Friday, January 15, 2010

sebab musabab

Kalau dikira2 dengan jari tidak termasuk harini aku berjaya tidak mengambil lunch selama 4 hari berturut2, ini adalah disebabkan ada mulut mulut longkang yang irihati dengan my tummy yang dah agak ke depan. Ada juga sesetengah pihak beranggapan itu adalah 'simbol kekayaan' bagi aku.

Apa2 pun anggapan orang terhadap 'simbol kekayaan' aku tu, aku nekad, aku dah tak berdaya lagi untuk berlapar dalam kedinginan tahap cipan kat office ni yang selalu menggigit2 tulang membuatkan perut aku lapar sentiasa. Berbekalkan hati yang gembira dengan keputusan yang dibuat, aku terus menuju ke food court untuk membeli makanan.

Chicken sandwich with blackpepper sos 1 dik, tapau!

Memandangkan tidak lama lagi aku akan ditugaskan bekerja ke luar negara, aku tepaksa belajar melupakan seketika makanan rutin nasi campur sambal belacan. Mulai sekarang juga aku terpaksa makan makanan western seperti chicken golden bleu, double chees, coney dog, hot dog, forrego spageti, salvator faregamo ni semua untuk membiasakan lidah aku menyebut dan menelan semua fatamorgana faregamo alfonso ni bila kat sana kelak.


Ni lah rupanya chicken sandwich, walaupun luaran tampak buruk, tapi sedapnya terasa sehingga menjilat buku lali sendiri, pendek kata memang akan terpahat di hati muka adik jual western food ni. Ngeh..ngeh..ngeh..


sambil menikmati chicken sandwich aku juga terpaksa membaca magazine baboon kat sebelah tu, ni pun salah 1 aktiviti aku selepas ni, terpaksa belajar mendalami selok belok kehidupan baboon dan budaya derang. Gile mencabar tugas aku lepas ni.


Untuk menaik kan lagi selera makan aku, aku terpaksa meletakkan gambar baboon tu kat sebelah PC aku. Kaedah ini jugak agak berkesan untuk mewujudkan 'kimia' antara aku dan golongan2 baboon ni semua bila aku terpaksa bekerja dengan derang nanti. Ya, memang macam ada 'kimia' bila tengok gambar baboon tu, 'kimia' yang hilangkan terus selera makan aku.





p/s : ader ker makanan2 ni semua kat Zimbabwe nanti?


Tuesday, January 12, 2010

Perkenalan Pertama dengan BFF

Sebenarnya sudah lama aku ingin menulis pasal kawan aku sorang ni. Aku kenal dia agak lama la, kadang kadang hati mula jemu, ada jugak niat nak putuskan jer perhubungan yang terjalin hampir2 6 tahun ni, tapi bila di ingat2kan balik dengan cacian dan makian yang seringkali dilemparkan kepada aku, tibe2 hati jadi sayang pulak nak putuskan semua ni. Tak salah kan kumpul pahala kering macam ni.

Ok, berbalik pada tajuk utama, aku kenal dia masa aku datang berhijrah ke KL 6 tahun lepas, masa zaman aku pakai seluar kaki kecik kat bawah dan t-shirt bundle lusuh, macam gampang. Sebenarnya dia ni diperkenalkan oleh cousin aku, maknanya jugak perhubungan ni pada mulanya bukan lah diatas dasar suka sama suka ataupun atas dasar cinta pandang pertama.

Untuk pengetahuan semua, di zaman gelap aku dulu, aku hanya lah seorang gadis comel yang sangat pemalu dan akan menangis bila mami memaksa aku untuk keluar bergaul dengan kawan2 cousin aku. Ajaran apa ntah yang diajar boleh pakse2 aku lak cari kawan, kalau tak ikut mesti kena bamboo ngan mami. Serius aku sangat tak selesa dengan suasana di KL pada masa tu. Giler memberontak aku time tu, macam nak balik kampung jer.

Nak tak nak aku terpaksa berkawan dengan kawan2 cousin aku ni dan salah seorang kawan die ialah BFF aku ni lah. Perjumpaan pertama dengan kawan aku ni di kedai Mamak 23 jam berhampiran selayang mall, masa tu aku gila malu, nak gelak pun buka mulut kecik2 jer, biasa lah aku kan budak kampung, kang gelak kuat2 cakap aku kejutan budaya lak. Macam biasa lah, mula2 kenal, tanye2 name, tinggal kat mane, keje ape semua tu buat2, semua tu berlakon, sebenarnya derang dah tau kot serba sedikit pasal aku sebab awal2 lagi aku dah bagi resume aku sorang satu, macam setan.

Dalam kekalutan malam, dengan hati aku yang tak tenang masa tu dok dengar diorang borak pasal disko2, pasal rokok2, pasal lumbe kete, pasal macam2 lagi, tibe2 kawan aku buat lawak mempertaruhkan bakatnye dengan bercakap dalam nada Usop Sontorian, macam setan muke cun, buat lawak macam celaka. Maka dari detik itu lah aku mula menjadi mesra dan intim dengan kawan aku ni. Hahahaha.



