah 'taman syurga'

Mutawif Ust.Khairunasirin sedang menceritakan tentang Raudhah

Paneh bebenor yeob!

Kenangan terindah 

Ustaz halim kecoh cari mak dia. :)

Group mantop bergambar di depan Masjid An Nabawi

Makcik hasnah malu2

Masjid nabi.  Masjid An Nabawi
selesai melontar riyals di Pasar Kurma

Ladang kurma lah.  Macam hentian trolak lah pulak kan.
3 mutawif Mantop yang mantop!

Ustaz Halim baru selesai kebumikan seorang jenazah di Baqei'.  Menurut  ust.semua  happy, xder sorang pun yang menangis.  Ya Allah kebumikan kami di sini jugak.  Amin!

Mael dengan penuh kesyukuran selepas keluar dari Raudhah















Tuesday, March 13, 2012

Pesan Mak

'oghang buat jahat kat kita seribu kali pun, kita mesti balaih dengan baik jugak, kalau kita balaih jahat jugak, apa beza kita dengan depa, apa baiknya kita dari depa, ingat Allah Maha Melihat, Dia yang akan nilai, bukan manusia macam kita ni'.  


Kalau kita balas jahat jugak, apa beza kita dengan depa?apa baiknya kita dari depa?mak tanya lagi.  Pertama kali mak tarbiah dengan serius di depan anak anak perempuannya semasa dia warded tempoh hari.   Selalu mak bagi nasihat biasa2 jer, kami pun kadang kadang dengar biasa2 jer. Tskkk. 


Tapi kali ni, kami 3 beradik terkedu.  Aku tengok kakcik, kakcik tengok kakak, kakak tengok aku. 
(ayat mak diolah sedikit, xkan mak nak cakap bahasa dewan puaka macam ni pulak kan)


Dannn mak sambung lagi, hidup ni selalu kena maafkan orang, biar orang buat jahat macam mana pun kat kita, maafkan derang dan sambil berdoa moga tuhan bagi hidayah kat orang tu untuk berubah.  Tu sebenarnya salah satu rahsia untuk buat hidup kita jadi tenang.  


Dan mak tambah, yang paling penting dalam hidup ni, kita kena banyak banyak bersabar.  Sabar sebenarnya tak ada batas.  Sabar dengan segala ujian yang baik dan ujian yang tak baik.


Mak tanya kakak ' tau tak sapa bagi semua ujian ni kat kita'.  Kakak macam biasa, diam sejuta bahasa.  Aku macam biasa lah tunduk tak tengok mak, takut kena tanya.  hehehe.


Tambah mak lagi, mesti lah dari Allah kan, sebab Dia bagi ujian kat kita supaya kita selalu ingat dia, selalu cari Dia, selalu mengadu kat Dia, selalu mintak pertolongan dari Dia, supaya kita selalu dekat dengan Dia.  Tak kira time senang ka, susah ka mesti selalu ingat Dia.  Jangan time susah ja ingat Dia.


Dan sekarang ni, dah akhir2 zaman banyakkan istighfar, dok kat mana2 pun, istighfar, istighfar. Mintak ampun kat Allah.  Kita nak mati, tak kira masa, tak kira bila bila pun boleh mati.  Mak pun boleh mati sekarang ni, kalau tuhan nak mak mati sekarang ni.  Banyak kali mak ulang benda ni. Huhuhuhu.


Serius kali ni, memang aku dah takleh tahan, terus ke toilet.  Huhuhuhu.  *Teriak*





Friday, March 9, 2012

Selamat Bertunang Kawan

Alhamdulillah.  Selamat satu proses.  Moga moga Allah permudahkan perjalanan untuk melangkah ke satu lagi fasa. SELAMAT MENJADI TUNANGAN ORANG!


                                                             
                                                       saya dah bertunang :P






p/s : serius, tak tau nak tulis apa.  Nanti mau kata idea dah mai, sambung balik pon xpa dakk???hehehe..

Friday, March 2, 2012

On time

Masa zaman sekolah dulu, sudah dilatih supaya sampai ke kelas wajib awal, kalau taknak awal pun kena on time.  Kita ikut. Boleh jer kan ikut tanpa banyak persoalan.  Kecik kecik nak bantah apa sangat lah kan.hehe..

