Monday, January 25, 2010

Hantu Durian

Mulut masih mengunyah makanan, tapi nafsu serakah untuk makan durian tak dapat dibendung lagi. Fida jom kita pergi cari durian, tiba2 rasa nak makan durian lak pulak, ajak siti. Dusun sape kita nak pegi curi wei? Sebenarnya aku pun dah lama gila tak makan durian, gila mengidam nak makan sejak berbulan2 yang lalu dapat juga akhirnya. :) :)


Cara cara mengopek durian dengan menggunakan pisau. Celah mana nak amik parang kat umah bujang kan. Mengopek durian juga memerlukan tenaga dalaman yang sangat tinggi dan natijah nya tangan kiri aku semakin sakit dan sengalnya semakin bertambah teruk. Ada sapa2 tau tak tukang urut? Tolong la gtau, tulis blog pun taip guna sebelah tangan jer ni. Huhuhu. Agak2 gambar terakhir tu boleh masuk Gadis Melayu musim ke 3 tak? Gile sopan makan durian. Hahaha!




Dapat makan durian macam dapat hisap candu. Dengan melihat ekspresi muka Nae jer dah boleh dibayangkan betapa sedapnya durian tu. Maap dipinta untuk gambar ke2 bahagian bawah, tu bukan nya apa, terlalu taksub dengan semangat 1malaysia, sampai tersasul keluarkan jari tengah dengan tiba2. Hahahaha!

Sabrina meneruskan pusingan terakhir untuk menghabiskan durian-durian tu semua. Sekian terima kasih.




p/s : Penulisan aku semakin macam gampang dari hari ke hari.

Sunday, January 24, 2010

Bosan saturday n sunday!!


Weekend yang paling bosan!!
TIDO BANGUN MANDI MAKAN TIDO BANGUN MANDI MAKAN TIDO BANGUN MANDI MAKAN TIDO BANGUN MAKAN TIDO BANGUN MANDI MAKAN. Serius tibe2 rase nak buat aksi spiderman dengan kepala ke bawah kat balkoni tgkt 23 ni. Isk...

Thursday, January 21, 2010

Geng Nakal 1998 - Part 1

Tiba2 teringat zaman2 sekolah dulu, zaman asrama dulu. Agak nakal aku time tu. Serius bile teringat time2 tu mesti tergelak sorang2.

Malam Jumaat adalah malam yang ditunggu2 oleh geng aku. Setiap minggu kalau tak balik kampung mesti ada jer activiti2 yang boleh menyebabkan amukan besar besaran semua warden asrama. Malam jumaat kali ni aku & geng merancang satu pesta. Bukan pesta apa pun cuma ktorang time tu teringin sangat nak makan betik segar dari ladang dicicah dengan ala2 kuah rojak.

Petang khamis aku, ainun, pah dan cikma dilantik menjadi leader dalam pesta kali ni. Tanpa membuang masa kami semua membahagi2kan tugas kepada anak buah masing2.

Aku Cikma & Geng - Bahagian Cover Line kat surau. Kami diarah pergi 'tunjuk muka' kat surau sementara yang lain akan menyiapkan apa yang patut kat dorm.

Ainun& geng - Bahagian Curi Buah Betik dan Cili kat kebun sekolah

Pah & Angah - Bahagian Pencicah Buah & Peralatan Memotong ( dia kamcing ngn Bibi anak tokey dewan makan asrama )

Tiba jer waktu magrib, kami semua bertindak mengikut apa yang dirancang, aku cikma pergi ke surau untuk solat magrib dan baca yasin. Bila mana semua putera puteri asrama khusyuk membaca yasin, aku & geng memboloskan diri pulang ke dorm untuk berpesta. Bila sampai jer dorm, bukan main berbunga dihati, tengok ainun dan kawan2 yang lain sibuk memotong 2 baldi buah betik . Giler banyak, curi 1 pokok gamaknya.

Dengan skill mengupas kulit dan memotong buah yang ada pada ainun, dalam beberapa minit lagi boleyla menjamu selera secara besar besaran dalam dorm sementara penghuni2 lain sedang mendengar ceramah di surau.

Sedang asyik kami semua tergelak terkangkang kangkang, seperti terdengar suara yang sangat digeruni di asrama di ketika itu.

Dah takde orang lain ke nak buat jahat kat asrama ni? asyik muka korang jer. Jerkah ketua warden. Entah bila masa pintu dorm terbuka seluas2 nya aku pun xtau. Yang pasti time tu bertempiaran kawan2 menyorokkan diri dengan harapan akan terselamat dari segala hukuman tatatertib . Jangan harap. hahaha! Ada yang masuk dalam loker, nyorok di celah2 baju, nyorok bawah katil, macam Mat Khir (ketua warden) takleh nampak jer kan nyorok bawah katil. Bangang.