Ni lah kawan yang aku gembar gemburkan kat atas. Aku terpaksa meletakkan gambar yang macam ni sebab aku terlalu sedih dan tak sampai hati nak letak full pic atas sebab2 yang sampai sekarang tak dapat dikenalpasti punca kenapa dulu semua baju saiz S sekarang die kena beli baju saiz XL. I really feel sorry for u JULIA, anyway u are still my BEST FUCKER FOREVER Julia walaupun ape2 pun saiz kau sekarang. Kah..Kah..Kah..Kah..Kah..



Monday, January 11, 2010

Promosi Ikhas dari hati nurani

Buat pertama kali nya saya dengan keikhlasan yang sangat mendalam, ingin mengeksploitasikan blog saya sendiri bagi memberi laluan kepada seorang kawan saya cum housemate saya untuk mempromosikan perniagaan nye di sini.

Naela telah memulakan perniagaan nyer ni secara kecil-kecilan sejak setahun yang lepas, tapi sejak kebelakangan ini dia merasakan bakat nya dalam jahitan manik semakin menyerlah dan semakin mendapat sambutan ramai.

Jadi sebagai langkah pertama untuk meluaskan empayar jahitan manik manik nye, Nae telah melantik saya sebagai Kuliketif Pemasaran yang katanya tak akan dapat gaji sehingga perniagaan nya terkenal di peringkat antarabangsa. Dengan 1 ungkapan "bermulanya aku di sini" maka dengan rasmi nya Naela ingin memperagakan jahitan manik manik yang telah berjaya disiapkan dalam masa beberapa jam jer, hebat kan kawan saya ni.




Gambar di atas adalah antara jahitan manik yang berjaya disiapkan tanpa ada sebarang rusuhan di malam hari atau pun dengan erti kata lain tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Alhamdulillah, berkat rezeki Naela.


Di kesempatan ini juga saya selaku Kulikutif Pemasaran cum pembakar semangat Naela, dalam keadaan suci dalam debu saya ingin memperkenalkan bakal usahawan wanita yang bakal merubah nasib semua penghuni Apartment Melur tidak lama lagi, Insyaallah.

Naelah nama panjangku,
Nae pula panggilan manjaku,
Utara Korea tanah tumpah darahku,
Berjaya menjadi penduduk tetap di malaysia beberapa tahun yang lalu,
Manik-manik cinta lagu kegemaranku,
Manik-manik juga menjadi makanan kegemaranku,
Sepah-sepahkan manik di atas carpet jugak salah satu kegemaranku,
Akhir kata 'segala-galanya bermula dengan manik adalah moto hidupku...




Dipaksa letak gambar ni sebabnye die cakap nampak kurus. Aah la Nae, u nampak kurus, tapi kurus kat tangan jer.. Hahahahahahaha!




Nota ringkas : Kepada sesiapa ingin menempah jahitan manik boleh lah menghubungi saya sendiri atau boleh terus slowtalk dengan Naela . Harga tempahan amatlah berpatutan tapi memandangkan gula dah naik 20 sen kemungkinan besar Naela pun akan menaikkan sedikit harga tempahan manik, ala sikit jer kot kalau naik pun buat duit minum air aku jer. Kah..kah..kah...kah...kah..




Friday, January 8, 2010

~cekodok kentang~

Macam tak percaya dengan diri sendiri hari ni aku bangun seawal 6.30pg, tak tentuarah housemate aku semua, mana tak nye akan ada training session lagu tema 'tak mungkin kerana sayang' setiap kali aku masuk bilik air, ini bermakna selalunya mandi sekejap jer, bila ada training session ia mgkin akan memakan masa almost 30 minit aku menggunakan bilik air, dan secara tidak langsung juga kesan dr nyanyian aku tu, akan menyebabkan 4 orang akan pergi kerja lambat!hahahahahahahaha!

Senang hati ker fida, bangun awal harini??tanye roomate aku. senang hati pejadahnya, sbnrnya aku tak leh tido nyenyak sebab aku lapar, semalam terlupa nak makan gara2 seducing mr perfect, macam celaka.

Sampai jer masjid jamek dengan rakus aku membeli nasi kerabu daging bakar, hati goreng n telur masin untuk sarapan aku pagi ni, puas hati aku.

Sebenarnya aku tulis entry ni, bukan nak citer pasal aku bangun awal pun sebenarnye tapi nak say thankz like thousand of lemon dekat kak narissa sebab buatkan breakfast cekodok kentang hari ni untuk aku, sangat sedap. Akhir kata kepada kak narissa terima lah serangkap pantun dari saya;

pagi-pagi makan ubi,
makan ubi bersama kopi,
sungguh sedap cekodok tadi,
kalau boleh nak hari-hari.