Zaman kolej, masuk kuliah kena awal atau on time, tapi zaman ni aku banyak ikut kepala aku, boleh kira dengan jari berapa kali jer aku datang kuliah on time.  :D

Bila dah bekerja, memang  dah ada dalam offer letter pasal puntuality ni.  Mesti datang kerja on time.  Kalau datang lambat, kena ganti balik berapa minit yang lambat tu, maknanya kena balik lambat la, kalau tak dianggap tidak jujur dalam bekerja.  

Tak pun kalau tak ganti, hujung tahun tengok la berapa bulan bonus kau dapat atau silap2 tak merasa langsung.  Sekali lagi kita ikut peraturan manusia tanpa banyak alasan, sebab takut tak dapat ganjaran di hujung tahun.

Sama la jugak bila berjanji dengan gurlfriend ka boifriend ka kawan kawan ka.  Mesti nak on time kan? Tak pun mesti awal nya lah sampai or tunggu.  Dengan alasan tak suka orang tersayang menunggu lama2 or takut nanti si dia sakit hati atau marah.  Sekali kita akur dengan perjanjian sesama manusia tanpa banyak karenah.

Tapi bila sampai tang penjanjian dengan tuhan? Contohnya solat.  Selalu sangat melengah lengahkan kan?  Selalu tak on time kan? bila zohor tu, nak dekat dekat asar baru kelam kabut nak solat.  Bizi lah katakan, tender nak kena hantar.   Magrib tu bila dah habis cerita melayu baru nak solat.  Sayang, taknak terlepas adegan2 sweet hero dan heroin.  

Astaghfirullah, rapuhnya iman bila dimomokkan dengan keseronokan duniawi semata.  Tskkk... Bila perjanjian dengan sesama manusia, terlalu takut dan malu untuk dimungkiri, takut dipandang busuk oleh cikgu cikgu, bos bos dan kawan kawan.  


Tapi bila meringankan perjanjian dengan Sang Pencipta kita itu sendiri kenapa TIDAK TAKUT  dipandang hina olehNya? Kenapa Norafidah Binti Baharom?? Kenapa??Sedangkan Dia lah yang Maha Besar.  Sedangkan ganjaran Allah lagi besar dari ganjaran cikgu2 dan bos2 kita.  Astaghfirulullahalazim. :(

Dan bila kita meminta sesuatu dari Allah, mesti nak semua doa2 kita dimakbulkan, semua nak doa2 kita cepat dimakbulkan kan? Tapi apa yang kita bagi kat Dia ??Tsskk...(telan ayaq liuq x lepaihh rasa)

How can u expect Allah to remember you when u do not make  Solat a priority!!!! That statement betul betul buat aku tersentap, really impression on me!!Seriously!  Mungkin kita tak tinggalkan solat kecuali (hari ABC ) but we did not pray immediately when it is time.  

Sharing a post by friend from FB :

" Rasululullah S.A.W. pernah menjelaskan bahawa siapa yang ingin mengetahui kedudukan dirinya di sisi Allah maka hendaklah ia memperhatikan bagaimana kedudukan Allah dalam hatinya sendiri.  Sebab sesungguhnya Allah menempatkan hamba sebagaimana hamba itu menempatkan Allah dalam hatinya"





p/s : kita sekarang lebih takutkan tak kahwin or tak kaya sebelum mati daripada takut tak sempat solat atau bertaubat sebelum mati.  Nauzubillah.

Hari ABC : Hari Allah Bagi Cuti ( untuk pompuan jer ok) :)










Tuesday, February 28, 2012

Do not give up, the beginning is always the hardest


Lama gila, tak menulis apa apa kat sini.  Sebenarnya terlalu banyak yang terjadi sepanjang 2012 ni.  Ya memang baru 2 bulan melepasi tahun 2012, tapi tu lah hakikatnya.  Terlalu banyak benda terkejut yang memang buat aku pun terkejut dengan diri sendiri, tapi aku sangat sangat bersyukur dengan benda benda terkejut itu.  :)

Ada pahit, kelat, masam, masin, tawar dan semestinya manis pun ada.  Ini lah kehidupan kan.  Dannn yang paling rasa syahdu sekali, tahun ni lah paling ramai kawan kawan rapat akan melangkah ke 1 lagi fasa kehidupan mereka iaitu perkahwinan.  

