Saturday, November 27, 2010

Talking To The Moon

Monday, November 1, 2010

Syahdu gila babi!!

Syahdu gile babi bile pakai jeans yang selama ni, xleh nak pegang pun kat bahagian peha, tapi sekarang dah boleh. Sumpah syahdu, rasa macam nak meraung meraung sambil lap air mata pastu cakap kat semua' terima kasih banyak2 ni adalah untuk anda semua'..hahaha!

Excited giler nak tulis kat entry kali ni sebab cuma nak bagitau jeans aku dah longgar kat bahagian peha. Salah satu part yang susah gila babi nak kecik kot!(tolong bace dlm intonasi paling bongkak!ha3)

Walaupun hanya berjaya menurunkan sekilo lebih sikit, aku rasa macam ape ntah. Lain macam lak rasa yang satu ni. Mau tak lain macam, seminggu kot lancar operasi katakan 'taknak' pada nasi. "Rase" nya bila tak makan nasi seminggu hanya tuhan jer yang tau, nasib baik aku kuat berpegang pada prinsip beauty is pain!hahahaha!macam gampang!pegi mati dengan prinsip tu.

Aku nak makan nasi sekarang.





Wednesday, October 27, 2010

Almari baru dan berkemas di malam rabu bukanlah satu kombinasi yang bagus untuk diet seimbang!

Mogok untuk tidak mengemas bilik hampir 2 minggu gara gara almari dah ala ala 'retak menanti belah' dan sekali gus membiarkan baju2 bergantungan di ampaian 'standby' diluar bilik adalah alasan yang cukup kukuh di kala kawan2 aku tanye ' baju sape ni yang banyak2 kat ampaian 'standby' ni ??Ini adalah salah satu ciri ciri gadis yang sangat jarang dijumpai di zaman yang serba moden ini, macam selalu orang kampung aku sebut, memang 'rare' lah gadis macam ni. :)

Tapi disebabkan terlalu semak mate serabut perut bile balik kerja tengok baju sendiri yang bergantung2 minta dilipat dan disusunrapi di dalam almari maka dengan membuat satu panggillan, memesan dan memasukkan duit maka lagi (pehal banyak lak perkataan maka ni), tepat jer 8 lebih2 sikit sampai 1 almari di depan pintu apartment kami. Bertempiaran Nae dan Adah lari masuk ke bilik macam awek china nak kena tangkap di rumah tumpangan, hahahaha! Sori wey, lupe nak bagitau ada orang nak datang hantar almari. :)

Dalam keadaan paksa rela, dengan demam pun baru nak elok, aku gagahkan jugak kemas baju2 semua. Keluarkan segala mak nenek dari almari 'retak menanti belah' dan dilemparkan ke atas tilam berjalan begitu lancar sekali. Bile nak buka almari lame untuk diceraikan satu satu bahagian bagi menyenangkan proses pembuangan dan memasukkan semula baju2 tadi di dalam almari baru dalam keadaan kemas sebenarnya adalah part yang paling gampang aku rasa. Penat macam haramjadah.


Melemparkan baju keluar dari almari memang satu proses yang amat mudah sekali.


Tengok tangan tu, memang susah nak dapat dah tangan macam ni sekarang ni. Cayo lah cakap den. :P Jangan disangka tangan yang boleh menghayun buaian tidak mampu membuka skru2 di almari.


Sila abaikan 2 patung bernyawa di tepi tepi longgokan baju baju tu semua. Punca lambat aku mengemas ni lah die, walaupun sekadar melihat dan membuat ulasan tentang baju2 aku semua atleast takder la aku boring sangat mengemas sorang2 tadi, anyway tq wey teman aku tadi.


Baju dan hanger memang kombinasi yang mantap sebenarnya. Baju letak kat hanger pastu terus masuk dalam almari, tak payah lipat2 bagai, kan senang. So kepada teman lelaki kalau kahwin nanti sila asah skill lipat baju kamu ok, saye bukan malas nak lipat2 bagai tapi saye memang takder bakat untuk yang 1(lipat baju) ni, keh keh keh..

ok, im done!fuhhhh..penat gila babi.

