Monday, April 5, 2010

Syukur...

Mengenali seseorang itu..
kadangkala membuatkan kita tertawa..
dan kadangkala..
membuatkan kita mengalirkan airmata..

Mengenali seseorang itu juga mampu..
memberi sejuta rasa marah..
sejuta rasa sedih..
sejuta rasa gembira...
sejuta rasa sayang..
dan juga sejuta rasa rindu...

Sedarilah mengenali seseorang itu...
sebenarnya 1 anugerah...
biarpun hadirnya...
hanya seketika dan sekadar teman sementara...

bersyukurlah dengan kehadirannya..
kerana barangkali melaluinya..
kita mengerti apa itu...
ERTI PERHUBUNGAN.....

Wednesday, March 31, 2010

Serabut naik bot!

Isk, kalau kepala ni boleh cabut dan simpan jap kat mana2, aku rasa aku lah orang selalu cabut pasang kepala aku ni. Serius kepala terasa sangat sangat berat. Serius rasa nak tinggal jap kepala otak ni kat mana2, nak lupakan jap segala macam yang ade kat kepala ni.

I think i love u....

Wahhh lama gila aku x update blog kan, tapi kalau tak update terus pun, takder sape pun yang kisah pun kan. Serius kalau aku teruskan menulis jugak ni, mesti merepek meraban dan mesti entry kali jadi serupa gampang. Dari korang bace blog aku yang ntah ape2, baik korang layan lagu ni korea ni.

Sedutan dari cerita korea Full House, suka giler cerita ni. Suka tengok heroin die, comey giler mcm aku, cuma kulit jer beza sikit. Hahahaha!Hero die pulak hensem suam2 kuku la tapi ego setinggi langit last2..ahhhh korang tengok lah sendiri, malas nk cerite. Hehehe.

Tuesday, March 16, 2010

Lagu kegemaranku ~ the climb ~

Terima kasih kepada Una kerana mentag saya

Tag dari una senget. Aku memang rajin nk bt bendalah ni semua, sbb aku mmg bosan tahap cipan xder keje.

1. Adakah anda rasa HOT???

~isk segan la nak jawap~

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!

~malas nk upload sbb wallpaper pc aku sama jer ngn una~

3. Cerita pasal gambar?

~Skema kan? Desktop office punya kot. hahaha!aku copy paste dari una, hahaha!same plak kan, bt nk pk2 ayat ape nk tulis..copy n paste sudah.~

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

~ oopss, sori body model mcm aku ni, xmakan bende2 mcm ni..hahaha!~

5. Lagu terakhir anda dengar?

~The climb - setiap masa aku dengar lagu ni..sangat2 suka~

6. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?

~ adik (tu name sblom aku dpt adik), skrg family pgil kak pidah, kwn2 kg pgil pidah, kwn2 kl panggil pida or fida. Budak2 opis pgil fidot ( nm ni jer aku xtau mn kak narisa dapat)~

7. Tag lagi 8 org

sori terpaksa letak name yg dah una tag sbb ini jer yang ade kt blog aku.

No. 1 - narissa
No.2 - Oyah
No. 3 - Farah
No.4 - Una ( xpe kan tag balik, sbb aku nak bagi sedikit tarbiah selingan kat awek ni, hahaha)
No.5 - Meet Uncle Kery
No. 6 - untuk no 6, 7 dan 8 masih dalam pertimbangan ( nk berapa ramai langsung???)

8. Siapakah org no.1 kepada anda?

~Dia adalah seorang blogger mcm korang jugak. 1tempat keje ngn aku dan dia pernah menyandang anugerah gelak tanpa henti bagi tahun 2009 untuk company aku, harapan aku moga2 tahun 2010 pun akan menjadi tahun beliau jugak.Hahaha!~

9. Katakan sesuatu mengenai org no.5

~Tiada perkataan yang boleh desribe hamba Allah sorang ni, sbb aku pun xpnh jumpa dia, tapi menurut sumber2 yang boleh dipercayai dia mempunya taik lalat di atas bibir, menurut sumber lagi sebab taik lalat tu juga la, kelongkangan mulut dia tak dapat disangkal lagi. Tapi, ada lg yg aku dgr sebab taik lalat tu juga dia menjadi kegilaan ramai awek2 belasan tahun.Derang selalu cakap 'sweeeeetttttnye abg hery'..kahkahkahkah!


