Monday, November 23, 2009

Kisah topi keledar & Putra Lrt

Hari ni punya la semangat aku nak pegi keje, kol 7.30 dah bangun selalunya kalau time2 mcm tu aku tengah bergadoh2 dengan alarm handphone aku yang meraung2 kat telinga aku, dah bnyk kali jugak la handphone canggih aku dicampak2 ke dinding!!dengan mata tertutup aku terus mandi & siap2, 'awal bangun pida'...sambil-sambil menyanyi kecil aku macam terdengar suara2 tak puas hati housemate aku yang agak terkejut perubahan drastik aku..'ermm..once a month' jawap ku ringkas..mengenakan sedikit bedak asas dan pemerah pipi aku terus mengatur langkah menuju ke LRT Star, berbudi bahasa sungguh pekerja Rapid sekarang ni, aku xsempat lagi duduk, dah cakap terima kasih menggunakan Lrt Aliran Ampang, berbeza dari dulu, duduk ker berdiri xpernah ucap terima kasih, sedar2 dah sampai masjid jamek stesen..klu ader pon suara2 abang driver yg macam berpuasa 100hari!potong mood pagi2!..sampai jer ke stesen jamek, aku terpaksa menukar tren ke aliran kelana jaya. Tidak seperti biasa, hari ni aku terpaksa berebut-rebut untuk memboloskan diri ke dalam tren sebab meningkatnya kesedaran di kalangan pekerja untuk masuk kerja awal..ermm ramai jugak yang dah berubah..bile sampai jer turn aku, pintu tren dah berbunyi, by hook or by crook aku kena masuk jugak, tibe2 xtau dari mane datangnya akak sorang ni terus merempuh aku, Ya Allah sakit nyer badan aku!aduhs..sekolah memandu mana lah akak ni masuk dulu, naik tren pon kena bawak topi keledar, haishhh..pastu yang buat aku lagi memberontak, dah la topi keledar tu tersondol2 kat perut aku, die boleh buat muka toya jer...aku dah ketap-ketap gigi menahan geram!..tibe2 'akak len kali, helmet tu pakai kat kepala yer'....wahhhh berani betul mamat tu laser akak helmet tuh...hahahahaha! aku pon xpasti samada mamat itu adalah mangsa seperti aku atau memang dia ikhlas memberi nasihat kepada kakak itu..




p/s : pakai lah helmet di tempat yang betul..anda mampu mengubahnya..

Thursday, November 19, 2009

~Silent is better ~ (last chapter)

Silent is better, aku rasa this is the best way untuk aku dan dia,aku xnk nanti klu aku berterus terang aku suka dia, keberangkalian aku terus hilang seorang kawan amat lah tinggi, dari hari-hari aku bley bercakap ngn dia, terus nanti dah xboley kan..biar lah aku suka dia dalam hati jer..biar tuhan jer yang tau yang aku suka dia..klu dia tau pon, aku rasa no point sebab aku tau dia tak suka aku pun.. :) . One must learn to let go...

Tuesday, November 17, 2009

Silent is better


Silent is better??tapi kenapa aku rase disebaliknye..tak tentu arah dibuatnya..isk..xkan aku nak gtau dia plak yang aku suka kat dia...tak boleh..tak boleh...klu dia suka kat aku gak,xpe la klu dia x suka, macm mana? aku ni dah la alergic pada rejection...klu aku diam jer mcm ni, jadi mcm ni lah aku, xtentu arah!buat ni tak kena, buat tu x betul...tp kawan aku cakap gtau jer, berterus terang jer..kawan aku siap cakap dalam bahasa ibunda dia lg 'fida,rejection is not fatal, it's merely someone opinion'....huh!cakap mmg la senang...tp betul jgk cakap kawan aku tuh...adehssss...aku pon pelik nape aku leh suke kat dia, aku ni dah la susah nak suka kat orang..nk cakap dia handsome mcm Brat Pitt jauh panggang dari ayam..nak kate baik, perangai macam setan!!aduhhhhh..dah lama giler aku matikan perasaan2 macam ni..aku taknak 'sakit' lagi...nape datang balik,nape??????


p/s : kesimpulannya?? as a usual..citer ni tergantung lagi...

Monday, November 16, 2009

~rimas~

The Fabulous Cats - Rimas

Nanananananana...


Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari cari ketenangan diri

Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu mahu engkau hadir dalam diri ini

Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu

Lafasan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tersembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini

Mengapa aku yg terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas

Tinggalku sorang kecundang
Istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang
Sawanku lantang
Tidak berpantang
Letupnya siang siang
Bukannya alang kepalang
Datangnya perang
Dan bawaku ke jurang
Pulanglah sayang
Janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang
Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garangku terbang melayang

Terbokangku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkangkang gilaku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang
Janjiku kini kan bertulang

Nanananananana…ohhh

Lari lari aku
Lari tinggalkan
Tinggalkan semua ini
Tuk mencari
Untuk mencari ketenangan

Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi.. kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri

Nananananana.. ohhh

Thursday, November 12, 2009

orang bagi bunga,..jangan la dibalas batu!!

Bile masuk jer ofis harini, tibe-tibe aku teringat kat sorang kawan aku ni, yang dulu konon nya aku lah kawan sejati dia, kawan dunia akhirat la, tak pun yang selalu orang kampung aku cakap 'besfren' dia..ntah apa jadi kat dia sekarang..last aku jumpa, bulan sebelum puasa, hari tu aku MC..aku dok syok layan tidur tiba-tiba aku terdengar grill macam dikopek-kopek, ditolak-tolak, nak sedapkan hati, aku membuat andaian sendiri. Grill rumah jiran aku tu, aku sambung tido balik..semakin lama semakin kuat pulak pintu ditolak,macam ditendang2..gaduh ngn bini gamaknya..hati kecilku berkata-kata lagi..tapi xkan jiran aku ni MC jugak kot semata-mata nk gaduh..ada satu lagi suara dok bisik-bisik kat telinga aku, tak boleh jadi ni..aku bangun dan terus ke ruang tamu, tibe-tibe aku terdengar macam nama aku dilaung-laungkan..isk bile masa aku ada scandal ngn husband jiran aku?? isk..pernah ker?aku cuba mengimbau kembali sejarah-sejarah lama..isk, mana pernah aku scandal dengan siapa-siapa!!..aku memberanikan diri membuka pintu utk verification ape sebenarnya terjadi (nasib baik siang, klu malam mau terkencing aku time tu)..buka jer pintu aku nampak sorang lelaki yang berambut pacak, memakai kemeja belang2 persis seorang kuliketif 'public listed company' sambil senyum-senyum kambing kat aku..

mamat(bukan nama sbnr) : fida..senyum lagi
aku : ko pehal, datang umah aku, nak buat banci ker ? ( tanya aku tanpa ada apa-apa perasaan)
mamat : ko tak baca mesej aku ker tadi?
aku : tak pun..jawap ku ringkas!
mamat : pinjam rm50 (buat muka kesian diiringi dengan huraian yg panjang lebar)
aku : hurmmmm, cilakak muka jer handsome, poket kosong!..smpt gak la aku laser dia time tu! ..dengan berbekalkan sepotong ayat dari mak aku "ni hari dia, mana tau esok2 hari kita plak''... aku tanpa banyak soal memberikan rm50 kepada si mamat tu.

so, berbalik pada cerita kawan aku sorang ni, disebabkan tibe2 teringat, dengan pantas jari- jemari aku menulis sesuatu kepada kawan untuk dihantar melalui sistem pesanan ringkas.

aku : mamat, kau kat mana sekarang?senyap jer aku call langsung tak jawap??

mamat : Bila nak duit time tu la sebok nk sms aku, kalau x, mampos xsms aku!aku xder duit lagi, aku blaja skrg, tq! ( dengan sepantas kilat mamat membalas pesanan dengan ringkas dan padat berbaur lucah)

aku : celaka!aku mesej bukan nak mintak duit la setan!! ( dalam hati memang kena sumpah la kau mamat, dari elok-elok aku nak halalkan terus aku buat penyata kira-kira berapa juta rupiah dah duit aku habis tolong kau!!!)


* Segala perbualan dan sistem pesanan ringkas di atas telah ditapis oleh Dewan Bahasa & Puaka.


P/s : Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..

Mutiara Kata

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda

Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.

Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

aku tak suka!!!!!

















Aku paling tak suka bila ada perasaan ni..aku tak suka! tak suka..hidup jadi xtentu arah bila perasaan ni datang!!!


p/s : aku ingat dah mati perasaan ni, tiba2 semalam... harini.. semakin menjadi2!!!