Monday, August 22, 2011

raya oh raya!

First time dah dekat nak raya, feel nak raya LANGSUNG takder. Dengar lagu raya, rasa macam tak dengar apa2. Kurang 10hari jer lagi nak raya, persiapan apa pun xbuat lagi. Hurrmmmm. Tengok baju cantik2 tak rasa nak beli. Selalu time2 macam ni, semua dah siap. Adakah ini sign of aging?grrrrrr...what eva it is SAYA MEMANG TAKDER FEEL LANGSUNG NAK RAYA TAHUN NIH!SEKIAN.

Sunday, August 14, 2011

GulaHati

"Orang sayang awak tau"....:) :) adehssss..sakit perut dengar!!tiba2 rasa seram sejuk 1 badan. Nak muntah.

Kalau sayang 'orang", kena la sayang diri sendiri dulu. Jangan la ambik2 dadah bagai. Jangan la ambik2 ganja dah. Report polis baru tau!

Kalau sayang 'orang' jangan la tipu2 lagi. Jangan la kalau bosan cari gurl lain ajak tidur.

Kalau sayang 'orang' kena jujur untuk semua benda. Baru ok.

Yang paling penting, kalau sayang orang kena sayang Allah tau. Kalau relationship kamu baik dengan Allah, percaya dan yakin lah relationship kamu dengan sapa2 pun akan baik termasuk lah dengan saya. :)


P/s : Saya yang hanya dapat mendengar dan memerhati. Sumpah kelakar.







Sunday, July 31, 2011

Tenang

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa untuk entry ni. Terlalu banyak sangat 'benda' yang ada dalam kepala otak ni.
Sekarang aku lebih terjurus dengan hanya membaca blog instead of menulis. Dan ada 1 blog yang selalu aku tak sabar2 sekarang untuk baca. Blog ni sangat best bagi aku lah.
Kadang kadang terasa sebak dan menangis bila membaca nya. Isk aku sebenarnya tak tau nak cerita apa yang best sangat pasal blog ni, tapi yang pasti blog tu sekarang menjadi one of my feveret blog. Best, try la baca. Salah satu entry yang betul2 terasa macam ada batu besar jatuh kat kepala. In Search of Hug.

Semakin hari semakin aku rasa penulisan aku teruk gila. Macam la sebelum ni best kan....GRRRRRRrrrrrr....

Wednesday, July 13, 2011

Kerja

Dulu saya sangat sangat suka kerja saya. Tapi sekarang......nantilah sambung. Seksa gila menulis tanpa memakai kaca mata. Penat terpaksa mengecik2 mata nak tengok hurup!!!grrrrrrr.....

Sunday, May 29, 2011

Hujan Emas Di Negeri Orang - Part 1

Oits..Lame giler x upadate blog n tak bace blog kawan2. Bz?X bz sangat pun, cume sejak akhir2 ni, masa lebih banyak dihabiskan di tempat kerja. Bz lah tu sebenarnya, bz nak mampus sampai kadang2 terpikir nak notis 24hours!grrrrr( harap2 ada putera raja masuk minang,xpayah kerja lagi..keh keh keh)...sekarang baju kurung dirasakan sangat selesa dijadikan baju tido bilamana penat mengatasi segala gala nya. *sigh*

Ok2 berbalik kepada cerita asal. Sebenarnya sejak akhir2 ni, i felt a bit unhappy and bored. Pergi kerja dengan keadaan terpaksa. Walaupun pada luaran orang tengok aku happy gila dengan kerja aku sekarang padahal dalam hati hanya tuhan yang tau.

Entry ni bukan nak citer pasal kerja lah sebenarnya. Grrrrrrrrrrrrr. Entry nak citer pasal baru2 i went to Perth. :) Bila bos gtau jer, co.trip for this year is Perth, rasa macam tak percaya, perasaan tu bercampur aduk. Happy tu of cos la kan, nak guna duit sendiri pergi negeri omputih, lambat la jawapan nya atau mungkin sekadar mimpi. Excited tu len macam. Tiba2 teringat pasal MARA, terus hilang semua perasaan best tu. Cinabeng!Time tu macam2 citer keluar, kalau tak bayar nanti sangkut kat airport la. Duhhh!Pendek kata sejak2 teringat pasal MARA, perasaan ghairah untuk ke Perth hilang.

Mana tak hilang, time2 tu lah surat blacklist dan sekatan perjalanan sampai dari MARA. Arghhhh. Time2 ni lah sibuk pergi MARA tanya bagaimana cara pembayaran, pergi KWSP nak kuarkan untuk bayar MARA lah, buat2 macam nak bayar, padahal... Hehehehe. Biasa lah kalau nama pun KERA jaan, lembab mmg cukup ngam dengan derang. Nak kuarkan duit sendiri pun susah dan lembab prosesnya. So ini lagi 1 sbb aku xmau bayar MARA. :P

Dengan tekad penuh di jiwa, aku pergi menyiapkan pasport. Orang cakap kalau lepas buat pasport lepas la kat imegresen nanti. Aku lepas. Tersenyum puas bila dapat menggenggam passport, tapi perasaan tidak puas hati masih bersarang.

