Tuesday, May 11, 2010

Agak terdedah dengan perkataan gila..

ha..ha..ha..sinchan gelak..
bace mesej
'wey, btper..boring gila ni'
ha..ha..ha..sinchan gelak lagi...
'bz gila ko skrg'
ha..ha..ha..ha..galak bergelak sinchan ni..
'wey, rindu gila kat ko'
ha..ha..ha..ha..gila sinchan ni, gelak jer..
'try dengar lagu ni, cinta gila, ungu'..mcm kena ngn ko jer..
'FUNDEK LA KO,bodo gila!!'..sinchan terus terdiam!~

Monday, May 10, 2010

hard like a stone!!

Kakak dah tersangat kurang menjalankan aktiviti lepak lepak dihujung minggu hingga ke subuh sekarang ni, bukan sebab kakak sudah berubah laku ok, tetapi nafsu kakak sekarang lebih terdorong kepada menjaga kulit dari terdedah kepada alam sekitar yang boleh memberi kesan yang buruk kepada kulit kakak.
Ini bemakna selepas sebulan aktiviti ini berjalan lancar tanpa ada halangan2 palat yang mendatang, kulit kakak akan menjadi putih2 pink gitu, so after this no more blecky ok, just call me pinky..hahahahahahhahahahaha!
Setiap hari minggu jer, aku lebih selesa memencilkan diri di dalam bilik menghabiskan masa di depan lappy,menonton koleksi cerita2 korea..
Bagus jugak aku rasa berperangai macam ni, keluar bilik hanya untuk mandi dan makan sahaja. Jadi kegiatan makan membabi buta di depan tv dapat dikurangkan kerana takut kalau makan depan lappy hilang fokus dan maki tak tentu hala juga berjaya dihentikan serta merta kerana kurangnya berkomunikasi dengan manusia sekeliling.
Setelah 2hari bersengkang mata dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap movie 'My Lovely Kim Sam Soon, aku berjaya mengkatam dengan jayanya cerita ni yang pernah menjadi the best drama in 2005, kalau tak silap la. Memang layak cerita ni dapat award the best movie, memang best.
Akhir sekali, terima lah pantun sekerat kerat dari saya yang dirampas hak cipta dari kim sam soon ;
Live like you're on heaven on earth,
Assume today is the last day,
work like u dont need the money,
sing like nobody's listening,
dance like no one's watching,
and love like you've never been hurt..
Hepy besday...:P

Sunday, May 9, 2010

You Are My Soul

Kepada semua ibu, mak, mama, umi, mami seluruh dunia SELAMAT HARI IBU, especially to my mum, Selamat Hari Ibu mak, love u so much!!muaahhhhhs!!!

Sunday, May 2, 2010

Takder tajuk..

Hohohoho..lame giler tak update blog. 1 sebab kerja baru ni yang menuntut aku tumpukan sepenuh perhatian dan tenaga. Taknak la aku buat hal main main time kerja macam dulu lagi, silap haribulan fail2 naik atas kepala. Bos aku yang baru ni ada ilmu turun menurun, nasib tak baik, buat salah, akan nampak la macam ada benda terbang2 kat dalam pejabat.

Walaupun bos aku ni mempunyai pengalaman berbelas tahun dalam arena baling membaling fail n melontarkan vokal paling kuat, tapi sebenarnya dia sangat lah baik, kadang2 jer die naik sheikh. Time tu, aku lah yang menjadi seorang yang sangat pemalu. (padahal cuak gila)..hahaha!

Sekarang ni memang dah takder masa nak psssttt psssttt kawan kat YM n kat Fb time kerja. Nak update blog lagi lah kan.

Haih!!dah lama sangat tak menulis, gila jem kepala otak aku ni. Kekontangan idea yang melampau lampau.

Jadi kepada kawan kawan yang merindui entry2 sengal dan poyos saya ( ade ker yg rindu,hahaha), macam biase, jangan harap!!Lepas ni saya akan menulis isu2 yang lebih terjurus kepada menyokong gagasan 1Ulugimba!Sejak bila ada 2 xtau la negara saya ni, x abis2 dok 1, 1 muak pankreas saya. Jangan asyik dok 1 sini, 1 sana lupa yang 1 kat atas.

Wednesday, April 21, 2010

RINDU

Alhamdulilah, bos aku dah sihat dan dibenarkan keluar dari Tawakal harini. Aku pun secara rasminya melepaskan jawatan sebagai seorang misi shift malam berkuatkuasa serta merta, hehehe! Wohoaaaaaaaa i miss my bed...miss my bantal pelali yang dah genap 7thn tahun ni , miss kat garfield yg dulu berkulit orange tp sekarang disebabkan perubahan cuaca tak menentu, kulit dah semakin orange kehitaman...rindu kat blog, rindu nk bace entry kawan2, rindu nak komen2 status kat fesbuk, rindu kat semua, rindu..rindu...rindu!!!!

Monday, April 12, 2010

Khas utk Kak Narissa ( Jangan la merajuk)

Jangan la merajuk sayang, i tak pandai nak pujuk la..
Serius i xpernah dapat pendidikan awal kat mane2 institusi pendidikan dalam bab2 majuk dan memujuk ni..
Sorry...

Wednesday, April 7, 2010

Perihal Cupcakes 2

Bila hati semakin dekat, kimia semakin menunjukkan tindak balasnya, Miah dan Jamil mula la bercerita pasal masing2 punya pelamin anganku musnah. Masing masing gusar dengan hati dan perasaan sendiri, takut banana fruit two times, maka Miah dan Jamil mengambil keputusan untuk tidak mengisytiharkan hubungan mereka di khalayak ramai. Nak buat biase2 jer kata mereka, kalau ada jodoh, ada lah tu.

