Wednesday, March 31, 2010

Serabut naik bot!

Isk, kalau kepala ni boleh cabut dan simpan jap kat mana2, aku rasa aku lah orang selalu cabut pasang kepala aku ni. Serius kepala terasa sangat sangat berat. Serius rasa nak tinggal jap kepala otak ni kat mana2, nak lupakan jap segala macam yang ade kat kepala ni.

I think i love u....

Wahhh lama gila aku x update blog kan, tapi kalau tak update terus pun, takder sape pun yang kisah pun kan. Serius kalau aku teruskan menulis jugak ni, mesti merepek meraban dan mesti entry kali jadi serupa gampang. Dari korang bace blog aku yang ntah ape2, baik korang layan lagu ni korea ni.

Sedutan dari cerita korea Full House, suka giler cerita ni. Suka tengok heroin die, comey giler mcm aku, cuma kulit jer beza sikit. Hahahaha!Hero die pulak hensem suam2 kuku la tapi ego setinggi langit last2..ahhhh korang tengok lah sendiri, malas nk cerite. Hehehe.

Tuesday, March 16, 2010

Lagu kegemaranku ~ the climb ~

Terima kasih kepada Una kerana mentag saya

Tag dari una senget. Aku memang rajin nk bt bendalah ni semua, sbb aku mmg bosan tahap cipan xder keje.

1. Adakah anda rasa HOT???

~isk segan la nak jawap~

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!

~malas nk upload sbb wallpaper pc aku sama jer ngn una~

3. Cerita pasal gambar?

~Skema kan? Desktop office punya kot. hahaha!aku copy paste dari una, hahaha!same plak kan, bt nk pk2 ayat ape nk tulis..copy n paste sudah.~

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

~ oopss, sori body model mcm aku ni, xmakan bende2 mcm ni..hahaha!~

5. Lagu terakhir anda dengar?

~The climb - setiap masa aku dengar lagu ni..sangat2 suka~

6. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?

~ adik (tu name sblom aku dpt adik), skrg family pgil kak pidah, kwn2 kg pgil pidah, kwn2 kl panggil pida or fida. Budak2 opis pgil fidot ( nm ni jer aku xtau mn kak narisa dapat)~

7. Tag lagi 8 org

sori terpaksa letak name yg dah una tag sbb ini jer yang ade kt blog aku.

No. 1 - narissa
No.2 - Oyah
No. 3 - Farah
No.4 - Una ( xpe kan tag balik, sbb aku nak bagi sedikit tarbiah selingan kat awek ni, hahaha)
No.5 - Meet Uncle Kery
No. 6 - untuk no 6, 7 dan 8 masih dalam pertimbangan ( nk berapa ramai langsung???)

8. Siapakah org no.1 kepada anda?

~Dia adalah seorang blogger mcm korang jugak. 1tempat keje ngn aku dan dia pernah menyandang anugerah gelak tanpa henti bagi tahun 2009 untuk company aku, harapan aku moga2 tahun 2010 pun akan menjadi tahun beliau jugak.Hahaha!~

9. Katakan sesuatu mengenai org no.5

~Tiada perkataan yang boleh desribe hamba Allah sorang ni, sbb aku pun xpnh jumpa dia, tapi menurut sumber2 yang boleh dipercayai dia mempunya taik lalat di atas bibir, menurut sumber lagi sebab taik lalat tu juga la, kelongkangan mulut dia tak dapat disangkal lagi. Tapi, ada lg yg aku dgr sebab taik lalat tu juga dia menjadi kegilaan ramai awek2 belasan tahun.Derang selalu cakap 'sweeeeetttttnye abg hery'..kahkahkahkah!


10. No.3 ada hubungan dengan siapa?

~ isk, tak manis la cakap pasal hubungan intim kawan2 ni..hehehe!~

11. Bagaimana pula dengan no.4

~ Ya, saya akui die memang seorang gadis yang agak agak cun la, berkulit putih gebu selain daripada itu dia juga mempunyai sifat terpuji seperti sengal kadang2, gelak sorang2 jarang2, dan suke buat2 comel! (ha tgk tu kan aku dah ckp gelak sorang2)..hebat kan dia, kombinasi yang jarang2 kita jumpa (bak kata Uncle H) utk seorang gadis ; CUN + GEBU + SENGAL2 UBI...hahahaha! sori babe aku gurau jer ptg2 ni, best plak kutuk2 kwn yg kt xleh jumpe ni~

12. Pesanan kepada orang no.6

~ kan dah tulis dlm pertimbangan, lagi nak tnye2~

13. Kata2 cinta untuk orang no.2

~ kakak sayang oyah, kakak sayang sampai bile2..hahahaha!(tolong bace dgn intonasi kak nita occay!)..hahahaha~

14. Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?