Sekian terima kasih.


* macam merepek meraban jer entry aku nih, ahhhhhh mampus la, peduli ape aku!hehehe!yg penting perut kenyang..:)

Thursday, January 7, 2010

~~ sweetnye cinta~~

Sweetnye cinta..aku rasa itu jer yang aku bley cakap pasal cinta bt masa sekarang. Tibe2 aku terasa mcm ketiak aku digeletek2 jer bile aku cakap mcm ni..hahahaha!tp sebenarnye aku rase for the first and last aku cakap mcm ni.. sweetnye cinta...nak tau nape aku rase mcm digeletek2, rase mcm geli gelaman sebab selama aku hidup 19tahun ni, aku lah yang selalu cakap 'ahhhhhhh, aku tak pernah percaya pada cinta sesama manusia ni!!!semua tu ngarut jer''....tapi sekarang bile aku cakap jer sweetnye cinta, ada gak kawan2 aku cepat cepat buat solat taubat , macam setan.

Sweet kan cinta, bila ada cinta kat hati tu rase nak senyum sorang2 rase nak jeles2 rase nak manje2 rase nk majuk2 rase nk nangis2 rase nak ngamuk2 rasa nak baling2 kerusi, rasa nak terjun bangunan rase nk menjerit2 ala2 tarzan, sweet kan cinta macam2 rase ada :) .

Aku pun selalu dengar orang cakap bila ada CINTA, rasa mcm dalam hati ada taman, taman celah mane??kalau ade taman lagi serabut wei. Kesimpulan nye, sweet kan cinta tu..ngeh..ngeh..ngeh..
Jadi, andaikata cinta terputus ditengah jalan, cinta tak berbalas ker, cinta didusta ker, lepas meraung sepuas2 selama 1 hari 1 malam, esok tu pastikan senyum seindah suria, happy balik macam biasa.

Sebab dengan CINTA itu lah hidup kita pernah rase terlalu bahagia dan gembira kan, jadi bersyukur dan terima kasih lah kat tuhan sebab Die dah kurnikan cinta untuk kita nikmati walaupun untuk seminit jer. So ....

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita....



* tibe2 rasa mcm darah keturunan Tun Teja mengalir dalam badan aku..kah kah kah...


Tuesday, January 5, 2010

taknak keje kat sana, serius aku taknak!!!!

Aku : Akum mak, bt per tu?

Mak : baru lepas masak.

Aku : Owh, mak sihat ka?

Mak : Alhamdulillah. Ha, kak pida abah dah hantar resume k.pida kt Che Mat, nanti dia panggil interview. Che Mat cakap ada kosong kat tempat dia. Lagipun abah memang nak anak2 semua kerja kt kedah, senang nak balik umah, sambung mak lagi.

Aku : Hah? ala mak, takmau la keja kt kedah, lagipun malas la mintak tolong orang ni, tak syok la nanti.

Mak : takyah ngada2, kalau dapat balik jer kerja kat sini!

Aku : kalau macam tu mak doa la bagi tak dapat, k.pida taknak la keja kt kedah..huhuhu!rengek aku lagi.

Mak : Dapat balik! ringkas dan padat jawapan mak. Ada apa2 lagi tak? wahhhh mak dah agak sombong sekarang, dah pandai tanya soalan2 berbaur ugutan macam tu..:( niat tadi nak tanya ada orang masuk meminang tak? 'ko jgn buat hal fida, kang xpasal2 ade terkeluar air liur kat tepon tu' ade satu suara bisik2 kat telinga aku, terus aku matikan niat tuh.

Aku : Ar..ar..takdak apa lah, saja call tadi, rindu mak. hehehe. Ok la mak, nanti k.pida call lagi,bye.

Mak : Waalaikumussalam. ( sindiran paling lembut dari mak, adehhhsss)


Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Letak jer telefon, terus ada slideshow dok tunjuk keadaan aku bila kerja kat kedah. Balik kerje, makan, lepak kat rumah tengok TV. Arghhhhhhhh tidak! Aku taknak mati dalam keboringan!

Bile kerja kat kedah takder lagi la activiti lepak minum ngn kawan2 lepas kerje, celah mana nak lepak, kol 8 malam dah sunyi sepi. Dah tak akan ada lagi activiti tengok wayang, berenang2, berkaraoke, tak akan ada lagi dating2 dengan teman2 lelaki, semua takder!!!!

Rasanya kali ni aku tak akan berjaya lagi untuk buat kepala batu aku. Aku jugak dapat rasakan yang kali ini aku tak mampu lagi untuk membantah.



Monday, January 4, 2010

~Lari~

Entah kenapa akhir-akhir ni hati aku sangat2 tak tenang. Adakah ini petanda aku akan 'terduduk' lagi???? Kalau la boleh hilangkan masalah dengan berlari, aku akan berlari dan terus berlari.....