Sunday, February 7, 2010

~ Jibam ~

Baru baru ni aku ada pergi satu pameran Ujang. Aku tertarik dengan novel ni. Sebenarnya novel ni dah lama seorang kawan mencadangkan aku membacanya, tapi aku tak pernah tertarik untuk membacanya.

Aku rasa novel dah agak lama keluarannya, seingat aku 6 7 tahun lepas pun dah keluar novel ni. Sekarang dah keluaran ke12 kata kakak yang jaga pameran Ujang tu.

Jibam tajuk novel ni. Aku sebenarnya tak suka membaca, tapi bila aku membaca novel ni, aku sangat suka, setakat dah 3 kali aku ulang membaca novel ni.

Ceritanya agak santai. Menceritakan kisah seorang budak lelaki lingkungan 15tahun yang bodoh2 alang yang selalu menjadi bahan ketawa penduduk kampung. Disebalik kisah budak bodoh2 alang ni, Ujang jugak memaparkan dunia rohani masyarakat melayu.

Adakah kita sekarang benar2 mempercayai dunia 'terselindung' sebenarnya, Ujang juga mempersoalkan sejauh mana kita betul mengerti dan memahami benda2 'terselindung' ni.

Memang bila aku tengok tajuk ni macam agak santai dan kelakar sebenarnya, tapi bila aku membacanya beberapa kali, sebenarnya novel ni betul2 bagi aku merasai 1 pengalaman hidup. Aku sebenarnya tak pandai nak buat sinopsis untuk Jibam ni, yang pasti bagi aku, novel ni sangat best. :)

" Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti"

Saturday, February 6, 2010

Nape mesti hitam?

Jom keluar makan, pastu kite pergi karaoke, ajak nina housemate aku.

Jom2, tema baju hitam ok! sambung siti lagi. Perlu ker tema?

Aku terus masuk bilik tanda protes!




ni la bahana nya pakai baju hitam! kakak nmpk gigi jer ok! isk.



pencahayaan yang agak bagus...


Gurls in black



p/s : buat2 majuk, tapi tak jadi terpaksa gak pakai color yg paling aku xsuka, bukan ape dah la kulit aku black2 sweet pakai hitam lak, nak nmpak ape wei???huwaaaaaaa...

Thursday, January 28, 2010

Kisah Geng Nakal 1998 - Memancing-

Berehat sambil baring silang kaki di atas katil sudah menjadi kebiasaan aku& geng kalau berjaya memboloskan diri masuk ke asrama time rehat. Heaven sangat kalau dapat buat macam tu, paling best kalau warden dan cikgu sekolah tak dapat kesan ketiadaan aku&geng di dalam kelas, memang sampai ke petang kami akan bersantai di dalam dorm.

Duduk di atas kerusi kayu panjang depan asrama dengan menikmati keindahan kolam ikan yang hijau penuh dengan lumut diselikkan pula sedikit gurau2 kasar dan lawak bangang memang adalah saat yang paling best bagi kami bila waktu rehat.

Anak baharom mai sini! panggil Cikgu Lah guru displin cum warden asrama. Cis nape aku jer yang asyik kena panggil, ade cop ke kt dahi aku ni 'Budak Jahat'? macam haram. Sumpah aku dalam hati. ni bukan sumpah cikgu ok, ni maki diri sendiri.Jangan kutuk2 cikgu nt ilmu ssh masuk.

Awat cikgu, saya ada buat salah ka? tanya aku tanpa rasa bersalah.

Setakat ni xdak lagi la, sat lagi mungkin ada. Aku datang ni nak cari kesalahan lah ni. Jawapan Cikgu Lah yang agak berpuitis.

Poooommm...air merecik2 bilamana kasut aku dah selamat di dalam kolam lumut tuh.

Lain kali kalau taknak pakai stokin, kasut pun jangan pakai. Pesan Cikgu Lah dan terus berlalu tanpa ada sedikit perasaan sayang terhadap anak2 yg perlu banyak bimbingan ni. Hahahaha.

