Friday, December 11, 2009

Maweng a.k.a Mawi

Sejak akhir-akhir ini, aku seakan ketandusan idea tahap dewa dewi, buka jer blog aku tak tau nak tulis ape, aku rasa setakat ni dah 5 6 post aku tersimpan rapi kat draft dan hari ini aku delete semua, taknak pecah otak lagi fikir, walaupun niat hati nak sambung balik cite tu semua bila ilhamku bertamu..celah mana ilham ntah!menggelabah! Dari 8.30 sampai saat ni, aku kira dah 48 kali aku aku menyanyi2 lagu ni, bosan punya pasal, download MP3 pun tak boleh, nak main Fesbuk pun dah kena block, semua nak block!!dengki!!Last2 aku terpaksa minum air asam jawa banyak2..
Lagu ni memang favourite aku dulu kini dan selamanya!Aku ingat lagi dulu aku selalu paksa kawan-kawan dengar lagu ni dan paksa diorang cakap lagu ni best!hahaha!15 orang kena paksa seorang jer cakap best, yang lain semua buat muka yang mintak pelempang. Lama-lama baru aku sedar tidak semua cinta bersatu.hahahaha..sori2 aku selalu cakap benda takder mengena, yang ni pun baru aku perasan jugak. Well, to cut a ' long merapu2' aku ni short, dengan menggunakan teknologi copy & paste maka tercipta lah sebuah lagu yang betul2 buat aku tibe2 jadi minat maweng a.k.a mawi once upon a time. Cilako.

Pupus

Artist: Dewa

Aku tak mengerti ... apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah ... begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak akan pernah tahu

Aku persembahkan ... hidupku untukmu,
Telah kurelakan ... hatiku padamu,
Namun kau masih bisu ... diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara ...

Baru kusadari ...
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku ...

Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku,
Semoga akan datang keajaiban, hingga akhirnya kaupun mau

Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak kan pernah tahu

Wednesday, December 9, 2009

~Ubat Penenang Jiwa~

Disebabkan terlalu tension dengan masalah yang datang bertimpa2 sejak akhir-akhir ini, salah satu ubat penenang jiwa aku ialah coklat. Sebelum masuk kerja pagi tadi, aku singgah sekejap seven eleven untuk membeli ubat penenang jiwa, orang lain sibuk membeli nasi lemak, bihun goreng la, aku sibuk dok pilih coklat ape yang paling sedap, as usual cadburry hazelnut menjadi pilihan aku. Tak sampai 10 minit aku berjaya habiskan coklat tu. Selang jer beberapa minit, seperti pucuk dicita ulam mendatang, Haidar datang membawa sekotak coklat, wahhhhhhh, heaven sangat!Sorini, toblerone, hershey's semua aku sebat tanpa baca bismillah..
Alhamdullilah...selamat semuanya!!puas..tenang..sesungguhnya amatlah rugi sesiapa yang tidak menggemari coklat. Coklat selama ini sering diaanggap makanan yang tidak mempunyai nilai pemakanan langsung malah ada yang menganggap ia boleh memudaratkan kesihatan, so bagi sesiapa yang masih was-was dengan 'ubat penenang' ni, dengan menyahut seruan Persatuan Jantung Negara 'sharing is caring' dan dengan menggunakan kuasa hujung jari, di sini aku menyenaraikan beberapa kebaikan coklat pada kita semua..check it out!!

1) Makanan yang berkhasiat

2) Merendahkan tahap kolestrol dalam badan

3) Anti kerosakan gigi (yang gigi rongak dr azali, coklat tidak banyak membantu better pasang pendakap gigi lagi berkesan rasanye)

4) Mengurangkan risiko sakit jantung

5) Makanan Penuh Tenaga

6) Last but not least, coklat mudah cair di mulut tidak di tangan..hehehehe!

Akhir sekali, kepada kawan-kawan yang selama ini menganggap dadah mampu memberi ketenangan jiwa yang paling berkesan dan tenaga yang maksimum selain dapat merosak segala saraf2 yang membawa kepada mereng seumur hidup apa kata kita tukar selera kepada 'penenang jiwa' yang satu ni iaitu coklat, dah la sedap, mudah didapati, tak payah nak sorok-sorok tangan dalam poket, boleh dimakan dimana2 dan bila2 masa, xperlu bersusah payah nak makan bawah jambatan, yang paling penting kalau nak makan coklat hari-hari buat part time kt seven eleven, tak payah nak susah-susah nak jadi macam beruk mak ye, ragut sana ragut sini!!!!bangang!



p.s : Perubahan besar dalam hidup bermula dengan satu langkah yang paling kecil pada permulaannya.....



what da hell im waiting for???

11.55pm ~ almost 12am, senyap jer..hampes!!! i admit, i almost cried when my handphone is not ringing at all tonite!damn!

Friday, December 4, 2009

im sorry..

Setelah 3 hari berada di Desaru, terasa terlalu sukar untuk aku bangun pagi ini, tapi terpaksa aku gagahkan jugak mata aku ni untuk buka dan pergi mandi sebab semalam kawan aku telah menghantar 1 pesanan ringkas berbaur ugutan supaya aku datang kerja hari ini, dah pandai main api kawan aku ni sekarang..
tolongggggggggggggggggggggggggggggggg...dengan muka yang cuak ( aku agak la), seorang housemate aku mengetuk pintu bilik air .." nape wei? jatuh ker? '' "xlah, air sejuk sangat" ...
"setan ko pida!!!". Tu lah aku, kalau pagi-pagi tak buat kecoh memang tak sah. hahahahaha..

