Sunday, February 7, 2010

~ Jibam ~

Baru baru ni aku ada pergi satu pameran Ujang. Aku tertarik dengan novel ni. Sebenarnya novel ni dah lama seorang kawan mencadangkan aku membacanya, tapi aku tak pernah tertarik untuk membacanya.

Aku rasa novel dah agak lama keluarannya, seingat aku 6 7 tahun lepas pun dah keluar novel ni. Sekarang dah keluaran ke12 kata kakak yang jaga pameran Ujang tu.

Jibam tajuk novel ni. Aku sebenarnya tak suka membaca, tapi bila aku membaca novel ni, aku sangat suka, setakat dah 3 kali aku ulang membaca novel ni.

Ceritanya agak santai. Menceritakan kisah seorang budak lelaki lingkungan 15tahun yang bodoh2 alang yang selalu menjadi bahan ketawa penduduk kampung. Disebalik kisah budak bodoh2 alang ni, Ujang jugak memaparkan dunia rohani masyarakat melayu.

Adakah kita sekarang benar2 mempercayai dunia 'terselindung' sebenarnya, Ujang juga mempersoalkan sejauh mana kita betul mengerti dan memahami benda2 'terselindung' ni.

Memang bila aku tengok tajuk ni macam agak santai dan kelakar sebenarnya, tapi bila aku membacanya beberapa kali, sebenarnya novel ni betul2 bagi aku merasai 1 pengalaman hidup. Aku sebenarnya tak pandai nak buat sinopsis untuk Jibam ni, yang pasti bagi aku, novel ni sangat best. :)

" Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti"

7 comments:

  1. aku baca cerita ni masa aku darjah 6. sedih laaa~~
    rindu lak nak baca lagi, pinjam leh?? hehe

    ReplyDelete
  2. ye ker?nk pinjam, bley..tp celah mane aku nk kasi novel ni kt ko?umah ko pon aku xtau..hehehe!

    ReplyDelete
  3. nak komen satu lagi leh?
    1) pesal nak masuk blog ko ni ada warning pasal adult content? ko ada letak benda2 lucah ke? hehe..
    2) layout cantik :)

    ReplyDelete
  4. ntah la wei, blog ni aku dah kucar kacir sbnrnya, aku dah pening2 nk setting balik!hahaha!segala kesulitan amatlah dikesali..neway thankz..:P

    ReplyDelete
  5. ~ fidot nih sebok nk tukor template..memilih sgt..blakang tak tentu arah template dia jadiknyer..

    ReplyDelete
  6. jibam? best ke kak? nanti nak try carik la.

    ReplyDelete
  7. farah : best2..try cari, nk pnjam pon bley, harga adik bradik sehari rm100 jer..:P

    ReplyDelete