Sebenarnya aku pun nak lari jugak, malangnya aku xsempat berbuat apa apa disebabkan laluan aku terhalang dengan baldi2 buah betik. Cilakak.

Hah, anak baharom, hang pun ada jugak? Memang susah kalau warden2 dah start kenal dengan abah aku. Aku hanya mampu memberikan senyuman yang manis kepada semua warden2 yang menyerbu masa tu. Nak tak nak aku lah yang kena paranawei dulu dengan singa2 jadian masa tu.

Dengan melihat gelagat tak tentu hala kawan2 yang cuba menyorokkan diri tadi, aku dan 2 3 orang lagi yang tak berjaya memboloskan diri terpaksa mendengar dulu bahasa puisi2 dari Ustaz Pit yang ku kira masa tu memang ' paling lembut ' yang pernah aku dan kawan2 dengar. Tibe rase sakit perut.

Bila semua geng2 nakal berjaya dikumpulkan, Mat Khir dan Ustaz Pit memulakan tazkirah yang kami tak sempat dengar masa kat surau tadi. Memang agak 'bernas dan bermutu' jugak la sehinggakan tiba2 aku rasa macam nak buat tiger show jer kat tengah2 dom sebab tak sanggup lagi nak dengar ucapan2 takziah yang dilemparkan oleh semua warden.

Yang paling aku tak boleh lupa, sambil2 memberi ucapan, sambil2 tangan Mat Khir membalingkan buah betik kepada kami semua. Macam penjaga zoo memberi makanan kepada harimau2 kelaparan jer aku rasa. Hahahahahaha.

Setelah selesai kami di 'sekolah' didepan semua penghuni asrama, macam biasa Geng Nakal diberikan surat cinta yang dah xtau ke berapa kali untuk tahun 1998. Dan bermula tahun 1998 dan berkuatkuasa serta merta, tahun seterusnya tiada lagi dorm 'honeymoon'. Puteri2 asrama form 4 tidak dibenarkan sama sekali tinggal 1 dorm dengan same form, semua mesti campur junior dan senior. Sori. Hehehe!

"Akum mak, nanti jangan terkejut tau ada lagi 1 surat dari asrama akan sampai kat rumah. Keesokannya aku terus call mak untuk menceritakan kejadian sedey semalam. Hehehehe. Mak macam dah terlalu biasa menerima surat2 renungan bersama dari pihak asrama.







p/s : to be continue kisah Geng Nakal 1998...




Tuesday, January 19, 2010

hate this feeling!


I hate this feeling!go away!go away!go away please...

Monday, January 18, 2010

Aku lah peneman dikala sunyi, aku lah jurukamera untuk aksi2 lucah kawan2..

Kejadian ni semua berlaku kira2 sebulan yang lepas kot. Malas punca segala2 nya.

Bila weekend jer, aku mesti pecah otak ''arghhh weekend ni nak buat ape" mesti soalan2 seumpama ni akan ada dalam otak aku, nak nak bulan ni 3 minggu berturut2 jumaat cuti, lagi lah buat jiwaku tak tenteram.

Wei, jom kuar makan, lapar ar..ajak siti housemate aku, dengan rambut terkena kejutan elektrik.

Nak breakfast ke lunch? tanya aku. Breakfast la, jawap nya dengan penuh keyakinan tanpa ada was was di hati. Breakfast negara mana pukul 3.30ptg siti???? tibe2 rasa macam nak terjunkan siti dari tingkat 23 jer. Tanpa rasa bersalah, siti terus pergi menyucikan diri. Aku dan siti selamat sampai di Restoran Haslam untuk menikmati breakfast, lunch dan minum petang, senang 3 in 1!Lepas jer gelak2, makan2 aku dan siti kembali tak tentu arah, sedar2 jer dah sampai Al-Ikhsan, cilakak.

Shopping lagi minah ni, terpaksa aku jadi perunding imej tak berbayar hari tu. Malam ni kita karaoke ok, aku belanja, ajak siti amik hati, sebab aku dah buat muka jemuan, hehehehe!Yeay, malam ni boleh nyanyi2, orang payung tuh, memang peluang cam ni 4thn sekali belum tentu dapat tau. Fida, malam ni tak jadi la karok, ada date lah..Hampeh,dan dan tu la hang ada date kan siti, balasku hampa. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...apa lagi aku melalak2 kat umah sorang2 dengan mengulangi setiap lagu 40x, lagu feveret aku malam tu ''baby are u down, down,down, downnnnnnnnnnnnnn..downnnnnnnnnnnnnn...


