Wednesday, December 1, 2010

aku ngaku memang salah aku...:(

Hari paling palat!Sedey semalam tak habis lagi, mata bengkak bengkak pergi kerja, mud memang macam taik lah senang cite!Aku tak suka bila aku jadi macam nih!!!!!

Pagi pagi dah kena bambu dengan bos disebabkan salah sendiri. Sambil lewa buat keje ni lah obatnya. Petang baru mud nak ok, sekali lagi kena bambu, kali ni big big bos lak taruk. Babi, marah diri sendiri!kimak lah!nape lah aku jadi macam ni sekarang, prestasi kerja dah macam palat dah macam gampang aku rasa, ahh bukan rasa lagi tapi memang!

Aku nak berenti kerjaaaaaaaaaaaaaaaa. Sebab aku semua susah!Sebab aku 1 opis kena bambu dengan bos disebabkan aku jugak, esok ada meeting tiba tiba!

Semua salah aku, semua sebab aku!arghhhhhhhhhhh...nak nangis......

Sunday, November 28, 2010

Takder Tajuk Sesuai

Sebenarnya aku dah tak tau macam mana dan apa cara lagi yang patut aku buat untuk kembalikan keadaan sekarang ni macam biasa balik. Dan sampai hari ini aku masih tertanya tanya apa yang aku dah buat, apa yang aku dah kata, apa yang aku dah tulis sampai kau dah tak nak bertegur sapa dengan aku?

Dan sekarang aku rasa aku ada buat sumthing yang betul2 sakitkan hati kau. Mesej mesej aku via phone pun langsung tak reply, kat fb pun same, bile aku tegur kat chat dok online elok2 kau offline bile aku tegur. Bile aku offline jer, terus kau online balik. Aduhhhh nampak sangat kau dah betul2 tak nak kawan dengan aku, betul betul kau benci aku. Tapi apa yang aku dah buat sampai kau nak layan aku sampai macam ni sekali?

Tapi tak apa la, kalau dengan cara macam ni boleh buat kau tenang, aku terima dan aku hormat cara kau. Kalau lah kau baca entry aku ni, kat sini aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau aku ada buat salah selama aku kenal dengan kau. ( ahh pundek lah, macam nak pergi mati lak dok mintak maaf bagai!)

Dan sekali lagi aku nak mintak maaf, yang ni aku betul betul mengaku aku silap. Aku silap menilai kebaikan seorang kawan dengan menggunakan 'hati perempuan' aku. Tapi betul orang cakap lelaki dan perempuan susah ataupun jarang boleh berkawan baik tanpa ada perasaan lain dalam diri salah seorang daripada mereka.

Walaupun aku mengaku aku salah dan aku tahu aku silap, percaya lah wey aku sendiri tak pernah mintak untuk semua 'feeling' yang ada. Jadi kau pun tak boleh salah kan aku 100% dalam hal ni. Jangan bimbang wey selagi kau dan aku percaya bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi dan cinta tak boleh dipaksa cayo lah cakap den takder ape2 akan terjadi. Cuma aku berharap sekarang ni kita boleh berkawan macam dulu balik. Lepak2 gelak2 minum2 pastu sambung gelak lagi. Dan aku janji aku akan cuba hilangkan segala 'feeling' aku ni.

Aku tau kalau kau baca entry aku ni, kau mesti cakap aku menggelabah, cakap lah!selama ni pun kau memang selalu cakap aku menggelabah kan. Macam aku kesah kau cakap apa2 kat aku yang penting sekarang aku betul betul mintak maaf kat kau walaupun aku sendiri tak pasti apa salah aku kat kau. Dan kalau sekarang ni kau ada masalah besar aku harap tuhan akan permudahkan jalan kau. Mudah mudahan, amin.

Monday, November 1, 2010

Syahdu gila babi!!

Syahdu gile babi bile pakai jeans yang selama ni, xleh nak pegang pun kat bahagian peha, tapi sekarang dah boleh. Sumpah syahdu, rasa macam nak meraung meraung sambil lap air mata pastu cakap kat semua' terima kasih banyak2 ni adalah untuk anda semua'..hahaha!

Excited giler nak tulis kat entry kali ni sebab cuma nak bagitau jeans aku dah longgar kat bahagian peha. Salah satu part yang susah gila babi nak kecik kot!(tolong bace dlm intonasi paling bongkak!ha3)

Walaupun hanya berjaya menurunkan sekilo lebih sikit, aku rasa macam ape ntah. Lain macam lak rasa yang satu ni. Mau tak lain macam, seminggu kot lancar operasi katakan 'taknak' pada nasi. "Rase" nya bila tak makan nasi seminggu hanya tuhan jer yang tau, nasib baik aku kuat berpegang pada prinsip beauty is pain!hahahaha!macam gampang!pegi mati dengan prinsip tu.

Aku nak makan nasi sekarang.





