Sunday, October 17, 2010

Tragedi October - Thanks All

7 october setiap tahun, macam aku cakap kat entry lepas tarikh yang sebenarnya aku nak buat2 lupa dan tarikh ini jugak lah kalau boleh aku pon taknak orang lain ingat yang tarikh keramat ni adalah tarikh kelahiranku.

Ya memang tarikh ini selalu bagi aku kejutan2 besar, sudah tentu lah kejutan2 yang tak best lah kan, so tiap kali nak sampai jer tarikh ni aku mesti takut giler. Sumpah takut, walaupun jauh di sudut hati ni aku nak rasa hepi bila sampai tarikh ni. Ok cukup cukup rasa macam dah melalut gila ni.

Ok sebenarnye aku nak upload gambar aku n budak2 opis celebrate besday aku haritu, walaupun agak keberatan untuk mendedahkan gambar gambar ni semua sebabnya kualiti pengcahayaan yang kurang bagus dan kegemukan aku yang makin terserlah dari hari ke hari. :(







Budak hitam yang gemok!

Disebabkan masalah kegemukan yang menjadi2 aku menasihatkan supaya kek pon jangan yang besar2 sangat. Huhuhu!
Hepi besday to me. Lame kot tak tiup lilin mcm ni. Hahaha!


dari kiri bawah kak min ( bos aku), aku yang kiut di hari kelahiran ke 21, kak mahsuri.
dari kiri atas afiq, kak zila. Alamak kak zah xder dalam pic ni. Sori kak zah. Hehehe!


Ni lah part paling best nak nak dengar ada orang nak belanja, lagi ghairah nak pilih makanan. :)


Part paling best dan xbest. Best sebab semua sedap2 dan yang tak best lubang belt kena ekjas lepas tu. Hahaha!

Sebenarnya time ni aku tengah tahan nafas. Penat tahan nafas tapi kegemukan aku tetap terserlah. Cilakak!

Tq kak min. Tq untuk besday celebration ni dan belanja kami semua makan. Thanks like thousand of lemon untuk semua jugak. Thanks untuk kawan kawan yang masih ingat besday aku. :)

Thursday, October 14, 2010

Open House Kami

Dah lame sebenarnye nak tulis pasal open house baru baru ni kat rumah kitorang, tapi bile nak tulis jer xder idea. Ade idea jer taknak tulis!Aku xtau la yang kali percubaan keberapa nak tulis pasal open house ni. *sigh*

Serius, kali ni pon aku rasa macam tak tau nak citer ape sebenarnya. (sambil2 menguap pastu buka utube dengar lagi mamat ni men gitar sambil nyanyi). Kesimpulannye tak jadi lagi tulis untuk entry ni.


Hijau Daun-Suara Ku Berharap Cover

Tuesday, October 12, 2010

Minat baru..

Dulu kalau sedih2, dia selalu bagi aku hepi. Aku bosan2 dia selalu hilangkan bosan aku dengan lawak bangang dia, yang kadang2 aku sendiri tak pasti samada nak gelak ker nak mencarut. Dulu kalau lapar, dia ada untuk temankan aku pergi makan. Tapi sekarang kawan aku yang sorang ni macam dah 'takder'. Bz dengan teman wanita baru nye lah, bz dengan kerja nye lah, bz dengan projek2 memertabatkan bangsa sendiri lah. Rindu kat die sebenarnya. Sob sob sob. :(


So untuk menghilangkan rasa bosan dan rasa rindu yang agak melampau aku telah mengambil keputusan menjerumuskan diri ke kancah yang 1 ni. MUZIK. Macam gempak kan bunyi nye. Hehehe! Jangan takut, so far siti nurhaliza masih boleh bermaharajalela lagi di industri ini. (ayat poyo gile syialll!menyampah aku)!!hahahaha!

Akibat hari2 jujubo call pastu citer dah pandai main gitar, aku pon secara tidak langsung jatuh cinta dengan gitar, n i wish boleh main gak satu hari nanti. Ala aku nak kasi pandai main gitar bukan nak jadi macam Yuni yang boleh pergi sampai UK pon, aku nak belajar untuk suke2 jer, untuk hiburkan diri sendiri jer.

Maka secara tidak sengaja aku telah memaksa jujubo mengajar aku mengenali gitar dengan lebih dekat lagi. Wiwiwiwiwiwiwi...tapi entah bile aku nak pandai main gitar tak tau la, belajar 1 chord pon, dah sakit giler jari2 lembut aku nih!! Tapi ape2 saya suspek la kat jujubo yang dah pandai main gitar sekarang yang kadang2 aku rasa macam dia pon main petik je gitar tu...hahahaha!


Haramjadah, ape yang aku merepek2 ni. Ok ok aku tunjuk, aksi aksi belajar main gitar bersama cikgu jujubo yang sekali sekala boleh buat korang migrain tibe2. Hahahahaha!



Cikgu jujubo mula dok ajar saya pasal chord bagai. tapi sebenarnya saya tengok dia lebih terjurus menunjukkan skill terhebat smbil kembang2 hidung..macam setan!
Cikgu jujubo sekali tunjuk skill...damn!
Tengok lah betapa gigihnya cikgu jujubo mengajar saya bermain gitar sampai senget mulut2 sampai kembang hidung2 beliau. Tambah beliau lagi, ape2 pon kita main mesti ade feel, so muke pon kena macam tuh!macam gampang!hahahahaha!


Dewa 19 Once-Dealova Cover

Thursday, October 7, 2010

~~lagu feveret di hari kelahiran~lalalala~

~Hepi besday~



Hohohoho!wahhhhh..dah genap umor aku 21 tahun harini!dah tua dowh...er..er..sumpah xtau nak tulis ape..ok nanti aku smbung entry sempena hari kelahiran aku kali ni. 1st time kot aku dedahkan tarikh hari kelahiran aku untuk tontonan umum. Keh keh keh. Sebenarnya, tarikh ni lah aku paling tak nak kasi orang ingat dan aku sendiri pon tak nak ingat..