~ FILL IN THE BLANK ~

15. Berikan 5 perkara yg anda tau tentang org yg mentag anda

~ sila rujuk soalan no 11 ~

16. Persamaan antara KAMBING dan LEMBU

~Dari segi kekerapan mandi lembu lagi rajin lah kot mandi dr kambing, sbb tu jugak la, aku tak suka makan daging kambing!eh silap ni perbezaan kan, xper aku dah rombak soklan ni balik, aku buat ikut nafsu aku..hahaha!~

17. Perasaan anda wat tag ni?

~Menaip smbil bersin berulang kali, sejuk wey kat opis aku ni dan sesekali tersebut excuse me tanpa disedari. Dulu masa aku tinggal kt korea pun xsejuk mcm ni lah..ni sejuk lain macam la.~

status oh status

aku suka bace status kwn2 kat fesbuk yang kadang buat aku tersenyum, tercuit rasa, tersengeh sinis, ada yang sampai boleh buat aku tergelak2, walaupun hanya 2 3 patah perkataan, tapi ia bagai 1 cerita pendek..

Khir Ariffin : Aduh... Nak marah pun x guna. Tunggu je la, rambutku panjang balik.

Ahril Paradise : sungguh suram suasana ari nie... mcm smua manusia tgh tidow jer kat ini dunia.... hurmmm.... "hatiku sunyiiiiii,mengenangkannnn diriiimu...oh sayanggggg!!!!hahahahhaha!

Matt Fauzy : hujan malam nie & perut berbunyi keroncong

Nuriel Narissa Nisreen to Enchek Zam: ~ amalak..b dah majuk..adeeiii..sat la b..syg tgh wat sumtin kat fb nih ~

Khir Ariffin : Yey! My mum nak dtg umah. Yey! Yey!

Awin Sweetie : T.A.N.G.A.NKU...DAH NAIK LENGUH NIE...BOS KU CEPT LAH MU KUAR G MEETING....XLEH WAT KEJE KALO MU ADE...ADE JER NK PGGL..

Ainul Fikri Mohd Kamil : melainkan anda agung... saya cadangkan anda jangan meletak gambar duit sebagai gambar profile... tqvm...

Thursday, March 11, 2010

pakai la helmet untuk kesihatan kepala

'fida tak keje ker harini, dah pukul 8 lebih ni? tanya nae sambil menjenguk kepala ke dalam bilik aku.

'keje, jawap aku padat sambil berusaha sedaya upaya untuk membuka mata.

ahhhh, lambat lagi!!!Ni gara2 asyik lepak kat nasi lemak ganja kg baru, makan sambil tengok busking. Layan jugak. Dah 2 malam berturut2 aku lepak kat situ. Ni semua punce berat badan taknak turun2!

Dengan sepantas kilat aku mencapai towel terus ke bilik air. Selesai jer mandi, mencapai baju yang agak agak tak kedot teruk sangat, menyarung slack dan mencapai cadegan purple. Mengorek sedikit taik mata depan cermin, tanpa sebarang secalit makeup di muka aku terus keluar dengan semangat yang sangat tinggi untuk mencari sesuap nasi. Ahh poyo!

Owh sebenarnya, entry kali ni bukan nak cerita pasal best layan busking sambil mkn nasi lemak atau baju kerja tak iron atau pergi kerja lambat lagi. Ok sambung balik, aku terus berjalan dengan kelajuan yang agak laju daripada biasa menuju ke lrt.

Dengan berjalan dengan kelajuan luar biasa tu, dari jauh lagi sudah tidak kelihatan satu gerai pun yang menjual nasi lemak dan kuih. Uncle jual roti pun dah tak nampak. Ini bermakna aku dah sangat sangat lewat ke tempat kerja. Haish.