Aku& geng sambil tergelak terkangkang2 memancing kasut sekolah aku di dalam kolam yang berlumut tu tanpa disedari gelagat kami ditontoni ramai jejaka bajet bagus di dalam kelas.


Banyak dapat ikan tadi pidah?? Jejaka2 bajet bagus mula bermain api dengan aku sambil berdekah2 gelakkan aku. Macam setan.

Aku& geng memulakan kelas dengan tergelak2 di sebalik buku sampai ke petang.




Monday, January 25, 2010

Hantu Durian

Mulut masih mengunyah makanan, tapi nafsu serakah untuk makan durian tak dapat dibendung lagi. Fida jom kita pergi cari durian, tiba2 rasa nak makan durian lak pulak, ajak siti. Dusun sape kita nak pegi curi wei? Sebenarnya aku pun dah lama gila tak makan durian, gila mengidam nak makan sejak berbulan2 yang lalu dapat juga akhirnya. :) :)


Cara cara mengopek durian dengan menggunakan pisau. Celah mana nak amik parang kat umah bujang kan. Mengopek durian juga memerlukan tenaga dalaman yang sangat tinggi dan natijah nya tangan kiri aku semakin sakit dan sengalnya semakin bertambah teruk. Ada sapa2 tau tak tukang urut? Tolong la gtau, tulis blog pun taip guna sebelah tangan jer ni. Huhuhu. Agak2 gambar terakhir tu boleh masuk Gadis Melayu musim ke 3 tak? Gile sopan makan durian. Hahaha!




Dapat makan durian macam dapat hisap candu. Dengan melihat ekspresi muka Nae jer dah boleh dibayangkan betapa sedapnya durian tu. Maap dipinta untuk gambar ke2 bahagian bawah, tu bukan nya apa, terlalu taksub dengan semangat 1malaysia, sampai tersasul keluarkan jari tengah dengan tiba2. Hahahaha!

Sabrina meneruskan pusingan terakhir untuk menghabiskan durian-durian tu semua. Sekian terima kasih.




p/s : Penulisan aku semakin macam gampang dari hari ke hari.

Sunday, January 24, 2010

Bosan saturday n sunday!!


Weekend yang paling bosan!!
TIDO BANGUN MANDI MAKAN TIDO BANGUN MANDI MAKAN TIDO BANGUN MANDI MAKAN TIDO BANGUN MAKAN TIDO BANGUN MANDI MAKAN. Serius tibe2 rase nak buat aksi spiderman dengan kepala ke bawah kat balkoni tgkt 23 ni. Isk...

Thursday, January 21, 2010

Geng Nakal 1998 - Part 1

Tiba2 teringat zaman2 sekolah dulu, zaman asrama dulu. Agak nakal aku time tu. Serius bile teringat time2 tu mesti tergelak sorang2.

Malam Jumaat adalah malam yang ditunggu2 oleh geng aku. Setiap minggu kalau tak balik kampung mesti ada jer activiti2 yang boleh menyebabkan amukan besar besaran semua warden asrama. Malam jumaat kali ni aku & geng merancang satu pesta. Bukan pesta apa pun cuma ktorang time tu teringin sangat nak makan betik segar dari ladang dicicah dengan ala2 kuah rojak.

Petang khamis aku, ainun, pah dan cikma dilantik menjadi leader dalam pesta kali ni. Tanpa membuang masa kami semua membahagi2kan tugas kepada anak buah masing2.

Aku Cikma & Geng - Bahagian Cover Line kat surau. Kami diarah pergi 'tunjuk muka' kat surau sementara yang lain akan menyiapkan apa yang patut kat dorm.