Wednesday, October 27, 2010

Almari baru dan berkemas di malam rabu bukanlah satu kombinasi yang bagus untuk diet seimbang!

Mogok untuk tidak mengemas bilik hampir 2 minggu gara gara almari dah ala ala 'retak menanti belah' dan sekali gus membiarkan baju2 bergantungan di ampaian 'standby' diluar bilik adalah alasan yang cukup kukuh di kala kawan2 aku tanye ' baju sape ni yang banyak2 kat ampaian 'standby' ni ??Ini adalah salah satu ciri ciri gadis yang sangat jarang dijumpai di zaman yang serba moden ini, macam selalu orang kampung aku sebut, memang 'rare' lah gadis macam ni. :)

Tapi disebabkan terlalu semak mate serabut perut bile balik kerja tengok baju sendiri yang bergantung2 minta dilipat dan disusunrapi di dalam almari maka dengan membuat satu panggillan, memesan dan memasukkan duit maka lagi (pehal banyak lak perkataan maka ni), tepat jer 8 lebih2 sikit sampai 1 almari di depan pintu apartment kami. Bertempiaran Nae dan Adah lari masuk ke bilik macam awek china nak kena tangkap di rumah tumpangan, hahahaha! Sori wey, lupe nak bagitau ada orang nak datang hantar almari. :)

Dalam keadaan paksa rela, dengan demam pun baru nak elok, aku gagahkan jugak kemas baju2 semua. Keluarkan segala mak nenek dari almari 'retak menanti belah' dan dilemparkan ke atas tilam berjalan begitu lancar sekali. Bile nak buka almari lame untuk diceraikan satu satu bahagian bagi menyenangkan proses pembuangan dan memasukkan semula baju2 tadi di dalam almari baru dalam keadaan kemas sebenarnya adalah part yang paling gampang aku rasa. Penat macam haramjadah.


Melemparkan baju keluar dari almari memang satu proses yang amat mudah sekali.


Tengok tangan tu, memang susah nak dapat dah tangan macam ni sekarang ni. Cayo lah cakap den. :P Jangan disangka tangan yang boleh menghayun buaian tidak mampu membuka skru2 di almari.


Sila abaikan 2 patung bernyawa di tepi tepi longgokan baju baju tu semua. Punca lambat aku mengemas ni lah die, walaupun sekadar melihat dan membuat ulasan tentang baju2 aku semua atleast takder la aku boring sangat mengemas sorang2 tadi, anyway tq wey teman aku tadi.


Baju dan hanger memang kombinasi yang mantap sebenarnya. Baju letak kat hanger pastu terus masuk dalam almari, tak payah lipat2 bagai, kan senang. So kepada teman lelaki kalau kahwin nanti sila asah skill lipat baju kamu ok, saye bukan malas nak lipat2 bagai tapi saye memang takder bakat untuk yang 1(lipat baju) ni, keh keh keh..

ok, im done!fuhhhh..penat gila babi.

Ni lah dikatakan almari baru dan berkemas di malam rabu bukanlah satu kombinasi yang bagus untuk diet yang seimbang. Isk. Gemok!

Tuesday, October 26, 2010

Pengambilan yang berlebihan menyebabkan air hidung pun keluar secara berlebihan...

Sampai rumah, ambik seplastik dadah pilih2 yang mana patut dimakan, padahal kena makan semua, tapi sebab terlebih pandai dari doktor biase lah kan, hehehe! telan macam telan duri, huh seksanya aku kalau bab2 makan ubat nih!tapi gagahkan jugak menelan semua dadah2 tu sebab dah 2 3 hari macam ni. Kepala berat, hidung ni xpayah cakap la, sok sek sok sek, rasa macam nak biar meleleh jer air hidung ni, rimas.

So sebelum dadah2 ni semua melalikan aku, aku just nak share sikit kat sini. Ni doktor bagitau kat aku, kalau doktor tipu maka aku pun tipu korang jugak. Selalunya kalau selsema, doktor akan bagi vitamin C, betul tak?? sebab kurangnya bendalah tu yang buat antibodi kita lemah dan harini baru aku tau, tak tau la korang dah tau lame dah pasal benda ni, pengambilan vitamin yang berlebihan juga boleh menyebabkan antibodi badan kita 'memberontak' yang kadang2 boleh menyebabkan demam, selsema, sakit kepala dan sebagainya.

Ermm, aku tekun mendengar penjelasan doktor tadi dan aku syak, tibe2 aku selsema teruk ditambah pulak kepala berat yang melampau lampau ni mungkin disebabkan mengambil tomato secara berlebihan. Aku syak jer lah. Bayangkan 1 hari aku ambik lebih kurang 200biji tomato, selama 5 hari berturut turut without fail dan resultnya sekarang kulit menjadi semakin halus (yo yo o jer) macam baby dan air hidung ni pun meleleh leleh macam baby gak, huhuhuhu!

Kesimpulannya aku mc harini dan aku nak tido sekarang. Gudnite. Wiwiwiwiwi...