Bila sampai jer 1 tempat, aku terpandang ke arah seorang jejaka yang memakai helmet berdiri dekat dengan motornya dan tidak semena2 mata aku tertuju ke arah tu. Sumpah wei takder niat nak tengok ke arah tu, tapi ntah la nape mata aku tetibe tuju kat situ pulak, adehssss...

bertopi keledar dikepala atas tetapi tidak dibawah, motiff??
Adakah dia terlupa zip seluar atau pun dia memang sengaja membiarkan adik nya menghirup udara segar di pagi hari.
mim aliff cha alif mim, ha alif ra' alif mim!

Monday, March 8, 2010

Sharing is caring

Sebenarnya benda ni aku saje2 buat jer. Aku copy dr blog sorang mamat ni. Gile boring tak tau nak buat ape, ni lah hasilnya. Huhuhu!

7 fakta pasal diri aku.

1) Cun giler. Ok2, aku tipu, aku xcun pun, sweet giler tu ader lah..ngeh ngeh..:P

2) kat kg orang panggil kak pidah, kwn2 kg sek rendah sek men panggil pidah, kawan2 kolej panggil pida, kawan2 kl panggil fida. kawan2 opis panggil fidot (yang ni aku xtau nape dpanggil macam tu), ada gak kawan2 panggil kecik.

3) Jalan cepat, macam tak fida lah kalau jalan slow2.

4) Makan cepat tapi sekarang dah start belajar makan lambat2 sbb semalam dengar halaqah ustaz tu cakap kunyah makanan sekurang2nya kena 30x kunyahan baru telan, cepat hadam cepat kenyang dan boleh control nafsu makan (bagus untuk yang nak kuruskan badan) selain daripada ia jugak sunnah nabi. Patut aku asyik nak makan jer dulu, kunyah 2kali jer terus telan. Patut la berat badan aku naik 4kg dlm sebulan. Isk.

5) Gile2..

6) 'Gile sombong '1st impression bila orang tak kenal aku, sebenarnya aku sangat berhati mulia, hehehe!
7) hitam manis pandang xjemu. :P


7 LAGU KESUKAAN..

1. Stay - Estrella

2. Rela - Inka Cristie

3. Karma -Cokelat

4. Once - Pupus, Dealova

5. Samson - Kenangan Terindah, Tak Bisa Memilikimu

6. Green Day - 21 Guns

7. Miley Cyrus - The Climb - banyak lagi lagu yang aku suka sbnrnya, tapi dia soh letak 7 jer..


7 PERKATAAN AKU SUKA SEBUT..

1. wei..
2. ye ker?
3. hahahaha,bengong!
4. pssstt, buat apa wei?
5. ermmm
6. bende serius ni babe!
7. hidup ni simple jer..ni semua aku selalu sebut bila bercakap di alam maya...

7 PERKARA PALING BERHARGA..

1. diri aku la.
2. mak abah dan family aku la
3. henpon
4. crocs merah aku
5. 3 cincin silver di jari dan 1 gelang kayu koka ditangan
6. blog aku
7. korang la..

7 PERTAMA DALAM IDUP..

1. Dikejar warden sebab skodeng.
2. Dirotan pengetua 6 kali sebab lawan pengawas. Cilakak. Seminggu tak hilang bekas rotan tu wei.
3. 1st time naik cable car last 2 years, pastu nangis sebab terlampau gayat. Cis memalukan.
4. 1st time jatuh basikal masa darjah 6, parut dimuka smpi sekarang. huh!
5. 1st time drive kat kg seekor ayam terbunuh. Kesian, tak sengaja.
6. 1st time duduk apartment yang sangat tinggi tgkt 23. Gila gayat.
7. 1st time n aku rasa last kot, luah perasaan kat lelaki yang aku paling suka selama aku hidup ni. Gila malu babe, hilang kemachoan aku. Isk. Lepas ni xakan aku ulang lagi luah2 perasaan ni.


7 Benda MENAKUTKAN Aku

1) Takut tengok dari tempat tinggi. Gayat
2)Kecewa
3) Anak kucing
4)hantu kot
5) takut bende laju2, contoh solero shot kat genting. Sumpah aku tak akan naik lagi menatang tu. Rasa macam nak terkencing wei. Serius aku takut.
6) Raksasa
7) Mati



kalo korang nak jawap, jawap la..tiada paksaan.
macam malas jer nak tag sape2..