Aku?Masa awal awal 2012 memang nak announce kat semua, azam utama ialah nak kahwin, tapi sekarang azam tu dah tak jadi azam utama, tapi ia masih dalam azam list 2012 la.

Mungkin yang ke 9 or ke 10.  Tapi kalau ada siapa2 yang meminang dalam masa terdekat ni, saya ok jer.  Hahahahaha.  

Kahwin bagi aku, bukan lagi perkara yang bila pikir akan jadi sarang yang semak dalam hati.  Dulu, bila pikir kahwin, stress!Mau x stress, umur semakin bertambah, boifren lagi lah, mana nak cekau?hehehe.  Tapi sekarang tidak lagi.  :)

 Dan aku selalu berdoa 'Ya Allah dekatkan aku dengan hati hati yang beriman kepadaMu, dekatkan lah aku dengan hati hati yang menyayangiMu dan kurniakan lah suami yang soleh'....tapi persoalannya sekarang, yang baru aku sedar, cukup beriman kah aku untuk aku dapat lelaki beriman? Sekuat mana sayang aku kepada Dia untuk aku berharap mendapat lelaki yang sangat menyayangiNya?dan solehahkah aku untuk aku meminta suami yang soleh?


"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu Allah akan tanamkan dalam diri kita.  Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku"


"Sukar untuk mencari solehmu, andai solehahku tidak setanding dengan kesolehanmu.  Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari 'lelaki yang baik untuk perempuan yang baik' ~iluvislam~


Aku percaya dengan janji Allah.  Dan sekarang aku tidak lagi menjadi stress bila orang orang keliling yang sangat menyayangi aku bertanya pasal bab yang satu ini.  :) Bab kahwin cukup setakat ini, dah kahwin nanti baru cerita balik.  :P
Azam tahun ni banyak kepada benda benda buruk akan dibuang jauh2 dan akan cuba sedaya upaya menjadi seseorang yang lebih baik, insyaAllah.

~ menutup kepala or menutup aurat ~

Dulu masa zaman pakai tudung (on n off), orang selalu tanya aku bila nak pakai betul2 ni?
Jawapan aku mesti : Nanti lah, x sampai seru lagi n dalam hati mesti cakap "atleast aku pakai jugak tudung,walaupun kejap on kejap off, ada yang tak pakai langsung kot"

Ok saya sangat teruk dan sangat berdosa masa tu. Astaghfirullah.  Bukan nak aibkan diri sendiri tapi just to remind myself. U may slap me laju laju if aku balik semula ke kehidupan yang lepas. Sumpah aku taknak!  Nak berubah sangat senang jer, 1 saat pun manusia boleh berubah tapi nak kekalkan or nak istiqomah itu lah yang sangat susah sebenarnya.  

Tapi jauh di sudut hati ini, ada rasa satu macam bila tengok perempuan perempuan pakai tudung labuh ni,  masyaAllah, sejuk hati bila tengok.

Dari pakai tudung lilit2 nk bagi nampak sangat stylo yang hanya menutup kepala, kepada menutup aurat yang betul2 ikut syariat sebenarnya agak susah bagi orang yang  macam aku ni.  Yang dulu skinny pants dan baju tak berapa nak longgar adalah my fav clothes.

Yela kan xkan aku dah pakai tudung  yang mengikut syariat tapi masih berskinny kan?baju lak bukan ada yang labuh sangat2 pun.  Dulu dalam hati ni selalu cakap, isk nampak tua la, kalau pakai tudung labuh2, pakai baju besar2, pakai seluar longgar2, nanti mesti orang cakap macam ni, mesti orang cakap macam tu. 

Selalu sangat dok buruk sangka kat orang, padahal hati sendiri yang taknak berubah.  Aku  lebih memikirkan pandangan orang sekeliling, sampai aku TERLUPA.

