Aku suka kerja aku. Tapi aku tak suka kerja aku disiapkan dalam keadaan huruhara padahal benda ni boleh disiapkan dalam keadaan paling aman dan tenang.
Kenapa mesti kau pilih jalan yang boleh buat orang lain memukimak di dalam hati. Kenapa tak nak pilih jalan yang satu lagi.
Kenapa taknak pilih jalan yang boleh buat orang rasa indahnya kerja walaupun kerja macam palat. Kenapa taknak pilih jalan yang boleh buat semua orang tenang dan ikhlas menyiapkan kerja dan secara tidak sengaja mengkayakan lagi kau yang dah memang kaya?
kenapa mesti pilih jalan yang menyebabkan orang rasa duit boleh bawak masuk kubur dan duit tu boleh berzikir untuk kau dan sekaligus melayakkan seseorang itu masuk syurga????? Pergi mati.
Aku kira entry ni sangat sangat tidak manis untuk permulaan tahun 2011. Damn.
Tapi aku masih berharap ini hanya lah sementara. Dan sampai sekarang aku masih belajar tentang IKHLAS.
Wednesday, January 12, 2011
Wednesday, December 29, 2010
Goodbye 2010
Ermm two days more and 2010 will be part of history...and i just can't wait. Tak tau sebenarnya nak explain macam mana pasal 2010 ni but i seem to have a little more enthusiasm about leaving 2010 behind. 2009 dulu pun macam ni jugak!!Maybe semua percubaan untuk aku memperbaiki diri dan meningkatkan taraf hidup macam tak berjaya dan maybe jugak dengan semua 'freaky' insiden in the past two years have made me a little more anxious about charting a new course.
Yela benda yang aku buat semua macam tak menjadi. Nak start yang baru macam dah cuak2 ok!Dari nak set up bisnes sendiri, sampai sekarang loan tak lepas lepas, pundek!Putus cinta bagai!Frust menonggeng bila ex tunang dah kawin. Bodoh!Dah settle pasal hati, masalah kerja pulak. Kerja macam bangla, hujung bulan makan megi jugak!Dem! Politik dalam office, tak payah cakap kat mana2 mesti ada. Hadap sudah, padahal...lumrah. Macam macam woooh!Haissh...
Seriously, when i look back at 2009 and 2010, i could not help but cringe. The last two years to me was like 'astro', macam macam ada. Cerita suka, duka, sedih, gembira, syahdu, sebu, sebak, sadis, hiba yang pasti banyak cerita gampang dari yang elok!!!
Perit kot. Tapi takper semua ni pengalaman hidup. Belajar dari pengalaman.
Dan sekali lagi aku berharap dan aku akan terus berdoa, tahun 2011 akan datang akan menjadi tahun yang lebih lebih baik dari tahun ni dan tahun sebelumnya,amin.
Yang paling penting, 2011 aku nak kahwin. Nak jadi apa pun jadi lah. Kepada teman lelaki take note please. Kah kah kah kah kah kah!Jangan tunggu sampai 2013 baru nak masuk minang. I bukan Nasha Aziz ok.
Monday, December 27, 2010
buang jauh jauh
Selesai jer part time tadi, terasa macam nak terbang dari jamek ke sentul, biar cepat sampai rumah. Terasa sekarang life dah macam palat. Terkejar sana terkejar sini. Ni semua gara gara gaji tidak dinaikkan sepertimana kerajaan menaikkan harga barang 5 6 kali dalam setahun.
Tanpa mandi, meniarap terus on fesbuk. 120saat tutup lappy terus menuju ke balkoni. Kelihatan lebuhraya Duke semakin lengang. Kuala lumpur pun dah semakin sunyi, hanya nyalakkan anjing anjing memecah kesunyian malam. ( pehal perenggan ni macam ayat ala ala novel lak?)
Tiba tiba aku rasa nak tanya kat anjing anjing tu semua kenapa lah aku suka kat orang yang aku tak kan dapat.
Tolong lah hati, buang dia jauh jauh. Sumpah penat.
Sunday, December 26, 2010
Sepucuk surat.
Celik mata, angkat tudung salji ada 3 biji pisang. Makan pisang dengan pasrah sambil mata memandang ke arah rak tv yang kosong cuma kelihatan ada 3 tin kiwi kleen fabric starch sebagai penghias semasa. Sambung makan pisang yang ke 3 sambil angin meniup rambut ku yang kusut masai dan sesekali rambut menyucuk hidung dan aku tiba tiba terbersin.

Melangkah longlai masuk ke bilik. Mata terpana ke 1 sudut yang agak lama aku tak usik. Dengan keadaan pasrah sekali lagi, tangan tangan aku lemah mengemas buku, majalah dan dokumen yang sekali pandang agak menyemakkan mata, jadi aku selalu nya tak akan pandang pun.