Sabtu lak aku terpaksa ikut kawan2 sekampung pergi PD walaupun hati aku terlalu berat, aku pun tak tau kenapa aku macam berat hati jer, selalu kalau sebut jer laut, mesti terkinja2 macam cipan, Nak tolak rasa dah banyak kali aku tolak ajakan derang untuk berpoyer2. Jom la wei, hang ni pasaipa macam ngelak ja ngn kami lani, pujuk fakrul lagi.

Adehss, ok2 aku ikut. tapi dengan syarat, jangan bawak gf hangpa ok, satgi aku nganga ja, kalau nak bawak jugak, bawak untuk aku sekali..hahahahahaha!amaran keras berbaur lucah. Perangai macam setan sampai mati pun macam setan! Seperti yang dijangka2, kawan2 sekampung aku tuh masing2 membawa awek, cilakak! Fakrul setia pada yang satu, Mose pula dengan awek 'kontrak sebulan'..hehehe!

Macam biasa lah, kalau 5 orang, sorang akan menjadi penonton setia kepada aksi2 manje yang lebih cenderong untuk mintak penyepak dari aku. Topik berbual dalam perjalanan kali ni lebih terjerumus ke topik2 asal usul masing2 di utara semenanjung.

Zila : Fida hang kedah tang mana?

Aku : Perlu ka aku jawap wei?

Zila : Hang mesti dok ulu2 kan fida, sebab tu malu nak cakap kan.

Mose : Aku asal bandar a.star, yang hang dok sibuk tanya orang, hang tang mana zila?

Zila : Poksen! dengan bangga zila menjawap.

Aku, Mose dan fakrul terpinga2. Poksen kat mana wei, dah lama kot aku hidup kat kedah, xpenah dengar pon tempat tu.

Pokok Sena. Sekali lagi zila menjawap dengan bangga!

Poksen kepala hotak hang!hahaha! Tak habis2 berangan, macam haram! Bajet kalau orang dengar, tak akan cakap kedah ar, orang mesti cakap singkatan dari Port Dickson kan. Bangang nye zila. Hahahahahaha!

Habis jer borak2 kasar dengan kawan2 sekampung, perlawanan kutuk mengutuk sape paling hebat, sampai la kami di tempat yang dituju dengan diiringi hujan yang agak lebat. Ni lah hasil usaha aku menjadi jurukamera tak bertauliah untuk kawan2 aku ni.

Ni lah zila yang berasal dari poksen tu. Hahaha!


Ni mose n bulan. Mose ni name sebenarnya Badrul Amin, akan terjadi kes amuk kalau panggil die nama badrul or amin. Name Mose nampak ckit macam orang KL kan?..berangan tak habis2!

Ni lah orang KL selalu cakap pa wau ya wau sin!Bajet hensem r bley pose macam ni..hahaha!

Badrul Amin tengah menggoreng ayam. Thankz zila, sedap ayam ni. :)

Nak pegi kat tempat lain, laut kat situ banyak batu2.
Mose paling suke pic ni, romantik sangat katenye. Tulis name2 atas pasir. Tibe2 aku rasa nak pitam mase tu.


sampai sekarang aku fobia nek bendalah ni.



P/s : thankz kawan2 coz sudi ajak aku jadi jurukamera korang haritu. Sori lambat tulis citer korang dlm blog ni. Pic lain nt aku upload kt fb.

Friday, January 15, 2010

sebab musabab

Kalau dikira2 dengan jari tidak termasuk harini aku berjaya tidak mengambil lunch selama 4 hari berturut2, ini adalah disebabkan ada mulut mulut longkang yang irihati dengan my tummy yang dah agak ke depan. Ada juga sesetengah pihak beranggapan itu adalah 'simbol kekayaan' bagi aku.

Apa2 pun anggapan orang terhadap 'simbol kekayaan' aku tu, aku nekad, aku dah tak berdaya lagi untuk berlapar dalam kedinginan tahap cipan kat office ni yang selalu menggigit2 tulang membuatkan perut aku lapar sentiasa. Berbekalkan hati yang gembira dengan keputusan yang dibuat, aku terus menuju ke food court untuk membeli makanan.

Chicken sandwich with blackpepper sos 1 dik, tapau!