Monday, November 30, 2009

Ni dah melampau!!!

ala..xpayah la sampai macam ni sekali, nak tulis2 lagu bagai..pastu paksa radio pasang lagu sampai kau 40 kali 1 hari lak tuh..aku lak boley layan gak lagu kau tuh sampai 40 kali 1 hari..siap hantar CD kat rumah lagi..adehhhhssss..susah la macam ni, yang sudah tu sudah la..mula2 lagu cari jodoh, pastu lagu ni plak!!!!

EGOkah AKU

Ku… tak pernah merasa
Gundah di hatiku, Ketika denganmu
Saat kau, Kau belai rambutku
Kau temani aku, Kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Iman ku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau kutahu kutak dihatimu
Egokah aku memilikimu
Walau kutahu kau tak memilihku
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Kuharap tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu


p/s : ala..siap mntak tuhan cabut nyawa aku tu xtahan tuh..


keh..keh..keh..keh...

Tuesday, November 24, 2009

Si Gadis X-Pax

Bile aku lalu jer kat LRT Jamek untuk pulang ke rumah, aku mesti tak tentu arah dibuatnya, apa tak nya, hari-hari mesti ada orang mendekati aku untuk menjual sesuatu kepada ku, sampai pecah kepala dibuatnya memikirkan ayat apa atau reaksi apa yang patut aku buat lagi..dah abis ayat n ekspresi muka aku buat, tp derang tak pernah putus asa dan sampai sekarang derang tak berjaya menjual apa-apa barang pon kat aku cuma adik jual karipap panas jer yang berjaya menambat hatiku setiap hari.
Macam biasa, dengan kelajuan 80km/sejam, aku berjalan tanpa melihat kiri kanan, dengan harapan adik-adik Xpax tak berani mendekati aku, tp sangkaan meleset sama sekali, tiba2 muncul di depan aku seorang gadis X-Pax, ada magic ke apa, tadi xder pon, tibe-tibe ade..bebel hatiku..tanpa ada perasaan bersalah dia mendekati dengan berbahasa ibunda nya a.k.a bahasa tamil!kali ni aku sendiri tak pasti mcm mana muka aku masa tu, rasa macam nak terjun dalam sungai dekat situ pon ada!!Sumpah aku tak pernah mendapat pendidikan awal di SRJK Tamil atau mana-mana Pusat Bahasa Tamil, dulu pernah la bertepuk tampar dengan Rani Mukarjee tapi tak sempat lah pulak nk belajar bahasa urdu dengan dia.
'I'm pure malay, sori'. hampeh, terpaksa aku buat pengakuan jujur dikhalayak ramai. Si gadis X Pax terkulat-kulat meminta maaf kepadaku. Tak 1malaysia langsung! Rasa macam nak mandi susu 100 hari-hari jer lepas ni.


P/s : kulit sama warna bahasa lain-lain




* susah jugak kalau ada star muka macam kita *

Monday, November 23, 2009

Kisah topi keledar & Putra Lrt

Hari ni punya la semangat aku nak pegi keje, kol 7.30 dah bangun selalunya kalau time2 mcm tu aku tengah bergadoh2 dengan alarm handphone aku yang meraung2 kat telinga aku, dah bnyk kali jugak la handphone canggih aku dicampak2 ke dinding!!dengan mata tertutup aku terus mandi & siap2, 'awal bangun pida'...sambil-sambil menyanyi kecil aku macam terdengar suara2 tak puas hati housemate aku yang agak terkejut perubahan drastik aku..'ermm..once a month' jawap ku ringkas..mengenakan sedikit bedak asas dan pemerah pipi aku terus mengatur langkah menuju ke LRT Star, berbudi bahasa sungguh pekerja Rapid sekarang ni, aku xsempat lagi duduk, dah cakap terima kasih menggunakan Lrt Aliran Ampang, berbeza dari dulu, duduk ker berdiri xpernah ucap terima kasih, sedar2 dah sampai masjid jamek stesen..klu ader pon suara2 abang driver yg macam berpuasa 100hari!potong mood pagi2!..sampai jer ke stesen jamek, aku terpaksa menukar tren ke aliran kelana jaya. Tidak seperti biasa, hari ni aku terpaksa berebut-rebut untuk memboloskan diri ke dalam tren sebab meningkatnya kesedaran di kalangan pekerja untuk masuk kerja awal..ermm ramai jugak yang dah berubah..bile sampai jer turn aku, pintu tren dah berbunyi, by hook or by crook aku kena masuk jugak, tibe2 xtau dari mane datangnya akak sorang ni terus merempuh aku, Ya Allah sakit nyer badan aku!aduhs..sekolah memandu mana lah akak ni masuk dulu, naik tren pon kena bawak topi keledar, haishhh..pastu yang buat aku lagi memberontak, dah la topi keledar tu tersondol2 kat perut aku, die boleh buat muka toya jer...aku dah ketap-ketap gigi menahan geram!..tibe2 'akak len kali, helmet tu pakai kat kepala yer'....wahhhh berani betul mamat tu laser akak helmet tuh...hahahahaha! aku pon xpasti samada mamat itu adalah mangsa seperti aku atau memang dia ikhlas memberi nasihat kepada kakak itu..




p/s : pakai lah helmet di tempat yang betul..anda mampu mengubahnya..