Tuesday, February 28, 2012

Do not give up, the beginning is always the hardest


Lama gila, tak menulis apa apa kat sini.  Sebenarnya terlalu banyak yang terjadi sepanjang 2012 ni.  Ya memang baru 2 bulan melepasi tahun 2012, tapi tu lah hakikatnya.  Terlalu banyak benda terkejut yang memang buat aku pun terkejut dengan diri sendiri, tapi aku sangat sangat bersyukur dengan benda benda terkejut itu.  :)

Ada pahit, kelat, masam, masin, tawar dan semestinya manis pun ada.  Ini lah kehidupan kan.  Dannn yang paling rasa syahdu sekali, tahun ni lah paling ramai kawan kawan rapat akan melangkah ke 1 lagi fasa kehidupan mereka iaitu perkahwinan.  

Aku?Masa awal awal 2012 memang nak announce kat semua, azam utama ialah nak kahwin, tapi sekarang azam tu dah tak jadi azam utama, tapi ia masih dalam azam list 2012 la.

Mungkin yang ke 9 or ke 10.  Tapi kalau ada siapa2 yang meminang dalam masa terdekat ni, saya ok jer.  Hahahahaha.  

Kahwin bagi aku, bukan lagi perkara yang bila pikir akan jadi sarang yang semak dalam hati.  Dulu, bila pikir kahwin, stress!Mau x stress, umur semakin bertambah, boifren lagi lah, mana nak cekau?hehehe.  Tapi sekarang tidak lagi.  :)

 Dan aku selalu berdoa 'Ya Allah dekatkan aku dengan hati hati yang beriman kepadaMu, dekatkan lah aku dengan hati hati yang menyayangiMu dan kurniakan lah suami yang soleh'....tapi persoalannya sekarang, yang baru aku sedar, cukup beriman kah aku untuk aku dapat lelaki beriman? Sekuat mana sayang aku kepada Dia untuk aku berharap mendapat lelaki yang sangat menyayangiNya?dan solehahkah aku untuk aku meminta suami yang soleh?


"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu Allah akan tanamkan dalam diri kita.  Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku"


"Sukar untuk mencari solehmu, andai solehahku tidak setanding dengan kesolehanmu.  Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari 'lelaki yang baik untuk perempuan yang baik' ~iluvislam~


Aku percaya dengan janji Allah.  Dan sekarang aku tidak lagi menjadi stress bila orang orang keliling yang sangat menyayangi aku bertanya pasal bab yang satu ini.  :) Bab kahwin cukup setakat ini, dah kahwin nanti baru cerita balik.  :P
Azam tahun ni banyak kepada benda benda buruk akan dibuang jauh2 dan akan cuba sedaya upaya menjadi seseorang yang lebih baik, insyaAllah.

~ menutup kepala or menutup aurat ~

Dulu masa zaman pakai tudung (on n off), orang selalu tanya aku bila nak pakai betul2 ni?
Jawapan aku mesti : Nanti lah, x sampai seru lagi n dalam hati mesti cakap "atleast aku pakai jugak tudung,walaupun kejap on kejap off, ada yang tak pakai langsung kot"

Ok saya sangat teruk dan sangat berdosa masa tu. Astaghfirullah.  Bukan nak aibkan diri sendiri tapi just to remind myself. U may slap me laju laju if aku balik semula ke kehidupan yang lepas. Sumpah aku taknak!  Nak berubah sangat senang jer, 1 saat pun manusia boleh berubah tapi nak kekalkan or nak istiqomah itu lah yang sangat susah sebenarnya.  

Tapi jauh di sudut hati ini, ada rasa satu macam bila tengok perempuan perempuan pakai tudung labuh ni,  masyaAllah, sejuk hati bila tengok.

Dari pakai tudung lilit2 nk bagi nampak sangat stylo yang hanya menutup kepala, kepada menutup aurat yang betul2 ikut syariat sebenarnya agak susah bagi orang yang  macam aku ni.  Yang dulu skinny pants dan baju tak berapa nak longgar adalah my fav clothes.

Yela kan xkan aku dah pakai tudung  yang mengikut syariat tapi masih berskinny kan?baju lak bukan ada yang labuh sangat2 pun.  Dulu dalam hati ni selalu cakap, isk nampak tua la, kalau pakai tudung labuh2, pakai baju besar2, pakai seluar longgar2, nanti mesti orang cakap macam ni, mesti orang cakap macam tu. 

Selalu sangat dok buruk sangka kat orang, padahal hati sendiri yang taknak berubah.  Aku  lebih memikirkan pandangan orang sekeliling, sampai aku TERLUPA.

Ya aku seorang hamba yang hina ini TERLUPA sebenarnya, setiap apa yang dilakukan di dunia ini bukan untuk dinilai makhluk bernama manusia, tapi akan dinilai oleh Sang Penciptanya.  Ya, akan dinilai oleh Dia baik buruk walaupun ianya sebesar bijik sawi.
Ya Allah, terlalu banyak dosa hambaMu ini, ampunilah segala dosa2 ku Ya Allah.

Alhamdulillah bila dah ada niat nak berubah tu, aku banyak didedahkan dengan artikel2 pasal menutup aurat bukan sekadar menutup kepala dan macam macam lagi aku baca pasal benda ini, yang dulunya aku ambil ringan jer.  Dan aku juga percaya bila kita ada nak berubah kepada kebaikan tuhan akan dekatkan kita dengan orang baik baik yang boleh membantu kita ke arah kebaikan itu.  

Aku pelan pelan dah start dgn selendang2 yang besar , masih boleh lilit2 tapi tempat2 wajib tutup tu, dah tutup la tapi itu masih  tudung biasa.  Masih terus berdoa mohon hidayahNya dan berusaha untuk memakai tudung yang betul betul dipandang indah dan cantik di mata Allah. InsyaAllah. Amin.

Moga moga dengan tudung ini, hati ini juga terpelihara dari sifat sifat buruk, agar akhlak ini terjaga dan iman ini semakin kuat kepadaNya.  

Moga saya istiqomah,amin!




p/s : sesungguhnya yang baik itu dr Allah, yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.  Maaf jika entry ni ada yang xselesa dengan nya.  Entry ini bukan nak tunjuk saya ni dah alim ke ape, saya pun masih mencari cahaya cahaya dariNya.