`sharing is caring`

so sharing la wei...

Tuesday, March 2, 2010

Selamat Pengantin Baru Part 1

Jumaat 26 Februari 2010 tepat 3ptg, dengan hanya berbekalkan sekeping kad jemputan klasik keemasan dan sebuah keyakinan yang agak tinggi, kami berempat memulakan perjalanan ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan teman sebilik aku Lyn.

Perjalanan kami agak mencabar minda dan emosi masing-masing. Mana tak nya semua bukan nya pernah pergi Melaka, ni adalah kali pertama kami ke sana. Tapi alhamdulillah perjalanan agak lancar sehingga tol Ayer Keroh.

Setibanya di Ayer Keroh dalam pukul 5 lebih macam tu, kami semua mula tak tentu arah. Lyn memang mempelawa supaya kami semua tidur di rumah nya, tapi atas persetujuan ramai kami menolak baik pelawaan Lyn. Tak nak la nanti berebut2 lak ngn mak ayah Lyn nak tidur dalam bilik derang. Haru biru tu.

Dengan semangat dan darah Tun Teja yang mengalir dalam badan tanpa ada sebesar kuman pun pengetahuan pasal jalan kat melaka kami terus mencari tempat untuk tumpang bermalam.
Time ni lah berguna nya teknologi tanpa sempadan.
D'village Resort, Ayer Keroh. Nampak macam care jer. "Sorry, 25, 26, 27feb 2010 is fully booked'' lebih kurang macam tu la tulisan yang tertera kat laman web resort ni. Dengar gabungan gerak hati kami berempat, kami langsung tak mempedulikan notification tu.

"Hello D'village Resort, boleh saya tahu macam mana nak pegi ke resort tu kalau dari Penjara Agro? aku call reception resort tu. Actually time ni kami dah kelam kabut hilang punca.
''Ok, bla..bla..bla..lepas trafic light adik masuk kanan, nampak replika tapak sirih, kat situ lah resort kami"
Terang akak reception panjang lebar.

Dalam 15 minit jer kami dah sampai di D'village Resort. Gerak hati kami berempat memang tepat dan mantap, masih ada kekosongan chalet. Kami tersenyum lega.
Dalam keaadaan senyum tercuit jugak rasa cuak dihati, sebab malam nanti ada lagi cabaran yang terpaksa kami tempuh. Mencari rumah Lyn di Jasin. Celah mana pulak la Jasin terletak. Haish.

'Takpa2, ada pelan rumah Lyn kat dalam kad jemputan''. kata Nae ringkas untuk sedapkan hati semua.

Rest ala kadar, kami terus bersiap2 pulak ke rumah Lyn untuk Majlis Ijabkabul. Masing masing diingatkan supaya make up suam2 kuku jer supaya tidak akan menimbulkan sebarang kekeliruan dan kekecohan orang ramai dan tok iman untuk mengenalpasti yang mana satu pengantin perempuan.




Lebih kurang pukul 8 malam kami memulakan perjalanan ke rumah lyn untuk menghadiri majlis akad nikah. Esoknya baru majlis persandingan. Selepas mendapat petunjuk arah dari pakcik jaga resort itu untuk ke Jasin.

Nina bersiap drive ala2 bawak F1, Nae selaku co-pilot dengan sebelah tangan memegang menatang kat atas kepala tu sebelah tangan lagi memegang pelan rumah Lyn (kad jemputan) dan kaki standby kat break. Bila Nina laju sikit jer, Nae pun turut membantu menekan break. Makcik2 sangat naik kereta macam nak pergi makan angin petang2 dengan cucu cicik.

Aku dan Adah kat belakang lebih terjurus menikmati keindahan malam yang hanya dikelilingi pokok2 getah di kiri kanan. Sangat mengasyikkan. Asyik waklu, seram ade la. Dengan pengalaman Nae 2 3 tahun menjadi penterjemah pelan rumah dalam kad jemputan, kami berjaya sampai ke Kg Ulu Duyung, Bemban Jasin dengan riangnya. Hebat kan kami.

Paluan kompang mengiringi ketibaan kami. Dah macam menteri buat2 tunjuk muka bila nak bagi derma kat rumah anak yatim lak aku rasa time tu. Tak sampai lagi kat pintu rumah, paluan kompang tidak kedengaran lagi. Owh paluan kompang tu bukan sambut kami sebenarnya, on training rupenya budak budak tu. Cilakak, baru nak cakap orang Jasin 'walawei gempak siot', terus tak jadi. Hehehe.

