Friday, January 8, 2010

~cekodok kentang~

Macam tak percaya dengan diri sendiri hari ni aku bangun seawal 6.30pg, tak tentuarah housemate aku semua, mana tak nye akan ada training session lagu tema 'tak mungkin kerana sayang' setiap kali aku masuk bilik air, ini bermakna selalunya mandi sekejap jer, bila ada training session ia mgkin akan memakan masa almost 30 minit aku menggunakan bilik air, dan secara tidak langsung juga kesan dr nyanyian aku tu, akan menyebabkan 4 orang akan pergi kerja lambat!hahahahahahahaha!

Senang hati ker fida, bangun awal harini??tanye roomate aku. senang hati pejadahnya, sbnrnya aku tak leh tido nyenyak sebab aku lapar, semalam terlupa nak makan gara2 seducing mr perfect, macam celaka.

Sampai jer masjid jamek dengan rakus aku membeli nasi kerabu daging bakar, hati goreng n telur masin untuk sarapan aku pagi ni, puas hati aku.

Sebenarnya aku tulis entry ni, bukan nak citer pasal aku bangun awal pun sebenarnye tapi nak say thankz like thousand of lemon dekat kak narissa sebab buatkan breakfast cekodok kentang hari ni untuk aku, sangat sedap. Akhir kata kepada kak narissa terima lah serangkap pantun dari saya;

pagi-pagi makan ubi,
makan ubi bersama kopi,
sungguh sedap cekodok tadi,
kalau boleh nak hari-hari.


Sekian terima kasih.


* macam merepek meraban jer entry aku nih, ahhhhhh mampus la, peduli ape aku!hehehe!yg penting perut kenyang..:)