Saturday, June 30, 2012

Semoga Allah Redha

Bismillahirrahmanirrahim...

Di suatu malam di sebuah restoren tomyam....

aku : aku mengangkat tangan memanggil waiter,tetapi dia macam tak nampak.

kawan : hang pasaipa?

aku : ayaq ni aku rasa depa tak boh gula, tawaq hebiaq!

kawan : cuba belajaq redha. Belajaq redha.

aku : terdiam sambil menghirup air dengan senyuman kelat. *Betui ka menghirup air*

kawan : aku tau apa hang rasa lani, jangan lah frust. Anggap ja ni 1 proses pelajaran dan pengalaman hidup.(Adala benda yg kami borakkan,hgpa xpayah la tau,hahaha). Redha dengan rezeki yang sedikit yg Allah bagi, Allah akan redha dengan rezeki itu dan Dia akan mencukupinya, tambah dia lagi.

Aku jumpa dia malam tu, sebab nak pas tasbih digital dr Mekah yang kawan aku belikan. Dia tanya aku, apa yang selalu aku zikirkan. Dan dia pun start cerita pasal zikir. Dia menceritakan tentang kepoweran zikir2 ini. Dia menceritakan powernya zikir Subhanallah.

Di mana Allah memerintahkan para malaikat untuk mengangkat Arsy, tapi para melaikat merasakan terlalu berat untuk mengangkatnya, lalu Allah menyuruh membaca Subhanallah. Sebaik sahaja para malaikat membaca Subhanallah, Arsy menjadi ringan. Lantas para malaikat menzikirkan Subhanallah untuk selama-lamanya.

Dia menyambung lagi satu cerita pasal Imam Hambali kalau tak silap (alamak macam mana aku leh lupa lak nama imam tu,klu silap nama maap yer n tlg betulkan). Satu malam Imam Hambali pergi ke sebuah masjid, tetapi malangnya ianya dah ditutup lalu dia tertido di pagar, lalu datang seorang pembuat roti mengajaknya ke rumahnya untuk bermalam.

Semasa membuat roti, Imam Hambali terdengar pembuat roti itu berzikir dengan Subhanallah. Imam Hambali terus bertanya.
"apa yang kamu dapat dengan berzikir ni?"
Lalu pembuat roti itu menjawap "semua aku dah dapat, semua Allah dah makbulkan permintaan aku kecuali 1 jer Allah tak makbulkan"
"Apa yang Allah belum makbulkan itu?" tanya Imam Hambali lagi.
"Aku ingin berjumpa dengan Imam Hambali".
Kemudian Imam Hambali berkata "sebenarnya segala apa yang kamu minta, semuanya Allah dah makbulkan, aku lah Imam Hambali yang kamu ingin berjumpa itu". Subhanallah.

Power tak zikir Subhanallah? Satu amalan yang terlalu senang tapi sukar untuk diamalkan. Allahuakbar.

Sambil-sambil kami kusyuk berborak dan mendengar, tiba2 air kawan aku tertumpah. Habis terkena wallet, tasbih, henpon dia semua. Kawan aku meneruskan perbualan kami tanpa berkata apa2 pasal air tumpah tu cumanya tangannya jer yg dok lap air tumpah tu.

Banyak yang aku belajaq dan aku dapat pengajaran malam tu dari kawan aku ni. Sebenarnya dia ni trainer/speaker di company dia sendiri. Golan Al-Fateh (training company). Nak buat training kt company hangpa, boleh la call dia baguih geng2 depa ni habaq hang! *iklan sat* :)

Kawan aku pun ada bercerita kenapa dia menamakan company dia dengan nama Golan Al-Fateh ni. Sesiapa yang selalu membaca sejarah Islam pasti tau apa itu Golan dan siapa itu Al-Fateh. Sungguh aku tak tau apa2 sehinggalah kawan aku cerita baru aku tau.
Cuma yang aku boleh sebut di sini, hebatnya Al-Fateh sebelum dia belum dilahirkan lagi sudah disebutkan tentangnya oleh Rasulullah. Kenapa dia hebat? Sejak dari baligh hingga meninggal dunia, dia tidak pernah meninggalkan solat wajib, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajjud. Hebat kan dia? MasyaAllah. Nak tau lebih sila lah baca kisahnya. :)

Sebelum kami beredar, kawan aku sekali lagi berpesan. Belajar lah redha. Contohnya macam air tumpah tadi, sikit pun dia tak kata apa2 walaupun sekadar 'isk'.
Dia tanya aku lagi, siapa yang izinkan air tu tumpah, siapa yang bagi air tu tumpah? Aku jawap Allah la. Ha, kalau aku kata 'isk' tadi, bermakna aku kata kata sapa? Kalau bawak kereta tiba2 orang lain terlanggar, perkataan pertama bodoh atau mencarut2, bermakna kita kata kat sapa? Jadi kita kena belajar redha dengan apa sekalipun. Jangan marah2, jangan maki2, jangan mencarut2 kerana setiap apa yang jadi dan terjadi semuanya atas izinNya. :)

Kalau marah2, kalau maki2, kalau mencarut2 bermakna kita hamburkan semua itu kepada siapa??Haaaaaaaa....bermakna kita tak redha dengan ketentuanNya. Belajar lah redha walaupun dengan perkara-perkara yang kecik. *rasa terpukul*

Semoga Allah Redha.

Sekadar berkongsi. Jika ada tersalah info kat mana2, sila lah komen atau perbetulkan.












No comments:

Post a Comment