Sampai jer di rumah Lyn, kami salam dengan 2 3orang makcik kat situ dan terus melulu masuk tanpa dijemput ke bilik Lyn. Tak nak la buat friendly pegi salam ngn semua orang kat situ, risau ada yang makcik terberkenan nak jadikan menantu lak nanti. Tapi kalau ada pun apa salahnya kan dah jodoh, benda dah ditentukan, buat ape nak pening2 lagi yer tak? Hikhikhik.

Sementara menunggu Lyn bersiap2 dan menunggu tok imam datang, macam biasa lah kami telah menggunakan ruang yang dihias cantik sebaik mungkin untuk bergambar. Camera tuju jer kat Nina, dia tersenyum manja. tuju jer kat Adah, tersenyum anggun, tuju jer kat aku mcm biasa lah, tersenyum manis, tuju jer kat Nae tersengeh kelat. Pelik.

*malam tu sempat jugak la aku perform 2 3 lagu untuk orang2 Jasin.

* Lyn berdebar menanti saat disatukan, kami pun merasa debaran itu pehal? :P

Bila tengok balik gambar2 yang di snap, muka Nae masam jer tak bermaya macam kucing mati anak. Kami semua kehairanan kenape Nae berubah laku. Selesai jer majlis akad nikah Lyn, mak Lyn mempelawa kami semua makan.

Nae terus berubah wajah, ada sedikit senyuman di bibirnya. Lapar rupenye. Setelah melahap tak kira orang, kami masuk ke dalam untuk meminta diri untuk pulang. Boley tak perangai tak semenggah, lepas makan terus nak balik. Hehehe. Masa ni muka Nae berseri2 dah, dan mampu memberikan pose2 menarik dan senyuman yang menawan bila camera dituju ke arahnya.

Bila disoal selidik , rupa2nya Nae ada pantang. Menurut Nae, aura seri muka nya tak akan naik bila tak makan atau terlambat ambik dinner, sebab tu lah masa bergambar tadi Nae agak bermuram durja. Al kisahnya. Apa punya pantang tak tau la, macam haram. Hahahaha!

Ni lah kesannya, melanggar 'pantang' , muka terus tak boleh nak senyum..kahkahkah...

* to be continue..

Niat yang murni

Bila ada niat dihati nak masuk keje awal mesti ada jer yang menghalang. Contohnya bangun dah awal, lepak tengok am krew hot fm, pastu tibe2 terlelap (kes selalu sangat terjadi).
Baju dah iron siap2 waktu malam, esok pulak alarm tak berfungsi ( rupe2nye terturn off tanpa sedar). :P


Kadang2 tu siap bukan main awal, gedik2 lak nak breakfast kat rumah, borak punya borak tak sedar dah lambat. Pernah jugak terjadi, bangun dah awal, siap pun dah awal, tren pulak buat hal.

Hari ini sekali lagi, memang aku niat nak masuk kerje awal, sebab semalam dah lambat. Bersiap ala kadar, memakai baju dan selendang yang tak perlu di iron, 7.50am aku dan nae dah tunggu lif.
Agak berangin jugak la, bila tengok hanya 1 lif jer yang berfungsi. Sah lambat lagi.


Aku dan nae masih setia menunggu lif walaupun pada ketika itu, dah 2 kali lif naik tapi kami tak berjaya memboloskan diri, penuh. Setelah berbincang, aku dan nae sepakat untuk turun menggunakan tangga. Pada mula nya, usul yang diutarakan oleh nae ditentang keras oleh aku.
Gila apa nak turun menggunakan tangga. Hampir2 terjadi tadi kes masuk rumah balik, sambung tidur.


Aku dan nae, akur dengan kehendak keadaan. Turun menggunakan tangga. Sesekali aku dan nae mengesat peluh di dahi. Agak mencabar perjalanan ke tempat kerja pagi ni. Ada gak niat nak gelongsor guna besi tangga tu jer, cepat sikit sampai G ye x? ukur2 balik, macam tak ngam jer ngan peha yang aku yang gedabak ni. Tibe2 moral down.