Nampak buku ASB, tengok simpanan. Banyak jugak aku simpan sebenarnya. Kalau kira dividen tahun ni ada la dalam rm7.50 aku dapat. Memberangsangkan. Hebat.
Dalam keadaan mata pun macam malas nak celik luas2, aku terjumpa sepucuk surat. Tiba tiba tak semena mena aku tersenyum sendirian. Surat daripada kekasih tak jadi. Surat yang menjadi salah satu sebab aku tidak dibenarkan bekerja di kuantan.
Perkenalan dengan kekasih tak jadi ni agak membimbangkan sebenarnya. Sekarang tak boleh cerita sebab aku lapar. Bila lapar aku akan hilang fokus untuk menulis. Hahaha!
* Nanti2 aku sambung.
Sebenarnya surat ni biasa jer aku rasa, aku sendiri tak pasti kenapa abah tak bagi aku meneruskan kerjaya di kuantan, mungkin ada sebab lain kot. Macam mana la boleh sampai kat tangan abah ni.
Tuesday, December 21, 2010
Rosak.

Musim rosak. Mula mula mesin basuh rosak, malas nak hantar baiki, masing masing bertekad untuk meneruskan cara tradisional. Basuh baju menggunakan kaki. Sekarang telebesen pulak rosak. Sejak kejadian itu, living room rumah ni dah macam mini cyber cafe. Semak tu stended la kan. Aku nak tido semak otak. (padahal bosan tahap cipan, paksa tido)
Sunday, December 12, 2010
we're not kids anymore...(khas untuk diri sendiri, dak yu n jujubo)
First of all, saya selaku yang paling muda di kalangan kita bertiga, mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertunang dan tidak lupa jugak selamat pecah kepala untuk 3bulan akan datang ni. Selamat bertunang babe!
Tak lama lagi kau dah nak menamatkan zaman bujang, maka dengan itu tolong tolong lah yer belajar belajar jadi ibu (eh tetibe!!). Belajar belajar lah yer kurangkan perkataan2 kesat seperti pukmak, fantat,falat dan sebagainya. Tolong yer, yang ni adik fida mintak sangat2 tapi kalau sekali sekala takper, itu dibenarkan. :P
Lepas ni tinggal saya dan juju jer lah yang masih terkapai cibai mencari cinta. Dem! ( tibe2 rase sayu teringat kau dah nak kawin tak lama lagi :( . Kitorang ni bukan tak hepi kau dah nak kawin, kitorang hepi sangat, tapi tu lah nanti mesti dah tak sama macam dolu2 lagi kan. Tapi takper tahun depan ktorang akan dapat anak buah, Yeayyy!Yeayyyy! ( sebut psl baby mesti xcited xtentuhala!!). Baby kau nanti mesti comey macam kitorang kan kan?keh keh keh.
Ahhh malas nak tulis banyak2, buat muntah jer korang bace. :)
eeh, tersalah plak.. camne tetibe muke aku lak ni.. buat-buat.. yang sebelah tu suke..
menjeling~menjeling ku bertentang.. mata kita sama memandang~~~~
rawk la sgt kan.... tetibe jeles...
pic ni xleh blah, semua plastik!paling plastik jujubo!nyirap lak awak tengok!hehehe!
Kemon!beriye gelak, kedut2 mate saye!huhuhu!
* Akhir sekali kepada Yue, jangan gado2 sangat, cakap dengan abang epul leklok, kurangkan sikit unsur bader2 tuh. Keh keh keh!Last but not least, pandu lah dengan selamat :P ( fundek, tibe2 mati idea)
* Kepada Jujubo dan diri sendiri, apa2 pun sabar, sabar dan teruskan bersabar dan sentiasa bersangka baik, ingat tu wey. :) Jangan nangis2 ok, nanti aku mainkan 1 lagu untuk ko tapi makan mase sikit r, jari2 awak belum boleh kangkang lebey2 lagi nih. Hehehe!
Sunday, December 5, 2010
my baby :)
Finally...dapat jugak gitar walaupun hanya gitar kapok. Teruja gila sebenarnya bila dah dapat gitar ni. :) :) :) :) tapi tak tau la bila akan jadi pandai macam Jujubo ( kena up sikit nama bff saye ni, takut klu tak up dia xmau ajar saye :P)
Ok. Saya taktau nak tulis ape sebenarnya kat entry ni. Sekarang ni saya dah mula menaip dengan menggunakan jari kanan sahaja, jari2 kiri hanya akan digunakan untuk memetik my baby dan mencebok sahaja. Yang sebetulnya sekarang ni, jari2 kiri saya dah merah2, kebas2 n ngilu semacam akibat pektis 'mengoreng' tak tentuhala. hahahaha!
Subscribe to:
Posts (Atom)