10. No.3 ada hubungan dengan siapa?

~ isk, tak manis la cakap pasal hubungan intim kawan2 ni..hehehe!~

11. Bagaimana pula dengan no.4

~ Ya, saya akui die memang seorang gadis yang agak agak cun la, berkulit putih gebu selain daripada itu dia juga mempunyai sifat terpuji seperti sengal kadang2, gelak sorang2 jarang2, dan suke buat2 comel! (ha tgk tu kan aku dah ckp gelak sorang2)..hebat kan dia, kombinasi yang jarang2 kita jumpa (bak kata Uncle H) utk seorang gadis ; CUN + GEBU + SENGAL2 UBI...hahahaha! sori babe aku gurau jer ptg2 ni, best plak kutuk2 kwn yg kt xleh jumpe ni~

12. Pesanan kepada orang no.6

~ kan dah tulis dlm pertimbangan, lagi nak tnye2~

13. Kata2 cinta untuk orang no.2

~ kakak sayang oyah, kakak sayang sampai bile2..hahahaha!(tolong bace dgn intonasi kak nita occay!)..hahahaha~

14. Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?

~ FILL IN THE BLANK ~

15. Berikan 5 perkara yg anda tau tentang org yg mentag anda

~ sila rujuk soalan no 11 ~

16. Persamaan antara KAMBING dan LEMBU

~Dari segi kekerapan mandi lembu lagi rajin lah kot mandi dr kambing, sbb tu jugak la, aku tak suka makan daging kambing!eh silap ni perbezaan kan, xper aku dah rombak soklan ni balik, aku buat ikut nafsu aku..hahaha!~

17. Perasaan anda wat tag ni?

~Menaip smbil bersin berulang kali, sejuk wey kat opis aku ni dan sesekali tersebut excuse me tanpa disedari. Dulu masa aku tinggal kt korea pun xsejuk mcm ni lah..ni sejuk lain macam la.~

status oh status

aku suka bace status kwn2 kat fesbuk yang kadang buat aku tersenyum, tercuit rasa, tersengeh sinis, ada yang sampai boleh buat aku tergelak2, walaupun hanya 2 3 patah perkataan, tapi ia bagai 1 cerita pendek..

Khir Ariffin : Aduh... Nak marah pun x guna. Tunggu je la, rambutku panjang balik.

Ahril Paradise : sungguh suram suasana ari nie... mcm smua manusia tgh tidow jer kat ini dunia.... hurmmm.... "hatiku sunyiiiiii,mengenangkannnn diriiimu...oh sayanggggg!!!!hahahahhaha!

Matt Fauzy : hujan malam nie & perut berbunyi keroncong

Nuriel Narissa Nisreen to Enchek Zam: ~ amalak..b dah majuk..adeeiii..sat la b..syg tgh wat sumtin kat fb nih ~

Khir Ariffin : Yey! My mum nak dtg umah. Yey! Yey!

Awin Sweetie : T.A.N.G.A.NKU...DAH NAIK LENGUH NIE...BOS KU CEPT LAH MU KUAR G MEETING....XLEH WAT KEJE KALO MU ADE...ADE JER NK PGGL..

Ainul Fikri Mohd Kamil : melainkan anda agung... saya cadangkan anda jangan meletak gambar duit sebagai gambar profile... tqvm...

Thursday, March 11, 2010

pakai la helmet untuk kesihatan kepala

'fida tak keje ker harini, dah pukul 8 lebih ni? tanya nae sambil menjenguk kepala ke dalam bilik aku.

'keje, jawap aku padat sambil berusaha sedaya upaya untuk membuka mata.

ahhhh, lambat lagi!!!Ni gara2 asyik lepak kat nasi lemak ganja kg baru, makan sambil tengok busking. Layan jugak. Dah 2 malam berturut2 aku lepak kat situ. Ni semua punce berat badan taknak turun2!

Dengan sepantas kilat aku mencapai towel terus ke bilik air. Selesai jer mandi, mencapai baju yang agak agak tak kedot teruk sangat, menyarung slack dan mencapai cadegan purple. Mengorek sedikit taik mata depan cermin, tanpa sebarang secalit makeup di muka aku terus keluar dengan semangat yang sangat tinggi untuk mencari sesuap nasi. Ahh poyo!

Owh sebenarnya, entry kali ni bukan nak cerita pasal best layan busking sambil mkn nasi lemak atau baju kerja tak iron atau pergi kerja lambat lagi. Ok sambung balik, aku terus berjalan dengan kelajuan yang agak laju daripada biasa menuju ke lrt.

Dengan berjalan dengan kelajuan luar biasa tu, dari jauh lagi sudah tidak kelihatan satu gerai pun yang menjual nasi lemak dan kuih. Uncle jual roti pun dah tak nampak. Ini bermakna aku dah sangat sangat lewat ke tempat kerja. Haish.

Bila sampai jer 1 tempat, aku terpandang ke arah seorang jejaka yang memakai helmet berdiri dekat dengan motornya dan tidak semena2 mata aku tertuju ke arah tu. Sumpah wei takder niat nak tengok ke arah tu, tapi ntah la nape mata aku tetibe tuju kat situ pulak, adehssss...

bertopi keledar dikepala atas tetapi tidak dibawah, motiff??
Adakah dia terlupa zip seluar atau pun dia memang sengaja membiarkan adik nya menghirup udara segar di pagi hari.
mim aliff cha alif mim, ha alif ra' alif mim!