Aku dan nae menuruni tangga tanpa berkata2 lagi, hanya terdengar dengusan2 kecil sahaja dan sesekali agak jelas dan nyaring bunyi dengusan itu. Nasib baik aku dan nae berpegang teguh dengan prinsip usaha tangga kejayaan, takder lif guna tangga, akhirnya kami sampai ke G dengan selamatnya, cuma terjadinya sedikit proses pemecahan lemak2 di seluruh badan dan gigilan di kaki . Penat macam haram.

Korang mesti ingat rumah aku tingkat 5 kan?? Bukan kami turun dari tingkat 5 ok, dari tingkat 23, sekali lagi aku gtau, tingkat 23 ok. Sayang kolestrol aku bazir macam tu jer.

Sekali lagi dan tak tau yang ke berapa kali aku masuk kerja lambat lagi. The moral of the story aku tak mau niat nak pergi kerja awal lagi. Ngeh.. ngeh.. ngeh...

Monday, March 1, 2010

gara gara asam pedas melaka

Orang cakap kalau pegi melaka kalau tak pekena asam pedas kat sana, macam hilang seri muka. Padahal aku pun pandai kot masak assam pedas melaka walaupun aku Kedahan, ok2 aku tipu, aku hanya expert masak megi assam laksa.:P

So berbalik pada tajuk utama, setelah lenguh2 kaki peluh2 ketiak minyak2 muka jalan2 1 Melaka, masing-masing sibuk menghubungi kenalan yang pernah menetap di Melaka atau yang memang asal Melaka untuk bertanyakan lokasi assam pedas yang best. Ada yang cakap kat Bukit Cina, kat Tengkera la, Kota Laksamana la.

Nae asyik cakap ''dap dap, dapnye assam pedas'' yang lain telan air liur membayangkan assam pedas jap lagi, macam setan.

Wahhh best kan giler banyak tempat assam pedas best kat sini, tapi tak tau jalan ke tempat2 tu semua lagi best ok. Huh!
Nak mencari dalam keadaan kepenatan macam ni, digabungkan pulak dengan perut lapar yang menyanyi2 lagu Lady Gagap, keberangkalian untuk menyebut2 benda haram adalah sangat tinggi.

Jadi untuk mengelak benda2 yang lebih menghala ke dosa, kata la dia Nora penyelamat keadaan pada masa tu. Dia terus menghubungi kekasih hati, kate la name die Joe yang memang berasal dari Melaka yang kebetulan memang ada kat Melaka time tu. Dalam otak aku time tu, memang nak call Lyn (kwn kami yang baru kawin tu) tanya die, tapi memandangkan dah malam, bimbang pulak panggilan aku dikatakan penyebab tertangguhnya proses penambahan rakyat Malaysia. Nasib baik aku cepat sedar diri. Alhamdulilah.

Masa ni Nora masih membincangkan sesuatu dengan Joe. Perancangan awal kami, nak cari assam pedas kat area bandar jer, macam dah takder daya nak cari yang jauh2. Macam aku lak yang drive kan, hehehe!Gila lapaq time ni, kalau tak dapat makan memang ada kes putus sahabat ni.

Berlaku sedikit pengtengkaran kecil kecilan ala2 manja antara Joe dan Nora masa ni. Mana tak gaduhnye, kitaorang memang kat bandar melaka masa tu, tapi Joe menyuruh kami semua patah balik ke Ayer Keroh untuk berjumpe dengannya dengan alasan die tak tau lokasi sebenar kami kat bandar tu dan dari Ayer Keroh die akan membawa kami semua ke tempat asam pedas itu.

Bila perut lapar otak pun kadang2 dah malas nak pikir, kami pun terus menuju ke Ayer Keroh. Banyak jugak lah khinzir keluar berlari2 dari mulut kami semua. Dah la penat sesat dalam bandar nak kena patah balik ke Ayer Keroh pulak, agak gampang keadaan dalam kereta pada waktu itu. Masing-masing aku tengok macam dah tak boleh bertoleransi dengan emosi sendiri. Perkataan2 yang keluar time tu agak kasar dan sesekali berbaur lucah pada pandangan aku.