Ya aku seorang hamba yang hina ini TERLUPA sebenarnya, setiap apa yang dilakukan di dunia ini bukan untuk dinilai makhluk bernama manusia, tapi akan dinilai oleh Sang Penciptanya.  Ya, akan dinilai oleh Dia baik buruk walaupun ianya sebesar bijik sawi.
Ya Allah, terlalu banyak dosa hambaMu ini, ampunilah segala dosa2 ku Ya Allah.

Alhamdulillah bila dah ada niat nak berubah tu, aku banyak didedahkan dengan artikel2 pasal menutup aurat bukan sekadar menutup kepala dan macam macam lagi aku baca pasal benda ini, yang dulunya aku ambil ringan jer.  Dan aku juga percaya bila kita ada nak berubah kepada kebaikan tuhan akan dekatkan kita dengan orang baik baik yang boleh membantu kita ke arah kebaikan itu.  

Aku pelan pelan dah start dgn selendang2 yang besar , masih boleh lilit2 tapi tempat2 wajib tutup tu, dah tutup la tapi itu masih  tudung biasa.  Masih terus berdoa mohon hidayahNya dan berusaha untuk memakai tudung yang betul betul dipandang indah dan cantik di mata Allah. InsyaAllah. Amin.

Moga moga dengan tudung ini, hati ini juga terpelihara dari sifat sifat buruk, agar akhlak ini terjaga dan iman ini semakin kuat kepadaNya.  

Moga saya istiqomah,amin!




p/s : sesungguhnya yang baik itu dr Allah, yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.  Maaf jika entry ni ada yang xselesa dengan nya.  Entry ini bukan nak tunjuk saya ni dah alim ke ape, saya pun masih mencari cahaya cahaya dariNya. 


Friday, January 27, 2012

Selamat bertunang kamu!

Alhamdulillah segala doa saya dah dimakbulkan tuhan. Dan saya rasa sangat lega dan sangat gembira, bila tengok orang yang paling saya sayang selepas mak abah saya, bahagia sekarang. Bahagia kamu sebenarnya bahagia saya jugak. SELAMAT BERTUNANG KAMU! Dan saya akan terus berdoa semoga perjalanan kamu dengan dia untuk melangkah ke satu lagi fasa kehidupan akan dipermudahkan. InsyaAllah.

Ok ini pesanan untuk kamu :

1) Jangan lupa kita datang dari mana tau. Nak lupa saya terus xper, tapi jangan sesekali lupa Dia. (peringatan utk saya jugak)

2) Apa2 pun jangan lupa buat solat taubat tau kamu. hehehe. (gelak2 gak, tapi ini serius tau!!)

3) Tolong la berhenti mengambil atau menghisap benda2 haram, x elok untuk kesihatan kamu, bakal isteri n bakal baby2 kamu nanti. Sebagai contoh rokok ker, ganja ker, ais batu ker...ni contoh jer ok! :), kalau x ambik sila abaikan perkara no 3 ini. :P

4) Sebenarnya ada lagi yang nak pesan, tapi tetiba bos call tanya tengah buat apa, terus lupa nak pesan apa tadi kat kamu. Hehehe! Bila ingat saya akan tambah.

5) Apa pun, tak lama lagi dah nak jadi suami orang, kurangkan lah kenakalan anda bila bertemu dengan gurls ok! Cukup2 lah tu yer, dah berjanggut pun, xpayah nak nakal sangat lah!

6) Akhir sekali, jaga kesihatan kamu dan jaga hati bakal isteri dan JANGAN LUPA SOLAT OK. Ingat, kalau relationship kita dengan Allah baik, insyaAllah relationship dengan orang lain pun akan baik jugak. :) (ni pun peringatan untuk diri saya jugak)

7) Eh, tertinggal lak. Saya doakan semoga kamu dan dia akan bahagia sehingga ke Jannah. Amin.



" Jodoh itu rahsia Allah...SEKUAT mana saya sayang kamu.....SEKUAT mana saya setia...SEHEBAT mana kita merancang...SELAMA mana saya menunggu kamu...SEKERAS mana saya bersabar....SEJUJUR & SEIKHLAS mana saya menerima kamu.......JIKA ALLAH tidak menulis jodoh saya bersama kamu...Kita tetap tidak akan bersama.....''


.....Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan hanya akan bertemu pada saat yang TEPAT menurut ilmuNYA......InsyaAllah...Amin....