Memandangkan tidak lama lagi aku akan ditugaskan bekerja ke luar negara, aku tepaksa belajar melupakan seketika makanan rutin nasi campur sambal belacan. Mulai sekarang juga aku terpaksa makan makanan western seperti chicken golden bleu, double chees, coney dog, hot dog, forrego spageti, salvator faregamo ni semua untuk membiasakan lidah aku menyebut dan menelan semua fatamorgana faregamo alfonso ni bila kat sana kelak.


Ni lah rupanya chicken sandwich, walaupun luaran tampak buruk, tapi sedapnya terasa sehingga menjilat buku lali sendiri, pendek kata memang akan terpahat di hati muka adik jual western food ni. Ngeh..ngeh..ngeh..


sambil menikmati chicken sandwich aku juga terpaksa membaca magazine baboon kat sebelah tu, ni pun salah 1 aktiviti aku selepas ni, terpaksa belajar mendalami selok belok kehidupan baboon dan budaya derang. Gile mencabar tugas aku lepas ni.


Untuk menaik kan lagi selera makan aku, aku terpaksa meletakkan gambar baboon tu kat sebelah PC aku. Kaedah ini jugak agak berkesan untuk mewujudkan 'kimia' antara aku dan golongan2 baboon ni semua bila aku terpaksa bekerja dengan derang nanti. Ya, memang macam ada 'kimia' bila tengok gambar baboon tu, 'kimia' yang hilangkan terus selera makan aku.





p/s : ader ker makanan2 ni semua kat Zimbabwe nanti?


Tuesday, January 12, 2010

Perkenalan Pertama dengan BFF

Sebenarnya sudah lama aku ingin menulis pasal kawan aku sorang ni. Aku kenal dia agak lama la, kadang kadang hati mula jemu, ada jugak niat nak putuskan jer perhubungan yang terjalin hampir2 6 tahun ni, tapi bila di ingat2kan balik dengan cacian dan makian yang seringkali dilemparkan kepada aku, tibe2 hati jadi sayang pulak nak putuskan semua ni. Tak salah kan kumpul pahala kering macam ni.

Ok, berbalik pada tajuk utama, aku kenal dia masa aku datang berhijrah ke KL 6 tahun lepas, masa zaman aku pakai seluar kaki kecik kat bawah dan t-shirt bundle lusuh, macam gampang. Sebenarnya dia ni diperkenalkan oleh cousin aku, maknanya jugak perhubungan ni pada mulanya bukan lah diatas dasar suka sama suka ataupun atas dasar cinta pandang pertama.

Untuk pengetahuan semua, di zaman gelap aku dulu, aku hanya lah seorang gadis comel yang sangat pemalu dan akan menangis bila mami memaksa aku untuk keluar bergaul dengan kawan2 cousin aku. Ajaran apa ntah yang diajar boleh pakse2 aku lak cari kawan, kalau tak ikut mesti kena bamboo ngan mami. Serius aku sangat tak selesa dengan suasana di KL pada masa tu. Giler memberontak aku time tu, macam nak balik kampung jer.

Nak tak nak aku terpaksa berkawan dengan kawan2 cousin aku ni dan salah seorang kawan die ialah BFF aku ni lah. Perjumpaan pertama dengan kawan aku ni di kedai Mamak 23 jam berhampiran selayang mall, masa tu aku gila malu, nak gelak pun buka mulut kecik2 jer, biasa lah aku kan budak kampung, kang gelak kuat2 cakap aku kejutan budaya lak. Macam biasa lah, mula2 kenal, tanye2 name, tinggal kat mane, keje ape semua tu buat2, semua tu berlakon, sebenarnya derang dah tau kot serba sedikit pasal aku sebab awal2 lagi aku dah bagi resume aku sorang satu, macam setan.

Dalam kekalutan malam, dengan hati aku yang tak tenang masa tu dok dengar diorang borak pasal disko2, pasal rokok2, pasal lumbe kete, pasal macam2 lagi, tibe2 kawan aku buat lawak mempertaruhkan bakatnye dengan bercakap dalam nada Usop Sontorian, macam setan muke cun, buat lawak macam celaka. Maka dari detik itu lah aku mula menjadi mesra dan intim dengan kawan aku ni. Hahahaha.



Ni lah kawan yang aku gembar gemburkan kat atas. Aku terpaksa meletakkan gambar yang macam ni sebab aku terlalu sedih dan tak sampai hati nak letak full pic atas sebab2 yang sampai sekarang tak dapat dikenalpasti punca kenapa dulu semua baju saiz S sekarang die kena beli baju saiz XL. I really feel sorry for u JULIA, anyway u are still my BEST FUCKER FOREVER Julia walaupun ape2 pun saiz kau sekarang. Kah..Kah..Kah..Kah..Kah..