Namun, hubungan mereka dapat dihidu oleh Joyah, dan bilamana rahsia ini sudah diketahui Joyah maka 1 pelusuk Keramat akan mengetahui akan perkara ini. Penangan mulut Joyah. Dengar dengar Joyah akan menggantikan Kak Rockiah Propa untuk Rancangan Serkah musim baru.

Dari saat itu lah, dimana ada Jamil dan Miah, Joyah mesti ada. Joyah sanggup melantik diri sendiri sebagai doktor cinta untuk pasangan kekasih yang satu ni. Miah pun selalu la bercerita apa jua masalah kepada Joyah termasuk hal-hal yang berkaitan dengan gusi dan gigi. Kadang-kadang Miah ni, kesengalannya sukar diduga, selalu jugak dirinya minta disepak sepak.

Ok berbalik kisah cinta rahsia Jamil dan Miah ( sekarang 1 dunia dah tau), perhubungan mereka agak lancar dan terancang dengan ada nya Joyah, tapi tu la ( intonasi tibe2 sayu), tak semua yang kita nak kita akan dapat. Rupe rupenye, tujuan asal Joyah menjadi doktor cinta mempunyai maksud tersirat. Dalam diam Joyah jatuh cinta.

Tak salahkan Joyah la, sebab dah lama sangat dia keseorangan, kesunyian dan kekurangan kasih sayang. Dan disebabkan itulah nafsu songsang Joyah minta dibelai. Celaka, Joyah syok kat Miah sebenarnya. Hubungan Miah dan Joyah kini menjadi semakin renggang akibat Miah tidak tahan dengan aksi aksi songsang Joyah yang kadang kadang terasa mahu terkeluar isi perut bila memandang. Macam setan.

Walaupun Miah masih terkejut dengan nafsu songsang Joyah, tetapi jauh di sudut hati, Miah bertepuk gembira kerana katanya pasarannya meluas sekarang, muka komersial citarasa lelaki dan perempuan Asia. Haram jadah gembira tak tentu hala jugak si Miah ni kadang kadang.

Ketiadaan Joyah di tempat melepak kadang kala tercuit jugak rasa rindu di hati Jamil dan Miah, namun apa boleh buat kan. Jamil dan Miah semakin rancak dan kadangkala merancang juga untuk menamatkan hubungan haram ini kepada halal.

Tinggal tak sampai seminggu jer lagi, hari lahir si Jamil. Bermacam macam agenda diaturkan oleh Miah untuk Jamil. Miah jadi kalut. Dari bab beli hadiah, cupcakes sampai la ke suprise party untuk Jamil. Dan tidak ketinggalan si Temah ( kawan baik kadang2) jugak termasuk dalam kumpulan 'jiwa tak tenang' ketika ini. Habis semua kelam kabut. Dari supplier cupcakes letak la nama Abang Don, husband pembuat cupcakes dan kakak cupcakes dah macam menyesal dapat customer macam Temah (mangsa keaadaan).

Miah punya penangan, nak order cupcakes jer amik masa sampai 2 minggu untuk kompomkan. Nak ade bola la, nak suruh lukis baju la, nak krim kek color lelaki la. Yang rosak otak nak memikir ialah si Temah. Mana lah Temah tau color2 lelaki, kawan lelaki pun takder, tetapi disebabkan semangat setiakawan terlalu tinggi dalam diri Temah sedaya upaya dia cuba membantu Miah untuk menghasilkan yang terbaik untuk hari lahir Jamil tersayang tak lama lagi.

Biar lah dikutuk belakang oleh abang Don oleh kerana permintaan yang macam haram, biarlah disenyum sinis oleh kakak cupcakes, namun Temah tetap menjalankan tugas dengan hati yang ikhlas dan kadang kadang menghantukkan kepala sendiri ke dinding kerana terlalu pasrah dengan sikap Miah yang kelam kabut melantun lantun. Order cupcakes macam order Kek Kawin Warna Pelangi 40 tingkat. Bengong.

Temah niat dalam dalam, harini hari terakhir dia akan berurusan dengan Abang Don pasal cupcakes Miah ni, nak jadi ape pun jadi lah, dia pasrah. Die dah terlalu kusut untuk melayan karenah Miah yang serupa gampang, die dah tak lalu nak memikir apa jenis corak yang nak dilukis kat cupcakes tu. Lantak lah. Esok Temah akan bertolak ke Jay Bee untuk merehatkan pikiran yang dah macam ape sejak 2 3 minggu ni.

Dengan kepalatan dan kekalutan Miah Temah dan kawan2 yang lain menguruskan pasal suprise party untuk Jamil ni, ia sebenarnya terlalu sukar untuk diceritakan kat sini. Bile tengok muka Miah berseri seri muke yang terlalu ghairah untuk menyambut hari lahir Jamil tersayang, semua jenis kegampangan terasa lenyap macam tu jer. Owh sweeeeeeetnye cinta. Sesuci embun pagi cinta Miah kepada Jamil. Yuckksss..hahahaha!

Sedutan, sembang2 manje antara Miah dan Jamil.

Miah : u sayang i tak ?

Jamil : tak.

Miah : kalau i sayang u, u sayang i tak?

Jamil : u kene ikhlas sayang, u tak boleh harap ape2 dari i untuk itu.

Jamil dan Miah sambung menikmati char keow teow.

No.. no..jangan salah sangka, Temah bukan nk promot cupcakes ni, tapi kalau nak order, tanya la Abang Don.