Serius wei, time ni aku pun dah macam nak merusuh 1 Melaka, bende2 berkaitan dengan perut ni jangan dibuat gurau. Tapi alhamdulilah sekali lagi tahap kesabaran aku time tu mengatasi segala2nya. Ecececeh. Sebenarnya aku pun pelik dengan diri sendiri, aku menjadi seorang yang sangat penyabar pada malam itu.

Di saat semua dalam keadaan stress yang maxima, aku lebih terjurus memberi kata kata nasihat persis seorang ibu menasihati anak2 diselitkan sedikit lawak2 bangang. Aku bukan apa, aku taknak bile semua stress mood nak makan nanti terus hilang. Aku jugak taknak disebabkan emosi perut tak terisi. Dalam hati ni biar tuhan jer yang tau apa aku rasa time tu. :)

Berbalik pada cerita asal, bile jumpe jer Joe kat Ayer Keroh, berkeroh2 jugak la aku tengok muka Nora menahan bengang. Nak maki kekasih hati kan, tak maki sakit hati. Hadap jer lah. Joe mengarahkan kami mengikut keretanya dan kereta kawan2 dia dari belakang. Ramai pulak lah kan yang nak kena diikut. Macam fundek.

Stress melantun2 time ni, dengan perut dah menggila lapar. Masuk simpang keluar simpang, belok sana belok sini, dah dekat sejam aku rasa atas jalan, restoran assam pedas tak sampai2 lagi. Kemana Joe& geng nak bawak kami pun tak tau lah. Muka masing masing time tu dah macam jebon mulut pun asyik membabikan jer sape2 yang patut dibabikan.

Pusing punya pusing, last2 sampai kat bandar balik. Boley ker?? Agak-agak korang, time ni keadaan kami semua macam mana, tak payah lah yer aku nak mention kat sini, naik darah jer. Memang gampang.

Lokasi sebenar restoran tu ialah Kota Laksamana. Memang bodo lah kan, kalau kami tak tau nak baca signboard Kota Laksamana dari bandar tadi. Tak ke bangang namanya tu suruh kami ke Ayer Keroh balik sedangkan tempat tu memang akan lalu kat bandar. Aku syak derang semua ni mesti selalu kutuk cikgu dulu, tu yang bangang bertingkat2 tu. Bodo.

"Restoran Assam Pedas Clayport'' akhirnya sampai jugak. Ramai giler orang kat situ. Mesti sedap assam pedas kat sini, sangkaan jujur aku.

Bila nampak jer muke Joe&geng, tibe2 hilang selera makan mulut jer lebih kepada nak men'laser' semua orang. Tapi terus terang cakap memang time tu tahap kesabaran aku memang telah dinodai oleh bisikan2 syaitan yang memaksa aku supaya memaki2 Joe&geng. Nasib lah kan sape suruh jadi bahlol.

Masing2 macam dah tak boleh blah, semua muka macam nak telan abang yang amik order tu.

'teh o ais 1, assam pedas flower horn 1 yer bang' aku memesan makanan sambil memberi senyuman manis kat abang tu.

'ikan tu takder dik'. balas abang tu jujur.

'Owh, ingatkan assam pedas flower horn ade, sebab kawan2 saya cakap restoran ni sangat2 special kat Melaka ni'. Sebenarnya jawapan tu lebih di tala kepada Joe& geng. Bengang sebab ada kawan yang sangat bangang.

Sian abang tu tak pasal2 kena.

Sampai jer assam pedas, masing-masing buat muka. Ya Allah masin gila, berdesing lubang telinga. Masin pekak. Tapi aku rasa orang Melaka makan masin kot, sebab rata2 orang kat restoran ni, macam sangat menikmati assam pedas tu. Cuma kami jer muka ala2 sakit tekak nak telan air pun perit.

Di ketika ini, mulut tidak mampu berkata-kata lagi, apa yang penting perut mesti dipenuhkan sebelum bertolak pulang ke KL. Time ni 1 perkataan jer boleh cakap, SYUKUR la dapat gak makan walaupun banyak fatamorgana durjana yang terpaksa ditempuh sebelum dapat makan.

Pukul 2pagi kami semua selamat sampai KL. Sekian terima kasih.



Sangat tak manis kan awek muke sweet macam ni mencarut2 tak tentu hala. Ngeh.. ngeh.. ngeh..

Tak patut kan dengan kebengongan yang melantun2 pihak2 tertentu meragut segala kejelitaan dan keceriaan kami semua.