Ni lah dikatakan almari baru dan berkemas di malam rabu bukanlah satu kombinasi yang bagus untuk diet yang seimbang. Isk. Gemok!

Tuesday, October 26, 2010

Pengambilan yang berlebihan menyebabkan air hidung pun keluar secara berlebihan...

Sampai rumah, ambik seplastik dadah pilih2 yang mana patut dimakan, padahal kena makan semua, tapi sebab terlebih pandai dari doktor biase lah kan, hehehe! telan macam telan duri, huh seksanya aku kalau bab2 makan ubat nih!tapi gagahkan jugak menelan semua dadah2 tu sebab dah 2 3 hari macam ni. Kepala berat, hidung ni xpayah cakap la, sok sek sok sek, rasa macam nak biar meleleh jer air hidung ni, rimas.

So sebelum dadah2 ni semua melalikan aku, aku just nak share sikit kat sini. Ni doktor bagitau kat aku, kalau doktor tipu maka aku pun tipu korang jugak. Selalunya kalau selsema, doktor akan bagi vitamin C, betul tak?? sebab kurangnya bendalah tu yang buat antibodi kita lemah dan harini baru aku tau, tak tau la korang dah tau lame dah pasal benda ni, pengambilan vitamin yang berlebihan juga boleh menyebabkan antibodi badan kita 'memberontak' yang kadang2 boleh menyebabkan demam, selsema, sakit kepala dan sebagainya.

Ermm, aku tekun mendengar penjelasan doktor tadi dan aku syak, tibe2 aku selsema teruk ditambah pulak kepala berat yang melampau lampau ni mungkin disebabkan mengambil tomato secara berlebihan. Aku syak jer lah. Bayangkan 1 hari aku ambik lebih kurang 200biji tomato, selama 5 hari berturut turut without fail dan resultnya sekarang kulit menjadi semakin halus (yo yo o jer) macam baby dan air hidung ni pun meleleh leleh macam baby gak, huhuhuhu!

Kesimpulannya aku mc harini dan aku nak tido sekarang. Gudnite. Wiwiwiwiwi...




Sunday, October 24, 2010

Pakaian seragam

Dulu masa sekolah rendah, seingat aku, bila cikgu tanya bile besar nak jadi ape, feveret cita2 aku sampai darjah 6 ialah doktor. Bile dah masuk menengah, cita cita pon dah tak tau nak jadi ape bile besar, tapi saki baki cita cita sekolah rendah masih ada. Aku masih ada impian untuk memasuki MRSM ( ada hati tu, walaupun malas ya rabbi belajar). Ya aku berjaya, tapi hanya berjaya menduduki exam ke MRSM jer, hahahaha!End up aku hanya berjaya memasuki sekolah sains pertama daerah masa zaman aku tuh. ( Ayat2 tersirat, tapi sangat terserlah nak up diri sendiri,hahaha!).

Time tu negeri aku baru dok buat banner kot tulis ' Ulugimba Maju 2010'. Damn!sampai sekarang aku rasa macam tak maju pun!!!Ramai lagi kot orang miskin yang tak dapat bantuan!Pom pang pom pang sane sini, basmi kemiskinan, tapi yang aku nampak yang miskin semakin miskin, yang kaya semakin kaya!

"Ko pangkah aku, aku bagi beras, tak pangkah aku, ape2 pun jangan harap". Tak kan semua nak harap TV10 buat rancangan bersamaku baru nak celik mata. Tibe2 emo bile citer pasal kemajuan rakyat jelata nih. Hehehe! Sebenarnye bukan nk citer bende2 ni semua, tapi pehal tibe2 keluar bab2 nih?Oooo baru teringat tadi terbuka berita, tertengok persidangan ape ntah. Cakap pon len macam jer aku tengok sambil depa depa tangan bagai, ni yang buat otak aku macam rosak sikit ni. Isk isk isk.

So berbalik pada cite cita cita tadi. Aku bukan nak cite pasal cita cita aku, tapi aku nak cite pasal cita cita kawan aku sorang ni. Cita cita saya ingin menjadi seorang 'Pegawai' eh bukan yang biase2 ok, saya nak jadi yang ada banyak paku. Ok dipendekkan cerita semalam die dah berjaya menjadi seorang 'Pegawai yang ada lebih paku' wanita. Tahniah wey. Tapi yang aku tak berapa paham, kenape dalam proses untuk menjadi 'pegawai' ni mesti ade aku?Hahaha!

