Wednesday, April 25, 2012

Kembara yang mendamaikan part 1

Bismislahirrahmanirrahim...


Dah seminggu lebih pulang dari menunaikan umrah tapi masih terngiyang2 alunan azan di Masjid An Nabawi.  Masih terbayang2 suasana orang berpusu2 ke masjid, masih teringat2 keadaan tenang berada di dalam Masjid Nabawi masjid nabi.


Melihat budaya orang sana berbondong bondong membawa anak beranak termasuk yang masih kecik ke masjid amat mendamaikan hati.  Tak timbul soal anak anak itu mengganggu jemaah masjid.


InsyaAllah anak anak itu akan terbiasa dengan suasana masjid yang tenang malah akan menjadi seorang yang cintakan solat dan sayangkan masjid.  MasyaAllah, pasti bahagia bukan bilamana anak anak yang dikandung itu dulu, kini bersama sama kita menyelami dan mendalami keajaiban dan keindahan masjid nabi ini.  Aku yang tak kahwin lagi ni pun rasa sangat bahagia dan mendamaikan bila melihat suasana itu.  Allahuakbar.


Masih teringat dan akan terpahat di hati keadaan di mana aku dan makcik hasnah beratur menunggu giliran untuk diberi laluan ziarah Raudhah.  Dalam hati masa tu, apa pun jadi walaupun terpaksa tunggu berjam jam untuk ke Raudhah, akan aku tunggu.  Ya selepas berasak2 sambil menolak wheelchair makcik selama 2 jam, akhir nya kami berjaya menghampiri Raudhah.


Allahuakbar... saat itu hanya Allah yang maha mengetahui bagaimana perasaan aku.  Sungguh tak dapat aku nak gambarkan dengan perkataan.  Satu perasaan yang sangat luar biasa.  Macam tak percaya, tempat aku pijak itu, tempat yang pernah dipijak oleh Rasulullah.  Seolah olah aku sedang beratur untuk jumpa dengan baginda.  


Ya Allah terasa dekat dengan Dia dan Rasullullah.  Betapa kerdilnya rasa, betapa malunya dengan  Rasulullah.  Teringat apa yang aku dah buat sebagai pengikutnya to make him proud of me. Terasa diri sangat hina dan lemah. Ilmu in islam.. hmmm....sebesar kuman pun belum ada.  Allah.


 Ya Allah.  Saat tu hanya airmata yang dapat merungkaikan segala perasaan di dalam hati.  Bahagia diselang seli dengan hiba sayu menyesal bila teringat dosa2 lalu. Teringat how i was and what i am now.    Ya Allah ampuni lah dosa dosa aku yang lalu, yang sekarang dan yang akan datang.  Amin!

* Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid An Nabawi.  Selain menjadi lokasi beribadat  kekasih Allah dan para sahabatnya, ia juga merupakan taman syurga.  
" Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman2 syurga, dan mimbarku di atas kolamku". Ia adalah antara tempat yang doa2 akan dimakbulkan, InsyaAllah.

Masjid Quba' ..Masjid pertama dalam islam.  Pahala solat  2 rakaat di masjid ini umpama pahala mengerjakan sekali umrah.

Kawasan bani saqifah yang diwakafkan.  Dipercayai juga ini adalah  antara tempat2 para sahabat  berdiskusi  tentang agama.   Wallahualam.

ziarah sekitar Masjid An Nabawi

Di bawah kubah hijau itu terletak nya Raudhah 'taman syurga'

Mutawif Ust.Khairunasirin sedang menceritakan tentang Raudhah

Paneh bebenor yeob!

Kenangan terindah 

Ustaz halim kecoh cari mak dia. :)

Group mantop bergambar di depan Masjid An Nabawi

Makcik hasnah malu2

Masjid nabi.  Masjid An Nabawi
selesai melontar riyals di Pasar Kurma

Ladang kurma lah.  Macam hentian trolak lah pulak kan.
3 mutawif Mantop yang mantop!

Ustaz Halim baru selesai kebumikan seorang jenazah di Baqei'.  Menurut  ust.semua  happy, xder sorang pun yang menangis.  Ya Allah kebumikan kami di sini jugak.  Amin!

Mael dengan penuh kesyukuran selepas keluar dari Raudhah