Ainun& geng - Bahagian Curi Buah Betik dan Cili kat kebun sekolah

Pah & Angah - Bahagian Pencicah Buah & Peralatan Memotong ( dia kamcing ngn Bibi anak tokey dewan makan asrama )

Tiba jer waktu magrib, kami semua bertindak mengikut apa yang dirancang, aku cikma pergi ke surau untuk solat magrib dan baca yasin. Bila mana semua putera puteri asrama khusyuk membaca yasin, aku & geng memboloskan diri pulang ke dorm untuk berpesta. Bila sampai jer dorm, bukan main berbunga dihati, tengok ainun dan kawan2 yang lain sibuk memotong 2 baldi buah betik . Giler banyak, curi 1 pokok gamaknya.

Dengan skill mengupas kulit dan memotong buah yang ada pada ainun, dalam beberapa minit lagi boleyla menjamu selera secara besar besaran dalam dorm sementara penghuni2 lain sedang mendengar ceramah di surau.

Sedang asyik kami semua tergelak terkangkang kangkang, seperti terdengar suara yang sangat digeruni di asrama di ketika itu.

Dah takde orang lain ke nak buat jahat kat asrama ni? asyik muka korang jer. Jerkah ketua warden. Entah bila masa pintu dorm terbuka seluas2 nya aku pun xtau. Yang pasti time tu bertempiaran kawan2 menyorokkan diri dengan harapan akan terselamat dari segala hukuman tatatertib . Jangan harap. hahaha! Ada yang masuk dalam loker, nyorok di celah2 baju, nyorok bawah katil, macam Mat Khir (ketua warden) takleh nampak jer kan nyorok bawah katil. Bangang.

Sebenarnya aku pun nak lari jugak, malangnya aku xsempat berbuat apa apa disebabkan laluan aku terhalang dengan baldi2 buah betik. Cilakak.

Hah, anak baharom, hang pun ada jugak? Memang susah kalau warden2 dah start kenal dengan abah aku. Aku hanya mampu memberikan senyuman yang manis kepada semua warden2 yang menyerbu masa tu. Nak tak nak aku lah yang kena paranawei dulu dengan singa2 jadian masa tu.

Dengan melihat gelagat tak tentu hala kawan2 yang cuba menyorokkan diri tadi, aku dan 2 3 orang lagi yang tak berjaya memboloskan diri terpaksa mendengar dulu bahasa puisi2 dari Ustaz Pit yang ku kira masa tu memang ' paling lembut ' yang pernah aku dan kawan2 dengar. Tibe rase sakit perut.

Bila semua geng2 nakal berjaya dikumpulkan, Mat Khir dan Ustaz Pit memulakan tazkirah yang kami tak sempat dengar masa kat surau tadi. Memang agak 'bernas dan bermutu' jugak la sehinggakan tiba2 aku rasa macam nak buat tiger show jer kat tengah2 dom sebab tak sanggup lagi nak dengar ucapan2 takziah yang dilemparkan oleh semua warden.

Yang paling aku tak boleh lupa, sambil2 memberi ucapan, sambil2 tangan Mat Khir membalingkan buah betik kepada kami semua. Macam penjaga zoo memberi makanan kepada harimau2 kelaparan jer aku rasa. Hahahahahaha.

Setelah selesai kami di 'sekolah' didepan semua penghuni asrama, macam biasa Geng Nakal diberikan surat cinta yang dah xtau ke berapa kali untuk tahun 1998. Dan bermula tahun 1998 dan berkuatkuasa serta merta, tahun seterusnya tiada lagi dorm 'honeymoon'. Puteri2 asrama form 4 tidak dibenarkan sama sekali tinggal 1 dorm dengan same form, semua mesti campur junior dan senior. Sori. Hehehe!

"Akum mak, nanti jangan terkejut tau ada lagi 1 surat dari asrama akan sampai kat rumah. Keesokannya aku terus call mak untuk menceritakan kejadian sedey semalam. Hehehehe. Mak macam dah terlalu biasa menerima surat2 renungan bersama dari pihak asrama.







p/s : to be continue kisah Geng Nakal 1998...




Tuesday, January 19, 2010

hate this feeling!


I hate this feeling!go away!go away!go away please...