Aku rasa macam buang masa semua ni, dah kalau orang tu dah layak bagi jadi jer lah. Kawan aku datang jauh2 dari JB amik aku kat KL ni pastu rush balik JB, sampai JB aku pulak ditanya soalan soalan yang ntah ape2??What the fish??? bab ni awak memang bengang betol, bengong!!Dah la sebelum masuk interview tu, aku cuak giler babeng, tak pasal2 aku pun rase tak tentuhala. Hahaha!
Pastu tanye soalan soalan yang kalau tanye nenek aku pun die sembur pinang kat muke penemuduga tuh.

Contoh soalan2 yang telah menyebabkan aku mencarut2 di dalam hati :

1) Sebutkan nama dan no ic kamu? - starting macam ok la...

2) Muke kamu familiar lah, saya macam pernah nampak? Kat mane?? aku lak tanya die. Saya nampak kat disko. Tanpa menjawap soalan pegawai aku terus memberikan senyuman paling manis. Betul lah tu, senyum senyum, sambung dia lagi. Saye ni nampak jer macam ni tuan, masuk tempat2 macam tu memang saye tak pernah, bukan nak cakap saye baik sangat tapi memang saya tak pernah, karaoke selalu lah. Jawap aku jujur.

3) berapa lame dah kenal dengan Temah (bukan name sebenar) ? - ok lagi ni, aku jawap dengan jayanya sambil buat2 la kire ngn jari aku. Hahaha!

4) Kirenye dulu pernah main masak masak lah dengan Temah ni? - ape ker bangang main masak2 setan? ( suare hati aku) - isk mane ade, kenal pun mase form 4 tuan, main cukur cukur bulu kaki ade lah. Ok aku tipu aku tak jawap mcm tu pun, tak payah tau la aku jawap ape untuk soalan ni, tak best. Hahaha!

5) Kamu ni mix eks? Ha ni soalan paling aku tak suke! Dia tanye lagi, bapak kamu mamak ker? Tak, jawap aku. Bile aku nampak die macam nak sambung tanya pasal ni, aku terus menyampuk 'mak saya pure melayu, abah saya pun, tok n tokwan saye pun pure melayu, dannnn saye pun taktau nape saye sorang jer dalam family lain banyak, maybe moyang2 saye dulu ade campur2 itu saya taktau la, sebab tak sempat nak tanye'. Terus lepas ni aku nak pergi bleaching kulit, macam gampang semua mempertikaikan pasal kulit dan muke aku lain dari adik beradik yang lain.

6) Kamu ni merokok ker? - soalan yang memang aku jangka dia akan tanya. Tak, jawap aku ringkas. Jangan tipu saye, saya tengok orang pun saya dah boleh tau orang tu macam mane, saya dah lame kerje ni, sambung dia lagi. Like i care lah kan ko kerje berapa lame pun, nak buat macam mane bibir aku color macam ni giler!( memberontak dalam hati) - Si Giler ni ulang sampai 3 kali soalan ni sambil tengok mate aku, macam aku nak goyang kan???

7) Lepas tengok mate aku, kamu pakai contact lense eh?- soalan paling tak bley blah?hahahaha!

8) Bile nak kahwin?

Sebenarnye banyak lagi soalan2 yang serupa gampang ditanya tadi, malas aku nak tulis dah. Annoying giler. Tengok, berapa soalan jer yang berkaitan dengan kawan aku ditanya, yang lain semua tanya pasal aku. Pejadahnya tanya aku banyak2, bukan aku yang nak kerje ni, maybe die terlupe kot kan, cilakak!

Tapi kan, kalau betul la soalan soalan yang ditanya tu adalah wajib ditanya dalam temuduga ni, aku ucapkan syabas! Syabas coz dah berjaya buat aku betul2 rasa 'lain macam' dengan pakaian seragam korang. *sigh*.

Thursday, October 21, 2010