Wednesday, August 18, 2010

Lelaki oh Lelaki

Sumpah, aku tak bohong, 2 3 hari memang emosi agak terganggu dengan berita2 kat tv berita2 kat paper. Macam macam. Kelmarin, husband tetak bini sampai mati, anak terputus dua jari, ni ampun lagi la, sebab laki tu memang gila, tak boleh nak buat apa2 la kan. Berita semalam, disebabkan tak dapat RM30 dari bini, simbah asid kat muka bini dan anak!Apa punya bangsat la dapat husband macam ni???bodo!

Hari ini, husband memijak perut isteri yang sedang mengandung 6 bulan. Menyirap tak korang baca, menyirap kan?yang lagi menyirapnya puncanya hanya kerana si isteri menguatkan volume televisyen. Hantu babi apa ntah yang masuk dalam badan laki tu tak tau lah!Huh!Bodoh punya laki, tu la otak letak kat kepala lutut!!!perangai macam gampang!

Ya Allah, macam sia sia jer aku puase harini, mencarut tak tentuhala. *sigh*

Kepada lelaki2 yang terbaca entry aku yang ni, sori kalau mulut puaka aku ni mengganggu hati lelaki korang. Mintak maap jugak lah, kalau korang terasa aku tak peduli pon sebenarnya. Hahahaha..Dan kepada kepada gadis gadis single yang terbaca entry aku ni, jangan takut nak kawin pulak. Best kawin ni, kawan aku cakap la, cuma yang tak best nya kalau dapat laki yang hobi pijak memijak ni. Memang azab lah!!

Ok2, aku dah lega sikit bile boleh tulis macam ni kat blog. Hehehe. Masa untuk memasak. Wiwiwiwi...masak air jer. :)



Friday, August 6, 2010

Pendedahan Exclusive

Sebenarnye dah lama aku nak dedahkan bende ni, tapi dipikir2kan balik, macam malu gila babi jer nak citer so xjadi nak dedahkan di khalayak ramai. Tapi bile direnung2kan sejenak, aku tekad untuk buat 'pendedahan exclusive' kat sini. Giler gigil tangan nak taip. Babeng betul, tibe tibe rase berdebar pehal???

Gini citer die...ehem2..

Once upon a time, di sebuah kawasan pedalaman yang aman damai tinggal seorang awek yang kiut2 kulit hitam2 manis telah jatuh cinta dengan seorang mamat ni. Mamat ni giler la selekeh, muke penuh jerawat batu besar penumbuk, dah la tak hensem ada lak fly shit di mulut, buruk giler!Damn!

Ape lah punya kayro mate awek tu, mamat macam tu dia boleh gile suke!tapi nak buat cne kan, bile hati dah suke, ape2 pun semua nampak sempurna jer. Hak hak tuihhhs...

Pada mulanye, awek kiut ni merasakan suke die pada mamat tu hanya suke gedik2 jer tapi lama kelamaan die merasakan yang suke die pada mamat sorang ni 'lain macam' sikit. Kalau tengok muke mamat tu jer, ape kata pepatah, hepi taktentuhala, mandi berkali2 , makan pun bertambah2 la punya lah dalam hati ada rama2 masa tu, macam setan kan die punye angau!

'untuk mengetahui apa reaksi mamat tu, kita ikuti pendedahan exclusive bahagian ke2 di minggu hadapan'....sebenarnye aku dah ngantuk, taip ni pon sambil pejam mata ok, so jangan la mencarut2 kat saye bile bace entry ni..tolong la paham saye jugak..ingt senang ke nk jd penulis ni...keh keh keh..



Sunday, August 1, 2010

serius, terlalu marah dengan diri sendiri...

Kadang kadang aku terlalu marah dengan diri sendiri. Rasa bodoh giler pon ader. Nape aku susah sangat nak get over die. Suke sangat kejar sesuatu yang aku sendiri tau aku tak akan dapat. Kadang kadang macam nak putus asa untuk terus mengejar, tapi hati ni sangat degil. Penat, bengang, bosan, benci last2 sedih!!

Macam2 dah tuhan tunjuk depan mata yang dia memang benci aku tak suka aku rimas dengan aku, tapi still buat2 tak nampak buat2 buta hati tak nampak semua tu. Buat2 cakap kat diri sendiri, aku yakin dia pon rasa apa yang aku rasa sekarang!Bodoh nye Norafidah Binti Baharom!

Sumpah sekarang ni terlalu marah dengan diri sendiri. DEGIL punya budak. Pastu masuk dalam bilik nangis kuat2 macam bini mati laki, padahal bukan ada apa2 pon nak dinangiskan. Sajer dok buat kalut, dok buat menggelabah. Bengong!

I'm so tired of being here
Suppressed by all my childish fears
And if you have to leave
I wish that you would just leave
'Cause your presence still lingers here
And it won't leave me alone

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

When you cried I'd wipe away all of your tears
When you'd scream I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have
All of me

You used to captivate me
By your resonating light
Now I'm bound by the life you left behind
Your face it haunts
My once pleasant dreams
Your voice it chased away
All the sanity in me

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me
I've been alone all along



Kosong

Kosong.

Pergi kerja sekarang sekadar melengkapkan rutin harian.

Balik kerja visit bos kat tawakal, sedih. Dah dekat sebulan bos terlantar kat ICU. Masuk hospital mesti emosi berubah, tengok bos lagi la, kesian. Sebak. Pray for her please...

Balik rumah, tengok status fesbuk kawan2, rase nak komen, tapi takder 'jiwa'nk komen. Kosong.

Masuk bilik, tengok syiling, hilang. Tido dengan berbaju kurung adalah sangat normal sekarang ni. Kosong.

Makan sekadar mengalas perut. Takder selera nak makan tapi mulut 24jam mengunyah!damn!ok2 bab makan aku memang tak pernah rasa 'kosong'...

Hari minggu, hang out dengan kawan2 sekadar menghilangkan rasa boring. Gelak gelak pastu balik. Fake!

Weekend cousin bagi kete, malam malam drive tanpa lesen pusing pusing 1 kl nyanyi kuat2 dalam kereta. Lepak kat parking apartment, buka radio, sambung nyanyi kuat2 sorang2 buang sejam dua. Masuk rumah, baring tido. Kosong.

Mengadap lappy, buka segala mak nenek laman sosial, buka utube pakai headset pastu nyanyi. Kosong. Nak jadi ape ntah aku ni, orang jiwa kosong ambik wuduk bace quran, solat dekatkan diri dengan tuhan, ni tak melalak tak tentuhala. Dush!Dush!Ketuk2 kepala sendiri bagi cepat sedar!