' abang, nama saya dah blacklist kat MARA, agak2 saya lepas tak masa kat airport nt? tanya aku tanpa segan silu.

'owh, kalau dah dapat passport tu ok lah tu dik, tapi tu pun setakat sekarang la tak sangkut, nanti2 tak tau la kan...' jwp abg imegresen macam sindir pun ada, macam takut2 kan aku pun ada!harey sungguh.

Semua orang di opis menanti aku dengan penuh kontroversi. Mana tak nya aku orang pertama angkat tangan untuk tidak joint co.trip tahun ni gara2 MARA. Tapi dipaksa oleh bos untuk pergi dan dipaksa secara gerila menyiapkan passport.

Walaupun passport dah di genggaman, flight n hotel telah ditempah, hati aku masih tak sedap gara2 jawapan abg imegresen tu ' setakat ni la, lepas ni xtau la kan'..terngiang2 ok!!!call MARA pun jawapan yang sama jugak diberikan ' as at now ok la, lepas ni xtau la'..haramjadah lagi buat aku cuak!!

Dari saat itu aku hanya berpegang pada 1, kalau bayar MARA pun, dah tertulis aku tak leh pergi Perth, x boleh jugak kan. So aku berserah pada ketentuanNya. :)

Masa yang ditunggu sampai jugak. 13th May, kami semua akan terbang ke Perth. Masa di airport aku lah orang paling cuak bila sampai kat imegresen. Buatnya sangkut, rugi mampuih woooo...
Tapi alhamdulillah..selamat!!ha tau pun takut, tapi MARA taknak bayar. Hehehehe!

PERTH, here i come, cheyyyyy...Perjalanan mengambil masa selama 5jam. Ermm xder la lama sangat pun. Macam naik bas balik kedah jer. Dan sebenarnya, dalam banyak2 negera omputih, Australia lah yang paling dekat dengan Malaysia, sebab tu kalau di tanya pakcik gugel, malaysian juga tersenarai dalam top 5 yang selalu ke Perth or Australia.



~ safe landed >>>> PERTH ~
~ tunggu syila dtg amik. Dekat sejam tunggu, padahal dari umah die ker airport 10minit jer. Garmin buat hal, terus sesat. Hehehe!







Disamping kereta 'myvi Perth' di hadapan rumah syila @Canning River. Sangat sejuk ok. Nak kencing pun pikir banyak kali. Hehehehe!



Ngantuk!Nanti 2 sambung lagi pasal PERTH ni.

Saturday, March 5, 2011

Penenang jiwa

saya dan nailah tekun memasukkan cekelat ke dlm mould.

ha tudiaaa..guna jag lagi senang sebenarnya dalam proses memasukkan cekelat ke dalam mould. Hehe!

Kami bangga.


Wednesday, February 9, 2011

Kopi dan teh

Ok. Yang ke seribu empat puluh kali saya bertekad untuk melupakan kamu. Malam ni sekali lagi saya membuat perjanjian itu. Saya tekad sekali lagi.

Saya tahu saya tak cukup baik untuk kamu kan? tapi saya juga tahu kalau saya baik atau jahat sama macam kamu pun, belum tentu lagi kamu sukakan saya kan? Saya kira ini adalah satu rejection yang paling berbudi bahasa, itu sahaja.

Dan saya juga tahu saya terlalu kiut dan sweeet untuk kamu kan? Mana mungkin saya akan melakukan pembedahan plastik untuk memburukkan muka saya demi meraih cinta kamu. Owh itu tidak mungkin! Keh keh keh.

Saya rasa ini lah cinta paling indah dan bahagia yang pernah saya rasa walaupun ianya cukup membuat saya menderita dan sakit.

Tapi percaya lah cinta, sekali pun saya berada di alam lain atau di mana mana pun saya akan tetap cinta kamu. Dan kalau saya dihidupkan sekali lagi pun saya akan tetap cari kamu dan cinta kamu.

Cinta termahal tak perlu di ucapkan dan cinta teragung adalah pengorbanan. Saya rasa bahagia bila tengok orang yang saya cinta bahagia dengan orang yang dia cintai. Dan saya pilih cinta teragung.

.......................

Sekarang baru lah saya paham tentang Kopi dan Teh.

Kamu tak minum teh bukan sebab kamu tak suka teh atau benci teh, tapi sebenarnya kamu lebih tenang bila kamu pilih kopi sebagai minuman kamu.

Perjanjian jujur, saya tidak akan berhubung dengan kamu lagi walau dengan apa cara teknologi sekali pun, tapi jangan marah saya kalau rindu saya akan baca blog kamu dan stalk fesbuk kamu.

Selamat tinggal cinta.